Order Makanan Dari Nasi Kukus Berapi

Blog Harian

“Sedapnya daging masak lemak cili api ni.”

“Sedapnya teh tarik ni.”

“Sedapnya kuih ni.”

Itulah ayat yang aku dengar berulang-ulang adik-beradik aku cakap sepanjang diaorang makan tadi. Dan untuk first timer macam aku yang order makanan untuk jamu makana, feedback macam tu buat hati aku sangat gembira. Sebab to be honest aku tak reti nak order pun mula-mulanya.

Awal bulan Jun hari tu aku plan nak order makanan bila aku ajak adik beradik aku datang rumah. Bila fikir balik masa tu, nak senang aku order dari kawan aku Keon je sebab aku kenal dan boleh cakap berterus terang bab budget dan bab aku tak reti nak mengorder ni. Dia and team adjust everything dan hari ni sampailah makanannya ke rumah aku. Ada nasi, dua lauk, satu sayur dan teh tarik. Lepas tu ada surprise diaorang hantar kuih muih lagi.

Aku memang rasa sedap pun makanan diaorang bila makan dekat gerai diaorang, tapi bila dapat feedback yang sama dari adik-beradik yang first time makan memang hati aku berbunga-bungalah hari ni. Siap tambah, siap tengahari makan, petang pun makan semula. Haha.

So thank you Keon and team, lepas ni aku rasa aku tau lah macamana nak order. Haha. Oh dan aku memang sangat happy bila family datang rumah ni.

No phone Nasi Kukus Berapi: +60 17-751 3480

Email: nasikukusberapi@gmail.com