Penyakit Mimpi Semasa MCO

Blog Harian

Since MCO and COVID19 crisis ni setiap kali tidur aku akan mimpi yang bukan-bukan. Setiap kali tidur maksudnya kalau aku terlelap dekat sofa sambil duduk pun aku akan mimpi. Entah apa penyakitnya.

Hari ni aku mimpi aku masuk salah satu bilik dalam rumah aku, lepas tu aku nampak ada bunga durian. Aku macam apahal pulak ni? Lepas tu aku bukak tingkap tengok luar nak tengok macamana bunga durian boleh masuk. Bila aku tengok bunga durian tu balik, bunga durian tu dia dah jadi anggur. Sah ada jin yang takut-takutkan aku, dan aku marah-marah jin tu suruh dia pergi.

Tiba-tiba bila aku keluar bilik tu aku keluar ke satu tempat lain, dan tempat tu adalah negara Korea. Menangis-menangis aku mintak tolong sebab gila kau duit, passport apa benda semua takde, jin hantar aku ke Korea. Jumpa Malaysian dekat sana cerita pun diaorang tak layan dan tak percaya cerita akusebab diaorang lagi happy nak holiday. Aku mintak sedekah lah nak makan.

Last-last wife aku kejut. Nasib baik. Tapi aku kena cari ubat sebab dah beribu mimpi merepek yang memenatkan aku ni. Semalam mimpi tolong Arwah Bapak aku renovate rumah.