Laksa Sebagai Hukuman

Blog Harian

Aku dari kecik suka laksa, mak aku selalu buat, mee laksa tu buat sendiri, kuah buat sendiri, bahan semua cukup. Ya Allah tulis ni pun aku dah kecur air liur. Masa tu cili tak masuk lagi sebagai condiments dalam laksa tu. Bila aku dah dewasa ni baru aku jumpa banyak variety of laksa dan tambah dengan cili jadi lagi sedap sampai nak pengsan.

So selalulah aku ke Bangi pergi makan laksa almost every weekends campur dengan cendol. Lunch time pun gagah pergi dari Semenyih menikmati laksa.

Tapi dalam 5 tahun lepas aku dah tak boleh makan laksa. Aku teringin, aku terliur, tapi bila aku suap laksa tu somehow tak boleh masuk. Pelbagai jenis laksa aku try dan semuanya aku tak boleh terima.

Imagine apa aku rasa? Something yang kau nak sangat, kau mampu pun, ada depan mata tanpa sebarang halangan tapi kau tak boleh nak nikmati. Aku rasa macam satu hukuman. Entahlah, maybe ada dosa aku yang Allah balas macam ni. Aku terima je lah dan aku masih akan terus beli laksa sambil berharap aku boleh makan dan hopefully nasi kandar tak jadi macam ni.