Benda Yang Aku Belajar Minggu Ini

Uncategorized

1) One off project lagi best dari project yang panjang. In term of kepuasan dan level of stress yang nak kena hadap.
2) Boleh buat kerja sorang, tapi at the end of the day kau masih perlukan orang.
3) Treat orang baik-baik dan InsyaAllah orang-orang baik akan datang pada kau, eventually.
4) Kau masih akan ada salah silap, ada hiccups sana sini walaupun kau rasa kau dah over prepared.
5) Cakap pasal silap, kau boleh buat 99 benda betul dan 1 benda silap, tapi 1 benda silap tu yang orang akan cakap. Fuck it je lah, mana ada orang perfect, lebih-lebih lagi bila kau juggle banyak benda at one time.
6) Kau kena relax sikit, benda nak jadi akan jadi dan benda tak jadi akan tak jadi, tidur je lah dengan lena.
7) Team yang bagus adalah penting. Once dah jumpa team yang bagus kau jaga elok-elok.
8) In an ideal world kau patut focus satu benda je supaya tak caca merba, tapi in reality susah kut nak dapat macam tu, aku masih mencari.

Sekian.

Confession of a Chronic Overthinker

Uncategorized

Overthinking ni menyakitkan, dia macam destruct hidup kau sebab benda yang kau overthinking tak pernahnya positive. Aku dalam journey untuk menyelesaikan masalah ni. Satu masalah yang buat aku tak boleh nak hidup dengan tenang.

Katakan aku dapat call masa aku bawak motor dan aku tak boleh angkat sebab dekat highway. Aku akan imagine sepanjang perjalanan aku tu yang Boss aku call dan dia nak cakap aku ada buat salah dan semua orang tengah mengamuk marah dan esoknya aku akan dapat surat buang buang kerja. Orang maybe ketawa dengar ni tapi tidak, ini contoh yang jadi pada aku, memang aku akan fikir benda buruk je dan ketakutan sepanjang perjalanan tapi end up sebenarnya wife aku yang call suruh beli roti.

Untuk buang masalah ni aku kena busykan diri dan buat macam-macam benda untuk bagi minda aku tak free tapi sebenarnya problem tu tak solved completely pun. Tapi aku try hard jugaklah. The best solution maybe aku perlu overthinking benda jadi positive dan bukan ke arah negatif. Atau aku perlu jumpa psychiatrist atau maybe aku perlu banyakkan baca AlQuran.

Aku dan Motor

Uncategorized

Dah masuk 2019 ni aku dah sedar aku kena berjimat, barang dah semakin mahal, anak-anak dah makin membesar dan macam-macam lagilah reason nak mula berjimat. Pada masa yang sama aku juga ada masalah yang aku memang tak boleh nak melayan traffic jam. Dari rumah ke office pun urat tengkuk aku boleh naik, ini kan pulak kalau aku nak ke KL ke apa.

Bagi menyelesaikan dua masalah tu aku repair motor aku dan start bawak motor semula. Dari segi minyak pergi balik kerja aku dapat jimat dalam RM220 sebulan. Untuk tol aku dapat dapat jimat RM80. Kalau aku pergi KL parking biasanya RM8, dan parking motor aku perlu bayar RM2. So save lagi lah dekat situ. Tapi takdelah aku menyimpan pun duit lebih ni, ini lebih kepada nak beli air milo kotak kat anak aku ke macam tu.

Dari segi traffic jam, dengan motor, aku dapat jimat masa dan yang penting aku punya stress duduk dalam kenderaan yang tak bergerak dapat dielimatekan altogether. Laju je aku nak ke mana-mana. Aku siap boleh singgah breakfast dan makan dengan tenang dan aku ada banyak pilihan untuk breakfast. Kalau aku kena pergi kerja KL aku tak perlu lagi bertolak lepas Subuh untuk sampai ke KL sebelum pukul 8.30. Aku boleh bertolak pukul 7.30 and sampai dalam 8.20 macam tu. Dan untuk menghiburkan hati perjalanan jauh ni aku tapau lah nasi kandar sedap-sedap dekat KL tu untuk dinner.

Masalah naik motor ni as expected lah, bahaya, penat, bau busuk dan kau banyak solo lah aktiviti kau which aku takdelah kisah sangat. Kalau hujan kena lah pakai rain coat, bila sampai office kenalah sikat rambut semua tu. Takpe, yang penting urat tengkuk aku tak naik. Hehe.

PASKAL The Movie

Uncategorized

Pada aku movie ni best dan ayat yang aku paling suka:

“Bagi saya Qada’ dan Qadar bukan pada garisan lurus, penuh dengan cabang-cabang. Macam ranting pada pokok yang besar.”
“Jadi kita kena pilih ranting yang mana betul macam tu?”
“Yang betul tu hanya untuk Tuan je, tak ada ranting yang paling betul pun Tuan.”
“Habis tu apa je yang ada?”
“Yang ada cuma cabang, cabang dan juga cabang sampai mati.”

PASKAL

Nasi Lemak Maria, Seksyen 4 Bangi

Uncategorized
Atap Biru
Kena beratur dulu

Kadang-kadang kita bias dengan sanggup pergi ke tempat lain untuk makan, untuk shopping, untuk bercuti dan ignore benda yang memang dah ada di depan mata. Tapi untuk kes Nasi Lemak Maria Seksyen 4 Bangi ni lain. Dia memang special dan buat aku sanggup drive dalam 20KM untuk pergi breakfast.

Lauk-lauk nasi lemak yang sangat sedap
Bihun, kuih etc

Dari apa yang aku dengar Nasi Lemak Maria ni dah lama wujud dan aku baru start pergi tahun 2019 ni. Kedai dia dekat kawasan perumahan dan aku rasa maybe jiran tak selesa sebab ramai orang datang tapi somehow environment macam tu buat kedai ni jadi best. Dia jadi macam santai, macam pergi kenduri. Bila kita pergi awal pagi on weekends dia jadi macam therapy untuk kita lepak dan breakfast dengan tenang. Bab tenang ni aku tak sure sangat sebab nampak gayanya orang tak putus datang. Tapi so far aku takdelah nak kena makan laju-laju.

Bab makanan, dia ada macam-macam, selain nasi lemak seperti nama kedai dia ni. Ada bihun sup, kuih special macam kuih lopes and tauhu bergedil dan karipap. Itu yang aku perasanlah. Lauk nasi lemak pun banyak dan aku punya favourite mestilah limpa dan rendang ayam. Paru, daging, telur semua tu of courselah ada. Lauk ni semuanya sedap dan cukup rasa. Nasi perfect dilapik daun pisang, sambal pun sedap, tak manis dan tak pedas sangat. So kau nak apa lagi kan? Makanan best, tempat santai. Dah terbaiklah tu kan?

Nasi lemak limpa dan rendang ayam, tak beragak ambik lauk
Nasi lemak paru

Kalau nak pergi boleh lah Waze, bukan susah pun.

Kuih lopes special
Suasana santai

Man Utd Boleh Tutup Kelab

Uncategorized

Aku didedahkan dengan Man Utd ni masa form 1 yang mana masa tu aku duduk asrama dan access kepada football magazine dengan surat khabar jadi mudah. Zaman tampal poster player, imagine macamana diaorang main from reading the newspaper semua tu lah.

Bila dah maju sikit banyak live matches, TV3 pun ada tunjuk Champions League. Tunggulah pukul 3 pagi nak tengok. Bila ada private tv station lagi mudah semua game tengok, tak kira pukul berapa. Dan the best partnya masa tu Man Utd memang power! Imagine aku punya emosi, mental masa tu. Sebab bola semata je hidup aku penuh dengan kegembiraan.

Lately semuanya hampeh, player takde nafsu main, coach semua pun sama. Masalah besar bila kelab kau tak perform, kau nak attract player yang bagus pun susah dan kau end uplah dengan players yang takde nafsu tu tadi. Bagi J.Partiban lagi bagus main.

Walaupun hampeh, hashtag GGMU masih ada dalam badan aku, cumanya at this age masa itu emas untuk aku dan sesi tengok bola nak relax dan enjoy the game jadi sesi yang menyakitkan hati dan boleh buat aku naik darah. Itu belum masuk worst part dalam cerita aku ni.

Nak tau apa? Worst partnya ialah Man City and Liverpool, dua kelab yang aku sangat benci, perform!! Fuuuuuuuuuu.

Merdeka!

Uncategorized

31st August, tarikh Kemerdekaan Negara kita. Selain Negara yang Merdeka daripada penjajah, pada pendapat aku, sebagai manusia, kita sendiri patut merdeka dan…..

  • Bebas untuk memberi pendapat dan tidak dipandang serong kalau pendapat itu tak popular.
  • Bebas untuk berbeza pendapat dan tidak bermasam muka sesama sendiri atas perbezaan tersebut.
  • Bebas untuk melakukan sedikit kesilapan dalam proses nak belajar.
  • Bebas untuk menjadi sedikit lain daripada majority.
  • Bebas untuk mendapat hak dan layanan samarata dalam semua environment walaupun kita golongan picisan.
  • Bebas daripada being judged dalam apa yang kita buat.
  • Bebas untuk argue dengan pasangan atau ibu bapa sekiranya kita ada pendirian sendiri.
  • Bebas daripada opresi.
  • Bebas daripada menjadi hamba gadget.
  • Bebas daripada hutang.

Selamat Hari Kemerdekaan, semoga diri kita sendiri pun MERDEKA dan BEBAS.