Mimpi Bukan Mainan Syaitan

Blog Harian

Aku biasa dengar orang cakap Mimpi Mainan Syaitan, bulan puasa takde syaitan so aku concludekan mimpi adalah a collection of apa yang kau fikir sepanjang hari tu atau apa yang kau nampak atau apa yang kau baca. At least untuk aku lah. Ini mimpi aku masa tidur lepas Subuh pagi tadi.

Aku mimpi aku dengan awek aku berasal dari daerah yang sama, rumah sebelah menyebelah. Scene dia kitaorang muda belia.

Masa raya, awek aku dah balik kampung awal. Lepas tu aku bersungguh naik motor nak balik kampung jugak dengan penuh rintangan sebab PKP dan akhirnya berjaya. Malam raya tu aku nak jumpa dia sebab dah lama sangat tak jumpa tapi dia takde dekat rumah sebab pergi beli barang.

Lepas tu aku nak pergi cari dia naik basikal tapi sebab kampung takde lampu, basikal pun takde lampu so aku stop dan jam aku pun tetiba berbunyi.

Awek aku tu Liza, wife aku dan ye aku tidur lepas Subuh dan aku lambat nak ke office.

Semalam aku:
1) Banyak ternampak atau baca news pasal rentas daerah.
2) Sembang pasal raya yang tak jadi.
3) Siang tu aku tengok FB budak sekolah aku, satu kampung kawin.
4) Siang tu aku ingat motor aku roadtax dah expired.

Dan semua tu bercampur sekali dan jadi satu mimpi yang almost lengkap. Dan aku tak tau kenapa mimpi kali aku ingat detail. Sebab tak dapat jumpa wife ke? Hahaha.

Penyakit Mimpi Semasa MCO

Blog Harian

Since MCO and COVID19 crisis ni setiap kali tidur aku akan mimpi yang bukan-bukan. Setiap kali tidur maksudnya kalau aku terlelap dekat sofa sambil duduk pun aku akan mimpi. Entah apa penyakitnya.

Hari ni aku mimpi aku masuk salah satu bilik dalam rumah aku, lepas tu aku nampak ada bunga durian. Aku macam apahal pulak ni? Lepas tu aku bukak tingkap tengok luar nak tengok macamana bunga durian boleh masuk. Bila aku tengok bunga durian tu balik, bunga durian tu dia dah jadi anggur. Sah ada jin yang takut-takutkan aku, dan aku marah-marah jin tu suruh dia pergi.

Tiba-tiba bila aku keluar bilik tu aku keluar ke satu tempat lain, dan tempat tu adalah negara Korea. Menangis-menangis aku mintak tolong sebab gila kau duit, passport apa benda semua takde, jin hantar aku ke Korea. Jumpa Malaysian dekat sana cerita pun diaorang tak layan dan tak percaya cerita akusebab diaorang lagi happy nak holiday. Aku mintak sedekah lah nak makan.

Last-last wife aku kejut. Nasib baik. Tapi aku kena cari ubat sebab dah beribu mimpi merepek yang memenatkan aku ni. Semalam mimpi tolong Arwah Bapak aku renovate rumah.