PASKAL The Movie

Uncategorized

Pada aku movie ni best dan ayat yang aku paling suka:

“Bagi saya Qada’ dan Qadar bukan pada garisan lurus, penuh dengan cabang-cabang. Macam ranting pada pokok yang besar.”
“Jadi kita kena pilih ranting yang mana betul macam tu?”
“Yang betul tu hanya untuk Tuan je, tak ada ranting yang paling betul pun Tuan.”
“Habis tu apa je yang ada?”
“Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati.”

PASKAL

Nasi Lemak Maria, Seksyen 4 Bangi

Uncategorized
Atap Biru
Kena beratur dulu

Kadang-kadang kita bias dengan sanggup pergi ke tempat lain untuk makan, untuk shopping, untuk bercuti dan ignore benda yang memang dah ada di depan mata. Tapi untuk kes Nasi Lemak Maria Seksyen 4 Bangi ni lain. Dia memang special dan buat aku sanggup drive dalam 20KM untuk pergi breakfast.

Lauk-lauk nasi lemak yang sangat sedap
Bihun, kuih etc

Dari apa yang aku dengar Nasi Lemak Maria ni dah lama wujud dan aku baru start pergi tahun 2019 ni. Kedai dia dekat kawasan perumahan dan aku rasa maybe jiran tak selesa sebab ramai orang datang tapi somehow environment macam tu buat kedai ni jadi best. Dia jadi macam santai, macam pergi kenduri. Bila kita pergi awal pagi on weekends dia jadi macam therapy untuk kita lepak dan breakfast dengan tenang. Bab tenang ni aku tak sure sangat sebab nampak gayanya orang tak putus datang. Tapi so far aku takdelah nak kena makan laju-laju.

Bab makanan, dia ada macam-macam, selain nasi lemak seperti nama kedai dia ni. Ada bihun sup, kuih special macam kuih lopes and tauhu bergedil dan karipap. Itu yang aku perasanlah. Lauk nasi lemak pun banyak dan aku punya favourite mestilah limpa dan rendang ayam. Paru, daging, telur semua tu of courselah ada. Lauk ni semuanya sedap dan cukup rasa. Nasi perfect dilapik daun pisang, sambal pun sedap, tak manis dan tak pedas sangat. So kau nak apa lagi kan? Makanan best, tempat santai. Dah terbaiklah tu kan?

Nasi lemak limpa dan rendang ayam, tak beragak ambik lauk
Nasi lemak paru

Kalau nak pergi boleh lah Waze, bukan susah pun.

Kuih lopes special
Suasana santai

Man Utd Boleh Tutup Kelab

Uncategorized

Aku didedahkan dengan Man Utd ni masa form 1 yang mana masa tu aku duduk asrama dan access kepada football magazine dengan surat khabar jadi mudah. Zaman tampal poster player, imagine macamana diaorang main from reading the newspaper semua tu lah.

Bila dah maju sikit banyak live matches, TV3 pun ada tunjuk Champions League. Tunggulah pukul 3 pagi nak tengok. Bila ada private tv station lagi mudah semua game tengok, tak kira pukul berapa. Dan the best partnya masa tu Man Utd memang power! Imagine aku punya emosi, mental masa tu. Sebab bola semata je hidup aku penuh dengan kegembiraan.

Lately semuanya hampeh, player takde nafsu main, coach semua pun sama. Masalah besar bila kelab kau tak perform, kau nak attract player yang bagus pun susah dan kau end uplah dengan players yang takde nafsu tu tadi. Bagi J.Partiban lagi bagus main.

Walaupun hampeh, hashtag GGMU masih ada dalam badan aku, cumanya at this age masa itu emas untuk aku dan sesi tengok bola nak relax dan enjoy the game jadi sesi yang menyakitkan hati dan boleh buat aku naik darah. Itu belum masuk worst part dalam cerita aku ni.

Nak tau apa? Worst partnya ialah Man City and Liverpool, dua kelab yang aku sangat benci, perform!! Fuuuuuuuuuu.

Merdeka!

Uncategorized

31st August, tarikh Kemerdekaan Negara kita. Selain Negara yang Merdeka daripada penjajah, pada pendapat aku, sebagai manusia, kita sendiri patut merdeka dan…..

  • Bebas untuk memberi pendapat dan tidak dipandang serong kalau pendapat itu tak popular.
  • Bebas untuk berbeza pendapat dan tidak bermasam muka sesama sendiri atas perbezaan tersebut.
  • Bebas untuk melakukan sedikit kesilapan dalam proses nak belajar.
  • Bebas untuk menjadi sedikit lain daripada majority.
  • Bebas untuk mendapat hak dan layanan samarata dalam semua environment walaupun kita golongan picisan.
  • Bebas daripada being judged dalam apa yang kita buat.
  • Bebas untuk argue dengan pasangan atau ibu bapa sekiranya kita ada pendirian sendiri.
  • Bebas daripada opresi.
  • Bebas daripada menjadi hamba gadget.
  • Bebas daripada hutang.

Selamat Hari Kemerdekaan, semoga diri kita sendiri pun MERDEKA dan BEBAS.

Kau Hantar Anak Masuk Sekolah Asrama Tak?

Uncategorized

Anak aku ambik UPSR next week dan banyak soalan yang aku terima ialah “Kau hantar anak masuk asrama tak?”

Jawapan dia “Tak”.

First, anak aku sendiri pun memang taknak. Second aku pun taknak hantar. So end of story untuk soalan tu.

Aku dulu duduk asrama dan aku ada bad experience. Tapi aku nak focus pasal objektif aku masuk asrama dulu and buang the negativity.

Aku masuk Asrama FELDA di Keramat dan sekolah di Aminuddin Baki, Jalan Kampung Pandan. Untuk budak FELDA yang memang takde apa benda pun masa tu dekat sana pergi ke bandar dan duduk di asrama dan sekolah yang bagus adalah benda yang terbaiklah FELDA sediakan. Sekolah is one thing, tapi di asrama tu sendiri dia sediakan macam-macam, kelas komputer, English tuisyen, mengaji, kelas taekwando, marching band and so on. Benda extra yang diaorang bagi pada anak-anak FELDA ni. Sekarang untuk anak aku benda tu semua ada dekat rumah, dan katakan kau boleh excel masa UPSR dengan duduk di rumah kenapa nak duduk asrama?

Maybe orang cakap sebab nak belajar bergaul dan belajar berdikari. Aku setuju tapi benda tu kau boleh je suruh anak berdikari dekat rumah and compare dengan aku dulu yang semua mak sediakan, aku rasa anak-anak aku dari baby dah berdikari masa duduk transit semua tu. Sebab aku dengan wife dua-dua kerja.

Back to asrama FELDA, aku rasa peluang duduk sekolah berasrama patut dibagi pada yang maybe takde facilities yang macam aku cerita tadi. Yang aku rasa kerajaan dah buat dah. Tapi up to you as a parentlah. Ada yang kejar prestige, sekolah bagus semua. Ada yang bangga anak masuk SBP, ada yang nak suruh anak expose pada environment macam tu dan ada anak-anak yang memang nak masuk SBP etc macam aku masa kecik dulu.

Semua tu takde masalah, masuk je lah. Cuma aku ada reason aku dan since anak aku ada 3 je, aku malaslah rumah sunyi kalau sorang takde, dan dia pun dah memang taknak so takde isu.

Kalau esok dia cakap nak masuk, aku tak kisah pun. Apply je lah, as long as kau firm dengan decision kau.

Mistake dan Tanggungjawab

Uncategorized

Aku ada masalah yang mana aku tak boleh terima kalau aku terbuat salah. Benda tu tak bagus sebab kalau kau nak grow, nak develop diri, kau kena lah buat silap sekali sekala.

Cuma bila kau nak dapat “ilmu” yang lebih tinggi tapi kau buat salah macam mengeja salah, set time meeting pun salah rasa macam down gila lah.

Kadang kau boleh ada dalam environment yang orang tengok mistake dan ignore kau punya effort, katakan kau tidur pukul 3 pagi, kerja Sabtu Ahad tapi bila kau present orang lebih focus pada perkataan yang salah eja and highlightkan macam salah besar. So sebelum kau naik ke tingkat lebih tinggi benda-benda macam ni kau kena bagi perfect dulu.

Lagi satu kau maybe akan kena lead a group nak buat something, kau trust team member kau tapi end up masa kau deliver ada satu fakta salah, kau yang kena sesah. Dan kau kena terima sesahan tu sebab kau yang lead, walaupun kau sendiri dah check 1000 kali dan tak perasan. Boleh down woi.

Or maybe tanggungjawab tu patut hadir dengan kemampuan boleh beli gadget at the end of the month tanpa rasa bersalah maybe lah buat kau tak down sangat.

Kenangan Menangkap Ikan

Uncategorized

Masa kecik dulu aku selalu ikut Arwah Bapak aku pergi tangkap ikan. Kecik as in 3-4 tahun macam tu kut sampai besar lah. Ikan tu ditangkap guna bubu yang pasang hari ni, dan esoknya baru pergi kutiplah. Dalam satu masa adalah 3-4 bubu yang Arwah Bapak aku buat, guna dawai. From time to time bila bubu rosak dia akan buat baru lah.

Feeling masa dia angkat ikan tu sangat bestlah, tapi takdelah all the time akan dapat banyak ikan. Ada masa takde ikan pun, or worst, asalnya ada ikan tapi ikan tu kena makan dengan memerang. Aku suka bunyi ikan menggelepar masa kena angkat keluar dalam air. Ikan tu takdelah semua makan, ada yang buat ikan kering, ada jual pada jiran dan ada jugak buat pekasam.

Zaman sekarang ni banyak video orang tangkap ikan dan somehow video tu macam mengingatkan aku pasal benda ni lah dan aku akan habiskan masa tengok video orang tangkap ikan tu. Macam seronok sangat.

Or maybe itu antara moment yang aku rindu sama dengan Arwah Bapak aku.