The Perfect Jubah

Blog Harian

Aku ada sehelai jubah yang aku sangat suka. Kain dia sedap dan aku biasanya pakai bila aku pergi Masjid atau Surau yang mana jumlahnya takdelah banyak mana pun. Aku akan pakai jubah tu forever kut sebab elok lagi.

Tapi sebenarnya post ini bukan pasal jubah pun. Post ini pasal Ramadhan semasa PKP yang mana seluruh dunia dilanda krisis. Ramadhan kali ni walaupun tak macam dulu-dulu tapi dia jadi special. Special sebab aku spend banyak masa dengan wife dan anak-anak. Benda spend banyak masa dengan family ni ada dua je lah, jadi lebih erat dan penuh kasih sayang atau jadi negatif dan penuh pergaduhan. Alhamdulillah aku dapat yang positif.

Dalam Ramadhan kali ni kitaorang dapatlah bertadarus dan aku dapatlah sembahyang terawih cukup 30 hari. Yang aku dapat jadi Imam most of the time. Sebab ada masa aku bagi anak-anak aku break lah sebab first time macam ni. Lepas tu sebab musim macam ni dapat berjimat sikit so aku dapatlah join orang lain menderma waktu malam Ramadhan, walaupun tak banyak, tapi harapnya dapatlah pahala sesikit atau harapnya dapatlah membuka rezeki yang lebih banyak lagi pada kami sekeluarga.

Lagi satu Ramadhan kali ni aku personally sangat sihat. Takde masalah perut ke gastric ke macam tahun lepas sampai tak dapat berpuasa sehari. Aku harap tahap kesihatan macam ni kekallah berpuluh tahun lagi.

Akhir kata, aku rasa Ramadhan kali ini special dan banyak benda yang nak disyukuri, macam family happy, company jaga elok-elok masa crisis walaupun project aku masih buntu, aku dapat jadi proper Imam pada family, puasa almost sempurna, dua-dua subject aku dapat A markah 90++ dan macam-macam lagi lah.

Kepada family yang ajak datang rumah or nak datang rumah, aku mintak maaflah kali ni aku tak boleh accept sebab aku tak boleh afford nak get sick at the moment. Banyak lagi benda yang aku kena selesaikan dan perlu berada dalam kesihatan yang terbaik.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Maybe tajuk post ini patut jadi The Perfect Ramadhan.

So Much For Air Sirap Bandung Soda

Blog Harian

Masa start puasa hari tu aku nampak F&N Life buat advertisement dekat FB. Menariklah nampak diaorang jual pakej minuman lengkap untuk kita buat air soya cincau, sirap bandung soda dan siap ada teh tarik botol lagi tu. Air-air lain pun ada jugak.

Imagine kau ada set air sedap yang lengkap untuk berbuka puasa. Dan sebab masa tu MCO, memang rasa safe lah beli online. Aku beli in bulk sebab package dia macam tu dan memang nak minum sepanjang bulan puasa lah angan-angannya.

Dan siapa sangka benda ni menjadi pengalaman terburuk aku dalam online shopping. Aku order on 26 April dan sampai 14 May takde news apa benda pun. Bila aku bukak FB diaorang, rupanya banyak kes macam aku dan since aku pun dah tak boleh sabar aku pun join sekali lah siap email, hantar FB message tanya diaorang and finally semalam 15 May diaorang bagi tracking number, tapi takde function pun sebab last updated order dipicked up, adalah pada 9 May. Shipment created on 3 May. Tengok ye, order 26 April, shipment created 3 May, business apa korang buat ni? Promotion gila-gila tapi tak reti manage.

β€ŒTapi hari ni 16 May (dah masuk 23 Ramadhan dah pun), aku dapat satu call dari seorang mamat cakap dia nak hantar barang dari F&N. Aku assumed experienced runner lah kan sebab mesti F&N nak betulkan kesilapan diaorang selama ni kan? Tak! Aku silap, runner tu call aku macam orang tengah mabuk tanya rumah aku area mana. “Halo Boss, rumah you dekat mana ya? Oo itu ikut PLUS Highway exit Bukit Mahkota ya? Saya mau tanya lagi satu la, you tau ka ini alamat dekat mana? Ini Lorong Baiduri 16, Cheras? Saya ada satu lagi pakej mau hantarlah.”

Kau nak mampos ke apa? Tak tau area semua tapi nak jadi runner. Last sekali aku suruh dia guna Waze. Tapi dia pun macam tak sure Waze and GPS tu apa.

Begitulah kisah aku dalam nak membuat sirap bandung soda untuk berbuka puasa macam orang dalam TV. Elok lah korang beli je dekat 7 Eleven sebab aku rasa macam kena scam dan macam tak sangka organisation sebesar diaorang ni tak professional langsung rupanya. Oh as at 3.45PM masa aku tulis ni, barang aku tak sampai lagi.

Update: Semalam diaorang tak hantar. Tapi hari ni sampai juga set air aku setelah 22 hari. Tapi ada satu set tak dapat. Dengan ini aku berharap supaya F&N Life bolehlah stop jual online. Fail! Lupa nak cerita, yang hantar tu bukan delivery boy ke apa. Diaorang hire mover, Boss mover tu sendiri hantar naik Camry hahaha. Staff dia semalam sesat kut. πŸ˜‚πŸ˜‚

Ramadhan Yang Cool

Blog Harian

Walaupun dalam bala bencana yang berlaku sekarang ni Allah bagi bulan Ramadhan yang paling cool pada aku. Pada orang lain maybe tak lah kut sebab benda ni sangat personal. Ikut preference orang lah.

Antara sebab Ramadhan ni jadi cool pada aku adalah:

  • Berpuasa most of the time di rumah dan tak perlu memandu pergi dan balik di office. Kau boleh jaga masa. Termasuklah waktu bila nak keluar lauk dari fridge, waktu bila nak start memasak semua tu lah.
  • Anak-anak ada depan mata, takdelah risau diaorang berpanas penat di sekolah.
  • Boleh test recipe dan order bila perlu. Dah nak beratus dah Whatsapp message aku berkenaan orang jual juadah berbuka, free delivery pun ada. Tak payah pergi pasar semata nak beli satu kuih.
  • Sebelum ni nak solat terawih agak tergesa-gesa sebab nak kejar pergi surau. And jadi lebih cool sebab kali ni Allah bagi kau untuk berjemaah seronok-seronok satu family, dan ikut masa sendiri. Maybe sebab anak-anak aku dah besarlah kut. Kalau ada baby, challenge jugak. Sebenarnya tahun ni cadangnya nak ke surau semua sekali sebab anak bongsu dah besar tapi macam sekarang ni not bad jugaklah.
  • Tadarus dengan relax, anak-anak aku dah habis dua juzuk dah kut. Relax maksud aku fokus dan tak susah nak cari masa.
  • Waktu rehat boleh tidur atas sofa atau katil compare macam sebelum ni tidur atas kerusi office. Haha.

Last sekali, sekarang Allah bagi musim hujan. Alhamdulillah. Sejuk dia sampai ke tulang. Nasib sahur tak miss. Dan aku harap cuaca macam ni kekal.