Janganlah Sampai Depressed Bang

Blog Harian

Aku maybelah seorang kutu yang tidak boleh dijadikan contoh tapi bila aku baca orang further study sampai depressed aku nak nasihatlah sikit adik-adik. Sebelum sambung belajar carilah pengalaman dulu dan sambung belajar dalam bidang yang kau minat dan kau rasa nak ada dalam bidang tu lama. Tak perlu nak rush, tunggu masa yang sesuai. Sebab apa? Sebab senang bila kau boleh relate kan benda yang kau belajar dengan kerja yang kau buat. Sampai tahap kau ambik je projek dekat office and jadi case study. Nak sembang pun takdelah rasa out of place. Lagi satu kalau macam dah lost sangat senang boleh tanya Boss, boleh tanya kawan. Dan belajarlah for the knowledge dan bukan untuk benda lain. Tapi sukahati kau lah kau kut ada agenda lain. Lepas tu expectlah postgrad ni banyak sangat teori, part yang aku menyampah macam contoh suruh explain pasal distributed intelligence and collective intelligence kepala hotak dia.

Sekian nasihat Abang Piz. Bye.

Laksa Sebagai Hukuman

Blog Harian

Aku dari kecik suka laksa, mak aku selalu buat, mee laksa tu buat sendiri, kuah buat sendiri, bahan semua cukup. Ya Allah tulis ni pun aku dah kecur air liur. Masa tu cili tak masuk lagi sebagai condiments dalam laksa tu. Bila aku dah dewasa ni baru aku jumpa banyak variety of laksa dan tambah dengan cili jadi lagi sedap sampai nak pengsan.

So selalulah aku ke Bangi pergi makan laksa almost every weekends campur dengan cendol. Lunch time pun gagah pergi dari Semenyih menikmati laksa.

Tapi dalam 5 tahun lepas aku dah tak boleh makan laksa. Aku teringin, aku terliur, tapi bila aku suap laksa tu somehow tak boleh masuk. Pelbagai jenis laksa aku try dan semuanya aku tak boleh terima.

Imagine apa aku rasa? Something yang kau nak sangat, kau mampu pun, ada depan mata tanpa sebarang halangan tapi kau tak boleh nak nikmati. Aku rasa macam satu hukuman. Entahlah, maybe ada dosa aku yang Allah balas macam ni. Aku terima je lah dan aku masih akan terus beli laksa sambil berharap aku boleh makan dan hopefully nasi kandar tak jadi macam ni.

Kenapa Kemahiran Berbahasa Inggeris Itu Penting?

Blog Harian

At least untuk akulah. Aku percaya aku ada banyak kemahiran dan aku rasa aku bijak jugaklah orangnya, tapi disebabkan aku ada masalah komunikasi, aku susah nak progress ke level yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, aku masih diterima kerja dan masih ada kerja tapi aku percaya dengan kelebihan berkomunikasi yang baik manusia boleh pergi lebih jauh lagi especially bila English kau bagus. Especially di Malaysia. In fact kau boleh bercakap dengan lancar tak kira bahasa pun dah buat orang yakin dengan kau.

Aku ada masalah yang mana aku tak boleh kerja kerajaan, sebenarnya aku tak sure kerja kerajaan cakap Bahasa Melayu atau English, disebabkan SPM aku hampeh dan banyak GLC or Gomen yang masih tengok dan judge based on SPM result. Ye aku dapat diploma and degree dengan cara maha susah.

Kadang-kadang ada email masuk cakap ada kerja kosong sekian-sekian yang aku boleh apply sebab sesuai sangat dengan profile aku dan boleh dapat gaji lebih tinggi tapi bila dia tulis mesti hebat tulis dan cakap English aku terus surrender dan redha je lah dengan pendapatan aku sekarang.

Or maybe aku ok je tapi sebab aku trauma dihina dan dikeji sepanjang hidup aku sebab English ni aku jadi takut nak practice. Entahlah, tapi one thing for sure aku akan pastikan anak-anak aku takkan end up jadi loser macam aku.

Highest Level of Dissapointment

Blog Harian

Aku ada nasihat untuk lecturer yang bagi markah assignment dan exam students. Katakan kalau student kau nak dapat A dia kena score 80 dan A- kena score 75, kau janganlah bagi student kau tu 79.25, kau bagilah dalam 76 ke 77 ke.

Ye, itu yang terjadi pada aku hari ni, satu subject aku keluar markah dan aku hanya perlukan 0.75 markah je untuk dapat A dan maintain CGPA 4.00. Aku frust menonggeng tau? Imagine esok weekend dan aku ada masa dua hari yang membosankan dan kepala aku akan terfikir pasal benda ni.

Aku sendiri pun sebenarnya bermasalah jugak, patut aku happy je lah sebab subject tu memang susah, dan aku pun takdelah bersungguh sangat last semester sebab semak benda lain, dan kalau aku habis belajar dan maintain 4.00 pun masalah jugak, nanti orang expect aku lebih-lebih. Dahlah masa aku belajar ni ada orang macam perli aku cakap “Student Master ni, kenalah tau fikir”. Masalahnya aku ambik Master tajuk lain, suruh aku fikir benda yang aku takde experience dan aku taknak tau pun. Boleh nak guna reason lain suruh aku fikir, bukan pasal aku tengah buat benda personal aku. Aku guna duit keringat aku nak belajar ni, takde siapa sponsor dan aku tak kacau sesiapa.

Anyway, sebenarnya hari ni aku dapat jadi top studentslah konon dalam training yang aku attend, dapatlah hadiah sikit. Patut aku happy pasal tu dan celebrate small winslah orang cakap, tapi sebab aku ni memang psiko dan entah apa bendalah trauma aku sampai jadi macam ni aku jadi dissapointed hal exam tadi. Maybe aku kena pergi theraphy.

Baiklah, Kami Terima Jerebu Seadanya

Blog Harian

Aku baru tengok video burung mati sebab jerebu. Last week aku tengok gambar ular terbakar. Kalau tak kesiankan dekat manusia, cubalah kesiankan dekat binatang semua tu. Apa ke bodoh benda ni dah jadi yearly event dan kita terima seadanya je. Setakat marah-marah dekat social media dengan tulis blog macam aku je lah. Takde siapa ke yang serious nak stopkan benda ni?

For your information, selain dekat Indonesia banyak jugak tempat tengah terbakar. Panas dunia ni tau tak? Bila dah panas dunia, hati pun panas. Aku generally sihat, tapi sebab jerebu ni dada dah sempit, hidung dah rasa lain macam. Ramai lagi yang teruk daripada aku. Tak sihat. Aku ada baca, yang company Malaysia ni yang bakar-bakar ni. Fine. Tuan punya negara biar je ke? Takde rasa nak buat apa-apa ke? Bukan itu tanah kau ke? Takde perasaan kesian ke pada manusia? Pada binatang?

Facebook memories aku yang dah bertahun pun tunjuk bulan September memang bulan jerebu. Kalau hujan or panas tu kuasa Tuhan, jerebu ni tangan manusia yang buat ni. Kita mampu je nak stop. Tapi malangnya takde siapa pun serious or betul-betul peduli. Takkan kita nak terima je every year dan celebrate beli mask, celebrate sekolah tutup, celebrate ambik emergency leave nak jaga anak yang sekolah tutup, celebrate kematian sebab jerebu?

Dah jadi macam ni, lagi banyak point orang nak ban sawit. Aku anak peneroka, tapi kalau sebab sawit benda bakar-bakar ni terjadi dan orang taknak sawit dah takpelah, kita stop je lah tanam sawit, guna je lah minyak lain. Lepas tu tanam ganja.

Saya Bukan Seorang Hustler

Blog Harian

Aku adalah beberapa kemahiran yang aku boleh gunakan untuk kerja sendiri macam buat video, animation dan buat elearning courses macam tu. Cuma kemahiran aku ni orang tak cari macam kemahiran plumbing atau wiring. Kemahiran aku ni aku sendiri yang kena hustle untuk dapat job. Dan aku memang tak pandai langsung bab ni. So aku end up kerja makan gaji, which aku tak kisah dan aku selesa pun.

Yes, ada masa bila aku buat benda macam buat satu elearning course yang aku rasa boleh cover gaji aku dua tiga bulan tapi aku takdelah kisah sangat sebab aku dapat je gaji monthly dan aku tak guna pun barang-barang sendiri, semua provided.

Aku kenal beberapa orang yang betul-betul hustler sampai kemahiran yang dia takde pun dia boleh dapat job tu, dia sub dekat orang. Pada aku kemahiran hustling ni mahal dan memang kena gifted betul-betullah. Tapi aku rasa it also depends on apa yang motivate diaorang lah sebab most hustlers yang aku kenal diaorang memang taknak kerja bawah orang, diaorang memang nak kerja sendiri. Kepuasan sendiri.

Apa-apa pun aku salute lah pada orang-orang macam ni. Aku ni kalau ada orang mintak buatkan something aku tak tau pun nak charge berapa sampai aku suruh bagi je berapa-berapa atau aku bagi free je. Oh lagi satu kerja tetap ni ada KWSP, ye aku old fashioned sikit macam tu.

Hidup Tak Adil? Takkan Kau Tak Tau?

Blog Harian

Aku selalu dengar budak-budak cakap yang “Life tak pernah fair dengan dia. Orang lain semua smooth je”. Ada dua kesalahan dekat sini, satu, sebagai manusia kau kena sedar yang memang life, nasib, rezeki kau takkan sama dengan orang lain dan bila kau sebut pasal orang lain, itu kesalahan kedua iaitu kau compare hidup kau dengan orang lain dan most of the time bila orang compare-compare ini dia compare dengan orang yang life diaorang tu better.

Kau rasa fair ke dalam dunia ni ada yang lahir-lahir suara sedap, muka cantik boleh cari duit jadi voice over talent je dan mampu beli limousine siap driver atau jadi model berdasarkan muka dia tu. For free je Tuhan bagi semua tu. Memang tak adil dengan suara atau muka kita yang average. So dekat sini apa yang kau boleh usahakan ialah untuk support orang-orang ni kau trylah jadi sound engineer or professional photographer and hopefullylah hidup dan nasib kau pun jadi best macam diaorang. Hidup ni semua orang perlu depends on each other dan itulah ujian yang sebenar samaada kita teruskan jealous dan rasa diri ni tak dapat apa yang orang lain dapat atau kita usaha dan bekerjasama sesama sendiri dengan baik dan jadikan dunia ni satu tempat yang best untuk meneruskan kehidupan.

Aku selalu ada dalam situation yang mana aku tak mampu dan dapat macam orang lain dapat. Contohlah satu aku bagi, dulu aku duduk asrama ada orang jual nasi lemak sedap gila, orang lain boleh sesuka hati beli dan aku tak boleh sebab Bapak aku bagi duit sikit je sebab orang susah dan patutnya dekat asrama makanan memang dah cukup siang malam, yang patutnya betullah, tapi as usual ada lah benda-benda yang kau kena belanja untuk dapat makanan yang betterkan. So, aku ambik upah basuh baju kawan-kawan atau aku ambik upah buang sampah cikgu untuk dapat upah dan aku pun boleh makan nasi lemak sedap tu. Aku boleh je mengamuk dan blame situation yang hidup itu tak adil tapi aku usahala untuk dapat makan nasi lemak sedap macam orang lain.

Last sekali, bila kau rasa teruk sangat tak fairnya hidup pada kau, kau percaya je lah konsep rezeki. Ada je situation yang kau rasa kau kerja lagi teruk tapi income sikit dari sepupu yang kau tengok relax je tapi renovate rumah setiap tahun. Memang aku pun jealous tapi aku dah relax dan percaya rezeki Allah itu maybe ada sedikit misteri, tapi pasti. Mati tu pun pasti.

Tolonglah Practice What You Preach

Blog Harian

Kadang-kadang ada situasi yang kau jumpa orang tu selalu cakap atau nasihat something tapi apa yang dia buat tu tak reflect pun apa yang dia cakap. Kalau sampai aku tengok ada yang macam dah ada split personality tu aku rasa orang tu psycho je.

Contoh dia senanglah, kalau ada orang cakap dia tak suka FB semua sebab banyak cerita palsu atau negative tapi dia sibuk share message yang belum tentu sahih atau worst, share benda-benda negative dekat Whastapp Group. Ini samalah dengan orang hari-hari post zikir atau sembang pasal alam akhirat tapi dekat Whatsapp Group dengan kawan-kawan baik, dia share porn. Ini antara contohlah, tapi sebenarnya benda ni lebih besar.

Andai kata ramai orang look up dekat kau, kau kena practice what you preach, nanti orang akan confuse. Macam kau sebagai ibu bapa selalu suruh anak bersungguh-sungguh dalam kehidupan, tapi dekat office kau tidur je selalu, tak bersungguh-sungguh. Anak kau tak nampak tapi tak ke kau rasa kau tipu diri sendiri. Kalau anak kau nampak lagilah dia confuse.

Aku nasihat je lah, kau kena ada pendirian dan jangan buat pening dengan benda yang kau cakap tapi kau tak buat, sampai kau buat totally opposite. Nak tipu orang boleh je, tapi tipu diri sendiri tu nanti tak lena tidur nanti. Or nak hidup lebih mudah hiduplah untuk impress diri sendiri dan bukan untuk impress orang lain dengan pendirian buat-buat kau tu.

Kau Ingat Kau Bagus Sangat Ke?

Blog Harian

Ada sesuatu masa yang kau judge orang based on their background dan lain-lain. Dan ada juga masa kau marah orang atas sebab dia tak sync dengan cara kau dalam kehidupan. Dan ada jugak masa benda tu jadi terbalik dan rasa diri kita tak dilayan dengan elok. Biasanya benda-benda ni buat kau rasa kau lagi bagus dan memandang manusia dengan pandangan yang tak elok atau kau rasa sesetengah manusia buat hidup kau rasa teruk.

Semua ini normal dan biasa terjadi. Tapi pernah tak kita fikir kadang-kadang sifat atau keadaan manusia yang datang kepada kita ni adalah sebahagian ujian dari Allah pada kau. Atau perangai dan keadaan manusia semua ni adalah sebahagian latihan yang akan dapat improve diri kau especially secara spritually.

Aku tak rasa orang yang bagi ujian yang jenis macam ni, yang jenis rasa kau lagi bagus or kau rasa teruk ni datang dengan tak sengaja. Apa yang perlu kita buat adalah muhasabah dan cuba faham challenge-challenge yang mungkin orang semua tu tengah tempuhi dan semoga satu hari nanti kita mati dalam keadaan yang indah dan dalam keadaan kita berbuat baik dengan semua orang.

Lagipun kita sendiri pun bukannya perfect sangat.

Confessions Of An Online Shopaholic Yang Sudah Sedikit Insaf

Blog Harian

Hari ni 9 September dan ada banyak sale yang agak special, sebagai seorang e-commerce addict, of courselah aku ada beli barang-barang yang aku perlukan sebab murah. Soalannya di sini betul ke barang-barang tu murah? Betul ke barang-barang tu aku perlukan? Semalam aku sendiri pesan dekat orang lain jangan beli barang yang tak perlu sebab semurah mana pun barang tu sebenarnya peniaga jugak yang menang, kita tetap kena keluarkan duit, or worst guna credit card berhutang untuk beli barang-barang tu.

Aku suka teknologi dan aku start online shop since 2012. Ada banyak reasonnya aku suka online shopping ni dan akhirnya membuat aku ketagih, ye lah benda yang buat ketagih semuanya bendanya best. Aku nak listkan apa benda yang buat online shopping ni jadi best.

Macam Dapat Hadiah

Kadang-kadang hidup kau memang tak best langsung, asyik kemurungan dan hiburan pun takde. So bila kau nak rasa macam seronok sikit kau beli lah barang dan tunggu orang hantar. Perasaan menunggu dan akhirnya dapat barang tu memang nikmat yang best sebenarnya. Lagi-lagi bila orang tu call kau cakap dia dah sampai dan buat seketika kau rasa happy dan rasa hidup kau best. Bila bab bukak kotak tu lagilah happy sampai lupa duit dalam bank dah kurang.

Apps Yang Hebat

Teknologi yang dicipta sekarang ni memang hebat. Tambahan pulak algorithm yang pandai matchkan barang yang dia nak tunjukkan pada kau. Belum masuk bab kau search information dan keluar iklan benda yang kau search tu. Aku tak tau apa hantunya, aku hanya terfikir dan wife aku pernah cakap dan kitaorang bukan search dekat Google pun tapi barang yang kitaorang fikir dan cakap tu keluar dekat iklan. Memang syaitan. Dan of course proses nak membeli dan proses nak membayar yang senang tu lagilah buat the whole process satu benda yang sangat menyenangkan jiwa dan raga kau. Sambil duduk dalam toilet pun boleh beli barang.

Harga

Selalunya harga online memang lebih murah, dan sebab murah ni lah aku tak sanggup nak uninstall apps dia. Harga makanan kucing murah puluhan ringgit. So the tendency untuk beli barang online tu memang masih tinggi. Kadang-kadang sebab murah ni kau juga end up beli barang yang tak perlu. Pada masa ini aku sebenarnya perlukan baju t-shirt berkolar tapi aku rasa mahal so aku tak beli, tapi bila keluar iklan half boiled egg maker yang berharga 8 ringgit mestilah tetiba aku rasa benda tu satu keperluan dan since harga dia murah aku pun dengan happynya klik dan meneruskan proses untuk beli. Dan benda yang kononnya murah ni akan bertambah banyak dan bila ditotalkan semuanya aku dah boleh beli t-shirt berkolar yang aku memang perlukan tapi aku rasa mahal tadi.

Banyak Pilihan

Dengan akses ke barang-barang ke China sekarang mudah dan proses delivery yang pantas online shopping adalah pilihan yang terbaik. Bab China ni kalau kau jenis tak kisah pasal brandlah. Kalau kau kisah baguslah sebenarnya, sebab takdelah kau beli benda bukan-bukan. Bila kau tak kisah macam aku yang masalah sebenarnya, semua benda nampak best. Semua benda rasa nak beli.

Aku concludekan online shopping ni sebenarnya satu benda yang kalau tak dikawal boleh membawa kepada keburukan dan ye memang berhantu pun, hantu dia nama algorithm yang pandai menarik perhatian kau. Alhamdulillah aku sudah sedikit sedar dan dah uninstall satu apps tapi masalahnya sekarang remote Astro aku rosak dan the best way untuk ganti adalah dengan beli online. Huhuhu.