mmCINEPLEXES Nilai dan Wira Short Review

Blog Harian, Movie

Nilai dan daerah sekitar sudah lama mendambakan sebuah cinema. Dan mmCINEPLEXES menyahut cabaran dengan membuka cinema diaorang di Mesamall Nilai. Aku booked tiket secara online dan bila sampai aku kena pergi dekat machine untuk print, dan rupa-rupanya nak beli tiket on the spot pun kena beli dekat machine tu dan dekat situ jugak boleh beli makanan. Fully automated. Makanan boleh order dan bayar jugak dekat kaunter sebenarnya tapi pada aku new experiencelah.

Nampaknya semua nak guna machine dan dah taknak guna manusia. Aku ok je. Tapi entahlah, nanti kurang peluang pekerjaan. Kesian pulak budak-budak nak buat part-time nanti. Pada aku ok je lah cinema ni. Mungkin tak sebagus cinema yang dah lama establised tapi dia good enough untuk kau tengok movie, kalau korang tak banyak songeh macam aku lah. Untuk orang sekitar dan tak banyak masa macam aku, memang pergi sini je lah senang tak payah pening-pening nak pergi tempat jauh.

Ok, filem Wira, aku tengok sorang je. Aku suka action movie so itu sebab aku tengok. Action dia ok jugaklah pada aku, well rehearsed lah. Lakonan pun ok, Dain Said paling power. Hairul Azreen memang boleh berlawan. Fify Azmi pun berlakon bagus, berlawan pun bagus. Semua boleh diterima. Dan drama dan jalan cerita pun best, maksudnya takdelah berlawan tanpa hala tuju. Tapi nak cakap perfect tu takdelah, ada macam something kurang jugaklah yang aku tak boleh nak explain, tapi kena tengok sebab banyak effort nak buat movie macam ni. Message yang dia nak sampaikan pun best jugaklah.

Sebagai conclusion, mmCINEPLEXES ok, Wira pun ok, patut dicuba dan ditonton.