Just Because You Can Doesn’t Mean You Should

Blog Harian

Semalam PM announce yang Isnin nanti PKP ni dilonggarkan sedikit untuk buat ekonomi bergerak semula. Sebagai manusia yang boleh berfikir, patutnya kita tau risiko yang kita akan hadapi dan cara-cara nak menghadapinya.

Untuk hidup dengan selamat, kita hanya perlu buat perkara-perkara yang betul dan patut sahaja. Contohnya: Makan. Pergi je lah tapau or guna delivery service dari beria nak duduk kedai makan ramai-ramai ikut SOP menyusahkan diri. Kedai tu masih boleh survive, dan segala pihak yang terlibat untuk kedai tu boleh berniaga pun boleh survive dan kau sendiri pun boleh survive sebab boleh makan.

Aku pun yakin organisasi-organisasi yang matang tau dan akan handle kakitangan diaorang dengan baik untuk memastikan kerja dibuat dan kakitangan selamat.

Aku selalu bergurau yang aku dah lama teringin nak makan Nasi Kandar Kudu or Yassem sebab dah lama tak makan, tapi takde kerjalah aku nak pergi bersesak dekat dodgy end jalan TAR tu semata-mata untuk makan. Kari wife aku pun sedap, tak perlu nak nasi kandar sangat. Benda boleh tunggu kita tunggu je lah.

Dan macam-macam benda lain masih boleh tunggu sehingga keadaan jadi better, InsyaAllah. Kalau kerajaan bagi balik raya pun aku mungkin takkan balik walaupun dah lama gila tak jumpa emak aku, sebab mak aku pun sihat dan masih boleh tunggu.

Ramadhan Yang Cool

Blog Harian

Walaupun dalam bala bencana yang berlaku sekarang ni Allah bagi bulan Ramadhan yang paling cool pada aku. Pada orang lain maybe tak lah kut sebab benda ni sangat personal. Ikut preference orang lah.

Antara sebab Ramadhan ni jadi cool pada aku adalah:

  • Berpuasa most of the time di rumah dan tak perlu memandu pergi dan balik di office. Kau boleh jaga masa. Termasuklah waktu bila nak keluar lauk dari fridge, waktu bila nak start memasak semua tu lah.
  • Anak-anak ada depan mata, takdelah risau diaorang berpanas penat di sekolah.
  • Boleh test recipe dan order bila perlu. Dah nak beratus dah Whatsapp message aku berkenaan orang jual juadah berbuka, free delivery pun ada. Tak payah pergi pasar semata nak beli satu kuih.
  • Sebelum ni nak solat terawih agak tergesa-gesa sebab nak kejar pergi surau. And jadi lebih cool sebab kali ni Allah bagi kau untuk berjemaah seronok-seronok satu family, dan ikut masa sendiri. Maybe sebab anak-anak aku dah besarlah kut. Kalau ada baby, challenge jugak. Sebenarnya tahun ni cadangnya nak ke surau semua sekali sebab anak bongsu dah besar tapi macam sekarang ni not bad jugaklah.
  • Tadarus dengan relax, anak-anak aku dah habis dua juzuk dah kut. Relax maksud aku fokus dan tak susah nak cari masa.
  • Waktu rehat boleh tidur atas sofa atau katil compare macam sebelum ni tidur atas kerusi office. Haha.

Last sekali, sekarang Allah bagi musim hujan. Alhamdulillah. Sejuk dia sampai ke tulang. Nasib sahur tak miss. Dan aku harap cuaca macam ni kekal.

PKP Belajar Buat Kopi

Blog Harian

Selepas sebulan lebih ramai orang dah used to the situation dan berasa selesa dengan keadaan. The most powerful instinct of human beings is the instinct to survive. Untuk aku sendiri nak survive nya tak lah berapa susah compare to orang lain dan sebab itu aku sangat bersyukur setiap masa. Company masih bayar gaji dan masih ada kerja yang boleh dilakukan. Untuk aku nak survive hanyalah perlu adjust kerusi untuk buat kerja, cari orang atau company yang boleh deliver barang-barang untuk minimize keluar rumah dan jimat apa yang patut untuk tak berbelanja banyak sangat.

For other people, macam pemandu teksi yang deliver groceries aku tu tadi aku yakin dia dah used to the new normal yang mana instead of cari pelanggan, dia deliver barang. Banyak jugak aku tengok tadi dan dengan harga petrol yang dah murah aku pasti dia buat untung banyak jugak dan boleh nak survive. Alhamdulillah Allah bagi jalan jugak untuk dia. Kita kalau tak boleh nak membantu macam keluarkan duit secara direct, kita boleh bantu orang dengan cara macam ni.

Ok dah melalut dah aku ni. Anyway banyak jugak benda yang aku belajar sepanjang PKP ni. Semester aku dah habis so aku takdelah nak belajar benda yang related tentang teori apa-apa, tapi aku belajar tentang benda-benda lain yang pada aku menarik jugak:

  • Aku dapat belajar buat kopi yang sangat sedap dan aku cuba nak buat latte art tapi part ni masih terkial-kial. Tapi at least kopi aku memang sedap tahap boleh jual. Haha, lepas ni aku nak masuk kelas.
  • Aku dapat cari tips and tricks lain dalam teknologi untuk bagi kerja lebih pantas.
  • Aku baru sedar sebenarnya aku boleh jadi Imam yang ok, cuma selama ni takut dan kalau nak pergi join aktiviti kelab sukan office kena make sure Haji Jalal ikut sebab dia yang akan jadi Imam, haha. Lepas ni InsyaAllah, sebab dah practice banyak kali, lagi-lagi time Ramadhan ni. (Ye selama ni kurang, aku ni kan penuh dengan kesesatan).
  • Aku sedar aku jugak seorang penjaga rahsia yang baik sebab aku tak tau kenapa ramai orang meluahkan benda dekat aku. Call lah, Whatsapplah. Maybe aku a good listener kut. Malangnya aku tak jumpa a good listener untuk aku, so aku tulis dekat blog ni. Haha.

Aku cuma ada satu masalah masa PKP ni, aku akan mimpi setiap kali tidur dan mimpi tu real sampai aku susah nak bangun. Wife aku bengang. Part ni aku kena cari ubat. Dah lama tak jadi macam ni. Dah bertahun jugak aku tidur “kosong”, tak tau kenapa sekarang macam ni.

Ok korang try lah belajar benda-benda kut boleh ada skills baru nanti.

Dulu Ayah Kita Jalan Kaki 30 Minit Untuk Save 10 Ringgit, Sekarang Kita Bayar 10 Ringgit Untuk Save 30 Minit

Blog Harian

Aku baru baca pasal Datin bayar RM4.10 pada runner cum personal shopper yang belikan barang untuk dia. Kadang-kadang aku tak boleh hadam yang manusia macam ni wujud dekat muka bumi ni. Entahlah. By the way, aku adalah seorang pemalas dan selalu guna service runner. Orang akan cakap membazir je kau bayar runner padahal kau boleh save duit tu kalau pergi sendiri. Sekarang aku nak cerita kenapa guna delivery service is not bad after all or in the case takdelah membazir sangat. Ini delivery macam groceries atau makanan yang dah masaklah. Kalau Grab Food and Food Panda pada aku rugi sebab dia mark up harga, unless dia jual harga sama macam dekat kedai.

  • By logic, kalau kau keluar pergi beli barang, kau akan habiskan masa, duit minyak, duit tol, tenaga, mileage kereta and so on. Benda ni tak jelas sangat. Tapi macam masa dan tenaga tu kau boleh salurkan ke mencuci kipas di rumah. At the same time, mileage kereta tak bergerak.
  • Personal Shopper atau groceries company yang hire external runner akan pilih groceries yang berkualiti. Semua tip-top, especially yang online ni sebab nak good review and marketing word of mouth dari customer. Ada effort yang tinggi dekat situ.
  • Kau ada access ke makanan-makanan yang kau teringin selama ini tapi kau rasa jauh nak pergi dan tak tau nak pergi macamana atau area tu susah nak access. Katakan aku nak makan Nasi Kandar Kudu, jauh, parking susah, jalan sesak. Runner senyum je hantar rumah kau. Again, Kudu beratur panjang. Haha.
  • Kau mewujudkan peluang pekerjaan especially time macam ni. Imagine pengusaha tadika takde income dan dia jadi runner dan tak harap bantuan. Sama jugak taxi driver yang hantar groceries aku. Diaorang ada effort nak bekerja dan kau bagi dia peluang bekerja. Semua orang happy. Win win situation.
  • Kau hanya beli yang sepatutnya, kau order from website and itu je yang akan sampai. Kalau aku pergi AEON sendiri, dalam list ada 10 tapi masa balik aku bawak dalam 25 barang. Adalah sikit penjimatan di situ.

Ok itu je lah kut for now, pada aku groceries shopping tu macam therapy lah dan aku sangat suka buat, cuma time sekarang ni susah dan menggunakan runner adalah benda yang tepat untuk aku. Nak pergi petang, lauk dah tak fresh, nak pergi pagi tak sempat sebab kerja start 8.30 pagi. Setengah jam tak cukup, macam kawan aku sampai ambik cuti half day. Ye, walaupun orang tak nampak tapi kena beretika ye bab work from home ni. Itu another topic for another day lah kut.

Nasihat aku, kita duduk rumah time PKP ni sebab nak jauhkan dari penyakit, tapi jangan sebab ada banyak delivery service, sampai ice cream pun orang boleh hantar ke rumah, kau dapat penyakit lain pulak nanti. Macam aku lately banyak minum kopi (buatlah, bukan orang deliver) sekarang badan aku macam kena caffein jittery. Macam aku cakap tadilah, nak selamat dari COVID dah dapat masalah lain pulak.

Ingat tu ye?

Tips Makan Semasa PKP and Yes, Abang Piz Can Cook

Blog Harian, Makan

Masa MCO/PKP ni kita kena berjimat dan nak cukup makan at the same time. What if aku cakap kita boleh dapat semua tu dan tambah lagi satu iaitu kita enjoy masa makan tu. Bab berjimat tadi termasuk groceries, beras, gas, elektrik semua ye, termasuk jimat masa sekali. 

First of all, sekali lagi aku bersyukur company aku menjaga kakitangan dengan baik dan masih membayar gaji penuh dalam keadaan sekarang. Alhamdulillah, tapi cost di rumah akan meningkat ye sebab semua orang ada di rumah dan elektrik, air semua banyak digunakan. So kena lah berjimat cermat.

Tips aku, untuk breakfast kau makan light, roti dua keping dan kopi bancuh sendiri, bukan beli Farm Fresh or kopi 3-in-1. Anak biar bangun lambat sikit, kira pejam mata je lah lepas Subuh tu diaorang tidur balik. Kita pun pernah muda kan? By the time diaorang bangun kau prepare brunch. Dekat sini kau masak macam mee goreng ke, roti canai ke, bihun ke. You get the point. Masak memasak sekejap dan bahan tak banyak. Dalam pukul 4 kau keluarkan lauk dari peti ais dan habis kerja pukul 5.30 kau start masak nasi dan lauk pauk secara bersungguh. Nak masak rendang ayam kampung ke sukahati sebab please keep in mind kau makan nasi berlauk ni sekali je dan by the time semua orang dah lapar. Sebab lapar, makanan tu akan jadi nikmat ya amat. Trust me! In between semua tu dan kalau lapar lagi waktu malam ke apa sediakan biskut dan roti. Itu sebab roti tu sangat penting ye.

In case tak suka cara ni kau buat selang sehari pun ok. Ini cadangan sahaja sebab kadang-kadang aku pun order FoodPanda sebab wife aku nak masak time lunch tu mana sempat, rehatnya sejam je.  Kalau macam mee goreng tu boleh lah lari sekejap-sekejap.

Aku tak boleh beli groceries masa weekdays sebab bekerja di rumah. Kalau nak pergi on weekends aku tak larat nak beratur. So aku order online, korang pun boleh cari personal shopper dekat area rumah tu. Ok je pada aku sebab kita save masa dan dia dapat income. Win win situation. Untuk website pulak, aku suggest boleh beli dekat https://pasar.direct/ atau https://www.ayamkitafresh.com/. Untuk biskut semua tu boleh lah order dari Lazada atau Shopee. Tips dia di sini beli awal dari tarikh yang kau jangka groceries dan segala benda tu dah nak habis. Sebab dia ambik masa nak deliver masa MCO ni. Pasar Direct dia boleh hantar the next day, so macam itu takpe. Lazada and Shopee maybe up to seminggu. Kalau masa mengizinkan, pergi je lah Kedai Acheh atau Speedmart 99 atau 7 Eleven.

Aku dah quite free sekarang sebab semester dah habis, so aku ada masa nak join aktiviti memasak. Untuk membantu hal di rumah ni, sidai kain, basuh pinggan dan memasak aku takde hal. Yang ada masalah bab nak lipat kain. Haha. Untuk recipe yang best-best nak memasak, selain kau boleh call mak kau atau tanya je wife kau kat tepi kau boleh pergi sini: https://www.aziekitchen.com/ sebab confirm jadi dan sedap.

Ok itu je lah, semoga semuanya baik-baik sahaja untuk semua. Ye, gambar atas tu semua aku buat dan aku sangat gembira hari ni dapat petai. Hehe. Kalau setakat Maggi tu resipi sendiri je lah. Tak perlu nak cari dekat website. 😁