Just Because You Can Doesn’t Mean You Should

Blog Harian

Semalam PM announce yang Isnin nanti PKP ni dilonggarkan sedikit untuk buat ekonomi bergerak semula. Sebagai manusia yang boleh berfikir, patutnya kita tau risiko yang kita akan hadapi dan cara-cara nak menghadapinya.

Untuk hidup dengan selamat, kita hanya perlu buat perkara-perkara yang betul dan patut sahaja. Contohnya: Makan. Pergi je lah tapau or guna delivery service dari beria nak duduk kedai makan ramai-ramai ikut SOP menyusahkan diri. Kedai tu masih boleh survive, dan segala pihak yang terlibat untuk kedai tu boleh berniaga pun boleh survive dan kau sendiri pun boleh survive sebab boleh makan.

Aku pun yakin organisasi-organisasi yang matang tau dan akan handle kakitangan diaorang dengan baik untuk memastikan kerja dibuat dan kakitangan selamat.

Aku selalu bergurau yang aku dah lama teringin nak makan Nasi Kandar Kudu or Yassem sebab dah lama tak makan, tapi takde kerjalah aku nak pergi bersesak dekat dodgy end jalan TAR tu semata-mata untuk makan. Kari wife aku pun sedap, tak perlu nak nasi kandar sangat. Benda boleh tunggu kita tunggu je lah.

Dan macam-macam benda lain masih boleh tunggu sehingga keadaan jadi better, InsyaAllah. Kalau kerajaan bagi balik raya pun aku mungkin takkan balik walaupun dah lama gila tak jumpa emak aku, sebab mak aku pun sihat dan masih boleh tunggu.

Ramadhan Yang Cool

Blog Harian

Walaupun dalam bala bencana yang berlaku sekarang ni Allah bagi bulan Ramadhan yang paling cool pada aku. Pada orang lain maybe tak lah kut sebab benda ni sangat personal. Ikut preference orang lah.

Antara sebab Ramadhan ni jadi cool pada aku adalah:

  • Berpuasa most of the time di rumah dan tak perlu memandu pergi dan balik di office. Kau boleh jaga masa. Termasuklah waktu bila nak keluar lauk dari fridge, waktu bila nak start memasak semua tu lah.
  • Anak-anak ada depan mata, takdelah risau diaorang berpanas penat di sekolah.
  • Boleh test recipe dan order bila perlu. Dah nak beratus dah Whatsapp message aku berkenaan orang jual juadah berbuka, free delivery pun ada. Tak payah pergi pasar semata nak beli satu kuih.
  • Sebelum ni nak solat terawih agak tergesa-gesa sebab nak kejar pergi surau. And jadi lebih cool sebab kali ni Allah bagi kau untuk berjemaah seronok-seronok satu family, dan ikut masa sendiri. Maybe sebab anak-anak aku dah besarlah kut. Kalau ada baby, challenge jugak. Sebenarnya tahun ni cadangnya nak ke surau semua sekali sebab anak bongsu dah besar tapi macam sekarang ni not bad jugaklah.
  • Tadarus dengan relax, anak-anak aku dah habis dua juzuk dah kut. Relax maksud aku fokus dan tak susah nak cari masa.
  • Waktu rehat boleh tidur atas sofa atau katil compare macam sebelum ni tidur atas kerusi office. Haha.

Last sekali, sekarang Allah bagi musim hujan. Alhamdulillah. Sejuk dia sampai ke tulang. Nasib sahur tak miss. Dan aku harap cuaca macam ni kekal.

Online, Semuanya Online

Blog Harian

Aku memang dah biasa buat aktiviti online. Belajar online, shopping online, sembang online dan semuanya onlinelah. Kerja pun pasal nak suruh orang attend training online. Masa aku buat semua tu dari tahun 2012 dulu, masa first time aku beli handphone online dulu, benda ni semua belum lagi jadi benda yang normal.

Tapi sebab PKP dan COVID19 aku tengok perihal online ni dah jadi satu benda yang normal. Shopping dah jadi biasa. Groceries pun secara tiba-tiba banyak kedai yang dah start jual online. Buah, sayur, lauk semua sekali. Dan orang beli bukan atas dasar senang, selesa terbaik semua tu sahaja tapi dah atas dasar harga dia pun affordable dan lebih murah dari beli dekat kedai. Campur tolak duit tol dan petrol memang untung pun.

Sebagai consumer benda ni memang terbaiklah, tapi sebagai peniaga aku risau jugak sebab takut orang dah tak pergi beli dekat diaorang. Essential items macam katakan beras, ubat gigi, detergent semua tu dah ada online dan KILANG jual direct in bulk dan harga dia lebih murah. Mula-mula memang orang akan questions siapalah yang nak beli sampai 3 kotak ubat gigi sekaligus dan 2 kampit beras sekali tapi lama-lama bila orang dah pandai nak manage dan nampak jimat aku rasa semua orang akan berbelanja cara tu.

Belajar pun satu hal, University dah start gila-gila pergi cara online. Macam aku sambung belajar fully online sekarang bukan benda normal tapi hari ni je ada dua orang kawan aku tanya macamana nak manage and nak buat live class, live seminar. Training provider pun dah start promote online training (with instructor tau) dan dah bukan macam yang aku buat, prepare learning contents untuk orang self study. Bila orang dah accept semua ni aku takut learning center dan University kosong je nanti.

Bukan apalah, for some people benda ni memang bagus tapi ada ramai yang akan affected dan benda tu sangatlah menakutkan. Aku harap pengantara untuk jadikan benda ni berjalan dengan lancar akan dibayar dengan baiklah. Kalau orang takde kerja dan takde business rosak dunia ni nanti. Takut betul aku kalau AEON Nilai tutup sebab orang semua dah beli direct dari kilang.

PKP Belajar Buat Kopi

Blog Harian

Selepas sebulan lebih ramai orang dah used to the situation dan berasa selesa dengan keadaan. The most powerful instinct of human beings is the instinct to survive. Untuk aku sendiri nak survive nya tak lah berapa susah compare to orang lain dan sebab itu aku sangat bersyukur setiap masa. Company masih bayar gaji dan masih ada kerja yang boleh dilakukan. Untuk aku nak survive hanyalah perlu adjust kerusi untuk buat kerja, cari orang atau company yang boleh deliver barang-barang untuk minimize keluar rumah dan jimat apa yang patut untuk tak berbelanja banyak sangat.

For other people, macam pemandu teksi yang deliver groceries aku tu tadi aku yakin dia dah used to the new normal yang mana instead of cari pelanggan, dia deliver barang. Banyak jugak aku tengok tadi dan dengan harga petrol yang dah murah aku pasti dia buat untung banyak jugak dan boleh nak survive. Alhamdulillah Allah bagi jalan jugak untuk dia. Kita kalau tak boleh nak membantu macam keluarkan duit secara direct, kita boleh bantu orang dengan cara macam ni.

Ok dah melalut dah aku ni. Anyway banyak jugak benda yang aku belajar sepanjang PKP ni. Semester aku dah habis so aku takdelah nak belajar benda yang related tentang teori apa-apa, tapi aku belajar tentang benda-benda lain yang pada aku menarik jugak:

  • Aku dapat belajar buat kopi yang sangat sedap dan aku cuba nak buat latte art tapi part ni masih terkial-kial. Tapi at least kopi aku memang sedap tahap boleh jual. Haha, lepas ni aku nak masuk kelas.
  • Aku dapat cari tips and tricks lain dalam teknologi untuk bagi kerja lebih pantas.
  • Aku baru sedar sebenarnya aku boleh jadi Imam yang ok, cuma selama ni takut dan kalau nak pergi join aktiviti kelab sukan office kena make sure Haji Jalal ikut sebab dia yang akan jadi Imam, haha. Lepas ni InsyaAllah, sebab dah practice banyak kali, lagi-lagi time Ramadhan ni. (Ye selama ni kurang, aku ni kan penuh dengan kesesatan).
  • Aku sedar aku jugak seorang penjaga rahsia yang baik sebab aku tak tau kenapa ramai orang meluahkan benda dekat aku. Call lah, Whatsapplah. Maybe aku a good listener kut. Malangnya aku tak jumpa a good listener untuk aku, so aku tulis dekat blog ni. Haha.

Aku cuma ada satu masalah masa PKP ni, aku akan mimpi setiap kali tidur dan mimpi tu real sampai aku susah nak bangun. Wife aku bengang. Part ni aku kena cari ubat. Dah lama tak jadi macam ni. Dah bertahun jugak aku tidur “kosong”, tak tau kenapa sekarang macam ni.

Ok korang try lah belajar benda-benda kut boleh ada skills baru nanti.

Dulu Ayah Kita Jalan Kaki 30 Minit Untuk Save 10 Ringgit, Sekarang Kita Bayar 10 Ringgit Untuk Save 30 Minit

Blog Harian

Aku baru baca pasal Datin bayar RM4.10 pada runner cum personal shopper yang belikan barang untuk dia. Kadang-kadang aku tak boleh hadam yang manusia macam ni wujud dekat muka bumi ni. Entahlah. By the way, aku adalah seorang pemalas dan selalu guna service runner. Orang akan cakap membazir je kau bayar runner padahal kau boleh save duit tu kalau pergi sendiri. Sekarang aku nak cerita kenapa guna delivery service is not bad after all or in the case takdelah membazir sangat. Ini delivery macam groceries atau makanan yang dah masaklah. Kalau Grab Food and Food Panda pada aku rugi sebab dia mark up harga, unless dia jual harga sama macam dekat kedai.

  • By logic, kalau kau keluar pergi beli barang, kau akan habiskan masa, duit minyak, duit tol, tenaga, mileage kereta and so on. Benda ni tak jelas sangat. Tapi macam masa dan tenaga tu kau boleh salurkan ke mencuci kipas di rumah. At the same time, mileage kereta tak bergerak.
  • Personal Shopper atau groceries company yang hire external runner akan pilih groceries yang berkualiti. Semua tip-top, especially yang online ni sebab nak good review and marketing word of mouth dari customer. Ada effort yang tinggi dekat situ.
  • Kau ada access ke makanan-makanan yang kau teringin selama ini tapi kau rasa jauh nak pergi dan tak tau nak pergi macamana atau area tu susah nak access. Katakan aku nak makan Nasi Kandar Kudu, jauh, parking susah, jalan sesak. Runner senyum je hantar rumah kau. Again, Kudu beratur panjang. Haha.
  • Kau mewujudkan peluang pekerjaan especially time macam ni. Imagine pengusaha tadika takde income dan dia jadi runner dan tak harap bantuan. Sama jugak taxi driver yang hantar groceries aku. Diaorang ada effort nak bekerja dan kau bagi dia peluang bekerja. Semua orang happy. Win win situation.
  • Kau hanya beli yang sepatutnya, kau order from website and itu je yang akan sampai. Kalau aku pergi AEON sendiri, dalam list ada 10 tapi masa balik aku bawak dalam 25 barang. Adalah sikit penjimatan di situ.

Ok itu je lah kut for now, pada aku groceries shopping tu macam therapy lah dan aku sangat suka buat, cuma time sekarang ni susah dan menggunakan runner adalah benda yang tepat untuk aku. Nak pergi petang, lauk dah tak fresh, nak pergi pagi tak sempat sebab kerja start 8.30 pagi. Setengah jam tak cukup, macam kawan aku sampai ambik cuti half day. Ye, walaupun orang tak nampak tapi kena beretika ye bab work from home ni. Itu another topic for another day lah kut.

Nasihat aku, kita duduk rumah time PKP ni sebab nak jauhkan dari penyakit, tapi jangan sebab ada banyak delivery service, sampai ice cream pun orang boleh hantar ke rumah, kau dapat penyakit lain pulak nanti. Macam aku lately banyak minum kopi (buatlah, bukan orang deliver) sekarang badan aku macam kena caffein jittery. Macam aku cakap tadilah, nak selamat dari COVID dah dapat masalah lain pulak.

Ingat tu ye?

Tips Makan Semasa PKP and Yes, Abang Piz Can Cook

Blog Harian, Makan

Masa MCO/PKP ni kita kena berjimat dan nak cukup makan at the same time. What if aku cakap kita boleh dapat semua tu dan tambah lagi satu iaitu kita enjoy masa makan tu. Bab berjimat tadi termasuk groceries, beras, gas, elektrik semua ye, termasuk jimat masa sekali. 

First of all, sekali lagi aku bersyukur company aku menjaga kakitangan dengan baik dan masih membayar gaji penuh dalam keadaan sekarang. Alhamdulillah, tapi cost di rumah akan meningkat ye sebab semua orang ada di rumah dan elektrik, air semua banyak digunakan. So kena lah berjimat cermat.

Tips aku, untuk breakfast kau makan light, roti dua keping dan kopi bancuh sendiri, bukan beli Farm Fresh or kopi 3-in-1. Anak biar bangun lambat sikit, kira pejam mata je lah lepas Subuh tu diaorang tidur balik. Kita pun pernah muda kan? By the time diaorang bangun kau prepare brunch. Dekat sini kau masak macam mee goreng ke, roti canai ke, bihun ke. You get the point. Masak memasak sekejap dan bahan tak banyak. Dalam pukul 4 kau keluarkan lauk dari peti ais dan habis kerja pukul 5.30 kau start masak nasi dan lauk pauk secara bersungguh. Nak masak rendang ayam kampung ke sukahati sebab please keep in mind kau makan nasi berlauk ni sekali je dan by the time semua orang dah lapar. Sebab lapar, makanan tu akan jadi nikmat ya amat. Trust me! In between semua tu dan kalau lapar lagi waktu malam ke apa sediakan biskut dan roti. Itu sebab roti tu sangat penting ye.

In case tak suka cara ni kau buat selang sehari pun ok. Ini cadangan sahaja sebab kadang-kadang aku pun order FoodPanda sebab wife aku nak masak time lunch tu mana sempat, rehatnya sejam je.  Kalau macam mee goreng tu boleh lah lari sekejap-sekejap.

Aku tak boleh beli groceries masa weekdays sebab bekerja di rumah. Kalau nak pergi on weekends aku tak larat nak beratur. So aku order online, korang pun boleh cari personal shopper dekat area rumah tu. Ok je pada aku sebab kita save masa dan dia dapat income. Win win situation. Untuk website pulak, aku suggest boleh beli dekat https://pasar.direct/ atau https://www.ayamkitafresh.com/. Untuk biskut semua tu boleh lah order dari Lazada atau Shopee. Tips dia di sini beli awal dari tarikh yang kau jangka groceries dan segala benda tu dah nak habis. Sebab dia ambik masa nak deliver masa MCO ni. Pasar Direct dia boleh hantar the next day, so macam itu takpe. Lazada and Shopee maybe up to seminggu. Kalau masa mengizinkan, pergi je lah Kedai Acheh atau Speedmart 99 atau 7 Eleven.

Aku dah quite free sekarang sebab semester dah habis, so aku ada masa nak join aktiviti memasak. Untuk membantu hal di rumah ni, sidai kain, basuh pinggan dan memasak aku takde hal. Yang ada masalah bab nak lipat kain. Haha. Untuk recipe yang best-best nak memasak, selain kau boleh call mak kau atau tanya je wife kau kat tepi kau boleh pergi sini: https://www.aziekitchen.com/ sebab confirm jadi dan sedap.

Ok itu je lah, semoga semuanya baik-baik sahaja untuk semua. Ye, gambar atas tu semua aku buat dan aku sangat gembira hari ni dapat petai. Hehe. Kalau setakat Maggi tu resipi sendiri je lah. Tak perlu nak cari dekat website. 😁

Belajar Dari Rumah?

Blog Harian

Banyak WhatsApp message cakap pasal budak-budak tak payah masuk sekolah except for yang ada exam besar. Logik jugak sebab sekolah penuh manusia.

Bila fikir balik, dengan lesson plan yang sempurna, InsyaAllah anak-anak ni boleh belajar sendiri, especially darjah 4 ke atas. Cumanya, parents kena masih work from home jugaklah. Kalau parents takde, siapa pulak nak monitornya? Nak prepare makanan semua.

Lagi satu isu, macamana nak disseminate learning contents and assessment? Parents yang mampu maybe boleh guna Whatsapp, at least. Untuk engage dengan student pun boleh if it is done properly. Yang tak mampu, maybe sekolah boleh photostatkan benda semua. Kementerian pun kena sediakan platform untuk download standardized bahan pembelajarannya.

Learning outcomes dia perlu simple lah. Kalau nak kena tau bahagi, kena tahu bahagi je, tak perlu nak KBAT sangat macam kena tahu bahagi dan boleh cipta vaksin at the same time apa bagai so that bila keadaan dah kembali normal budak-budak masih boleh catch up sebab basic dah mahir.

Masa macam ni lah boleh simplify learning dengan bagi content dalam bentuk infographics ke, 1 minute video ke.

Complicatednyalah keadaan sekarang. Semoga semuanya dipermudahkan.

WhatsApp – A Blessing Or A Curse?

Blog Harian

Pada aku WhatsApp ni jadi curse bila orang expect kau boleh jawab immediately tak kira masa. Dan kita pun sendiri pressure, bila tak jawab immediately, rasa bersalah. Padahal sukahati kitalah kan? Phone kita? Waktu nak tidur malam kita. Yang lain takde hal sangat.

Tapi dalam keadaan sekarang ni dia jadi blessing lah sebab penting nak communicate. Kawan-kawan, adik beradik semua rasa sentiasa berhubunglah walaupun takde crisis macam ni.

Aku sebenarnya nak cerita pasal sekolah yang taknak buat WhatsApp group kelas sebab kononnya tak berguna lah budak-budak dah besarlah apalah. Bila jadi kes macam ni baru semua nak guna WhatsApp untuk dessiminate learning contents. Kan susah? Sekarang at least anak-anak ada benda nak buat dan bila cikgu yang bagi dia jadi lebih structured dari anak-anak ni belajar sendiri.

Cuma sedihnya tak semua mampu nak ada WhatsApp or Internet dan adda anak-anak yang takde tak tau apa cerita or worst case, dekat tempat yang infrastructure macam internet ni takde langsung.

Nampaknya banyak masalah negara ni nak kena selesaikan nanti. Free internet yang YTL bagi tu pun bukannya boleh tahan sampai mati, kena top up jugak nanti. Semoga semuanya dipermudahkan.

Teknologi Dan Kesediaan Manusia

Blog Harian

Aku pernah berada dalam situasi yang orang nak buat something yang advance tapi teknologi takde. So project fail.

Sekarang teknologi macam ada, tapi tak semua boleh afford or bila dah ada, orang yang mampu tadi taknak beli, taknak invest. Or bila benda dah invest, dah beli, tapi taknak guna pulak.

And that is how the disruption happens!

Aku nampak orang terkial-kial bila COVID-19 ni mengganggu kehidupan kerja masing-masing. Nak buat kelas online for example, tak reti padahal teknologi dah lama ada. Kelam kabut semuanya. Benda jadi tense dengan keadaan persekitaran kerja di rumah yang langsung tidak ideal. Banyak lagi lah kes yang aku nampak jadi huru hara. Work from home tak ideal, tapi untuk keselamatan dan menjimatkan duit aku akan pilih work from home jugak. Tapi apa pun teknologi banyak membantu, untuk aku at least. Alhamdulillah, aku ada laptop, software dan internet (aku invest) so aku boleh buat kerja. Dan aku sangat happy untuk membantu orang dalam keadaan crisis macam sekarang ni, sebab nak membantu duit memang tak boleh so aku rasa happy lah bila boleh bantu orang, especially bila involve technology and software. Feeling dia best. Oh, internet adalah benda yang paling penting pada aku sekarang. Aku kesian pada yang takde internet, takde laptop dan aku akan masukkan cerita itu ke dalam next paragraph.

Ini related kepada pelajar sekolah yang diberikan bahan pembelajaran dan homework dengan menggunakan teknologi. Tak semua mampu. Kesian sebab tertinggal dan tak boleh enjoy learning macam orang yang mampu. So kenalah belajar sendiri dengan apa yang ada dan bila masuk sekolah nanti tak tau apa cerita. Or ada kes macam anak-anak takde equipment nak guna sebab mak bapak kena betul-betul bekerja dan bukan work from home tapi sempat prepare 3 course meal untuk lunch. So diaorang kena belajar waktu malam bila mak bapak habis kerja dan dah tak guna komputer ke apa, baru anak boleh start. So waktu siang membazir. Dan mak bapak kena tolong waktu malam tu dan akhirnya penat setiap hari.

Oklah, nasihat aku, kalau mampu invest lah. Sebab kita tak tau apa benda akan jadi dan bila benda jadi macam sekarang ni, kita dah ready.

Pasal membantu orang tadi, ada yang nak belanja aku makanlah, mintak address nak orderkan Food Pandalah, aku cakap sekali lagi lah, Kalau Abang Piz tak ikhlas, Abang Piz tak tolong langsung. So, ucapan terima kasih is enough ye. 🙂

Membantu Pelbagai Cara

Blog Harian

Dah masuk 2 minggu MCO dan kes orang tak makan, takde income semakin bertambah. Hari ni dah ada orang kena buang kerja dah dan akan mula takde income dan takde makanan. Sebelum tu, sebenarnyakan walaupun kau konon-kononnya T20 dan perlukan bantuan, kau boleh je mintak bantuan as long as tak downgradekan orang lain, macam kes artis yang kecoh sekarang. Ok dah.

Kadang-kadang kita nak membantu tapi kita sendiri pun setakat cukup-cukup so hari ni aku nak sembang cara-cara membantu dan lain.

  1. Kalau memang MAMPU SEMAMPU-MAMPUNYA nak membantu boleh terus bagi pada yang memerlukan.
  2. Bagi sumbangan pada NGO yang uruskan benda-benda memberi bantuan ni. Ada banyak, boleh cari dekat internet, salah satunya boleh sumbang dekat – Account Name: Pertubuhan Kebajikan KASEH4U Malaysia Account Number: 562263521562 Bank: Maybank.
  3. Kau promotekan NGO tu macam aku dengan anak aku buat video atas tu untuk KASEH4U.
  4. Suruh yang perlukan bantuan reach out pada NGO tu semua or kalau dia malu kau tolong bagitau.
  5. Beli makanan dari kedai dekat-dekat rumah atau kawan-kawan yang berniaga dan pedulikanlah orang nak cakap kau malas masak ke apa. Aku tak sanggup kalau Wong Solo dekat rumah aku ni bungkus. Aku rasa gerai makan, Akak jual nasi lemak dan kita sendiri dah take all the necessary precautions, kalau kita kena jugak COVID-19 tu memang dah nasib kita lah. Ini untuk kelangsungan ekonomi setempat lah.
  6. Order through delivery app. Kita bantu orang untuk masih ada kerja. Effort dia nak hantar dengan minyak motor dia berbaloi je dengan apa kau bayar, win win situation dan kedai makan pun boleh terus berniaga.
  7. Tip rider sikit so that dia boleh membeli dekat kedai lain pulak, again, kelangsungan perniagaan setempat.
  8. Promotekan business orang yang jual popia ke, kuih talam ke sebab macam aku cakap awal tadi, kita pun kadang-kadang cukup-cukup makan je, nak membeli pun tak boleh selalu.

Aku harap one day aku dapat jadi golongan nombor satu dekat list atas tu. Orang dalam circle aku ni aku rasa semua ok, gaji jalan, cukup makan, InsyaAllah, cuma aku takut nanti orang out of touch tak tau apa jadi dekat tempat lain.

Yang paling aku takut dekat akhirat nanti Allah cakap pada kita, “Korang semua ni failed as a society!”