Saya Bukan Seorang Hustler

Blog Harian

Aku adalah beberapa kemahiran yang aku boleh gunakan untuk kerja sendiri macam buat video, animation dan buat elearning courses macam tu. Cuma kemahiran aku ni orang tak cari macam kemahiran plumbing atau wiring. Kemahiran aku ni aku sendiri yang kena hustle untuk dapat job. Dan aku memang tak pandai langsung bab ni. So aku end up kerja makan gaji, which aku tak kisah dan aku selesa pun.

Yes, ada masa bila aku buat benda macam buat satu elearning course yang aku rasa boleh cover gaji aku dua tiga bulan tapi aku takdelah kisah sangat sebab aku dapat je gaji monthly dan aku tak guna pun barang-barang sendiri, semua provided.

Aku kenal beberapa orang yang betul-betul hustler sampai kemahiran yang dia takde pun dia boleh dapat job tu, dia sub dekat orang. Pada aku kemahiran hustling ni mahal dan memang kena gifted betul-betullah. Tapi aku rasa it also depends on apa yang motivate diaorang lah sebab most hustlers yang aku kenal diaorang memang taknak kerja bawah orang, diaorang memang nak kerja sendiri. Kepuasan sendiri.

Apa-apa pun aku salute lah pada orang-orang macam ni. Aku ni kalau ada orang mintak buatkan something aku tak tau pun nak charge berapa sampai aku suruh bagi je berapa-berapa atau aku bagi free je. Oh lagi satu kerja tetap ni ada KWSP, ye aku old fashioned sikit macam tu.