Belajarlah Bahasa Inggeris Sampai Berjaya Kalau Taknak Jadi Macam Saya

Blog Harian

Strong command of spoken and written English.

Aku berani cakaplah, technically aku bagus dalam kerja aku, aku memang power pun. Aku tau banyak benda, tapi bila aku nak move up to a higher position aku perlu kan communication skills yang bagus dan bila aku dapat email pasal kerja kosong dan nampak ayat macam atas tu aku terus turn off, walaupun 99% requirements lain aku meet je.

Benda ni jadi lebih teruk sebab aku selalu kena hina pasal English ni dan somehow aku memang terus demotivated dan tak berani. Syaitan. Dan paling teruk semua orang remind aku yang English aku tak bagus. So sampai aku takde confident. Aku nak masuk kelas or belajar pun takde masa, and worst semua tu perlu belanja yang banyak dan aku dah lama habis sekolah.

Benda yang paling aku bengang bila orang akan take seriously orang yang English dia meletop padahal bab kerja biasa-biasa je dan orang akan pandang yang tak reti bercakap ni macam orang bodoh. Arghhhh. Tapi itulah dunia, itulah realiti.

Pengajarannya di sini:
1) Belajarlah English betul-betul sebab benda tu penting especially bila kau nak apply kerja jadi manager ke apa dan dapat gaji banyak – ini sangat penting, sebab duit banyak kau boleh buat banyak benda dan duit memang boleh buy happiness.
2) Jangan hina orang sebab boleh buat orang “mati” inside.

Sekian Terima Kasih,.

Media Yang Tidak Bertanggungjawab

Blog Harian

Malaysia ni ada banyak isu yang remeh dan perangai kebanyakan media samaada official atau tak official (mostly FB Pages) prefer untuk highlightkan benda yang tak penting dan memberi tumpuan kepada benda yang tak patut serta penuh kontroversi dan akhirnya jadikan benda yang pada asalnya remeh jadi isu lebih besar dan akhirnya menjadi masalah besar dalam negara ni.

Kisah Dr. Maszlee dan kasut hitam contoh pertama yang aku nak cakapkan. Dia ada banyak benda lain yang dia buat tapi as usual benda yang boleh jadi kontroversi itulah yang diaorang nak highlightkan. Benda-benda macam ni menjadi masalah bila dia berkait dengan politik yang mana orang atas nafsu politik akan join in bash benda-benda remeh macam ni. Aku kesian tengok kawan-kawan jugak sebenarnya, yang blinded by parti politik yang disokong sampai tak nampak kebaikan wakil parti yang diaorang tak sokong dan keburukan wakil parti yang diaorang sokong. Sokong membabi buta. Bodoh!

Belum masuk lagi cybertroopers yang takde ethic langsung. Aku tak tau lah apa rasa diaorang menyuap nasi dengan rezeki yang macam tu. Well semua orang ada bil nak bayar, dan maybe dapat duit cara senang dan tak payah membanting tulang itu mudah. So up to you lah. As long as takde tulis benda tu haram maybe orang rasa ok. Aku nak ulas halal haram dan etika dan tak beretika ni macamlah dioarang boleh nak hadam. Sebab dah blinded by money pulak.

Kalau pasal isu Jawi lagilah aku rasa isu simple je. Benda ni tak boleh jadi isu kalau orang buat tak peduli dengan orang yang bantah tu. Tapi media zaman sekarang memang suka buat stupid people famous. Kontroversi? Yes itu yang kami mahukan, boleh banyak dapat hit and likes, kita ulas. Biar terbakar satu Malaysia ni panas pasal isu-isu remeh. Biar semua orang bergaduh. Korang memang asking for it kan nak tengok orang berbunuh pasal isu bodoh dekat Malaysia ni kan? Banyak lagi benda yang tak patut nak highlight pun korang nak hightlightkan? Memang syokkan bergaduh dekat social media sebab takde siapa nampak muka kau kan? Memang syokkan ramai visit page dan website kau kan?

Aku rasa Malaysia ni dah takde harapan. Sorrylah, aku tak nampak orang yang sincere nak majukan education ke, ekonomi ke apa ke. Semua ada niat lain. Yang maybe ada niat baik, kena buang pulak. Gaduh-gaduh dan bergaduh. Semoga Allah selamatkan anak-anak kita.

Selamat Tinggal 2019 dan Harapan 2020

Blog Harian

Kalau cakap pasal dekad yang lepas, 2019 adalah tahun yang paling mengecewakan aku dan 2014 pulak adalah the best year of the decade. Aku dah buat yang terbaik tapi kadang-kadang benda bukan bergantung dengan usaha kau sorang je. Banyak faktor dan pihak yang kau kena bergantung, banyak rules yang kau kena ikut dan end up usaha terbaik kau tu macam tak berguna pun. Tapi. Aku belajar banyak benda dan benda yang aku belajar tu sangat mahal, tak boleh dibeli in fact. Sebab aku belajar through experience dan tak semua orang akan dapat experience tu.

2019 yang aku ingat lagi adalah tahun:
1) Anak sulung ambik UPSR, tak dapat straight A sebab dia suka main game dan aku pun takde tumpu sangat pada pelajaran dia sebab aku pun busy entah apa-apa.
2) CGPA aku dah turun 3.95 sebab satu subject aku lagi 0.75 markah je nak dapat 4 flat. (less than 1 markah tu, geram je aku sampai sekarang)
3) Project aku dekat office tak siap walaupun dah usaha setengah mati dan berdoa siang malam, mintak kawan-kawan dan family pergi Mekah tolong doakan jugak.
4) Aku dapat kuruskan sikit badan, tapi dah gemuk balik, kena restart. Oh aku berjaya main jump rope dengan beberapa tricks.
5) Aku kenal ramai orang in the process.

Harapan aku untuk 2020:
1) Since anak-anak dah membesar, perbelanjaan pun semakin banyak dan diri aku sendiri pun nak kena belanja banyak dengan belajarlah apa lah, jadi aku kena lah menambah incomelah nampaknya, option dia samaada buat part-time atau cari kerja lain with better salarylah kut. Tapi company aku sekarang bagus je, increment ada, bonus pun ada so hopefully boleh coverlah nanti.
2) Aku nak duduk dengan anak-anak aku belajar sama-sama diaorang. Taknak terbiar macam tahun lepas.
3) Bersenam regularly dan harap dapat kesihatan yang baik. 2019 kesihatan quite ok, in fact dah 2 tahun tak ambik MC tapi adalah jugak sekali sekala tak sihat.
4) Cakap pasal kerja, aku yakin aku dah ready untuk up satu levellah kut, plus umur pun dah nak dekat 40. Aku memang yakin. Kalau 100% bidang aku, up 2 level pun aku yakin. Ini jugak target by umur 40.
5) Aku boleh habiskan Master aku by end of September tapi aku tak boleh nak grad/konvo sebab September tu lah tarikh graduation daynya jugak, so aku target habiskan end of December dan grad tahun 2021. At least cita-cita aku nak habiskan Master sebelum umur 40 berjayalah jugak.

Apa-apa pun kita semua merancang, macam apa yang aku rancang tahun 2019 dulu, macam nak ambik tiga certification, satu je yang aku dapat dan macam-macam lagi tak semuanya dapat. Tapi aku akan usahalah. Harap tahun ni Allah mudahkan lah urusan aku, dah cukup struggle kut tahun 2019. Tapi walaupun aku banyak kecewa last year, aku belajar banyak benda. Harapnya tahun ini dan onwards aku dapatlah rewards from semua benda yang aku belajar tu.

Kenapa Menulis Review Itu Penting? Dan Pleaselah Jangan Sell Out.

Blog Harian

Dalam zaman yang mana expectation semua orang sangat tinggi terhadap produk atau service yang disediakan, adalah lebih mudah kalau previous customer meninggalkan review bagi setiap produk dan servis tu. Review ni jadi lebih penting sebab most of the time orang beli barang secara online, makanan pun beli online.

Gambar atas ni contohlah. Imagine aku beli nasi minyak ni guna Food Panda dan aku pun akan sama kecewa. Tapi bila aku dah baca review macam ni, aku tak payahlah beli. Dah tau. Dan bila aku beli something dan memang berbaloi dan bagus, aku akan tinggalkan review yang baik sebab aku appreciate dan nak semua orang pun beli sebab nak bagi business orang tu lagi maju.

Keyword dia simple je, bila kau bagus InsyaAllah kau dapat balasan bagus dan begitu jugak sebaliknya. Semua website ada platform untuk tinggalkan review. As for physical kedai, ramai orang dah buat blog or vlog untuk bagi review.

Cuma masalahnya paid review ni biasanya bias dan diaorang buat review tu atas dasar kedai bagi duit buat review dan diaorang nak monetize content diaorang walaupun sebenarnya service, produk or makanan tu takdelah bagus mana pun. Yang paling naya aku kena travel 40KM one way lepas tengok video review tapi bila makan tak sedap langsung.

Benda macam ni ethically wrong. Reviewlah dengan jujur, janganlah kaya dengan buat paid review tapi sebenarnya menipu. Aniaya orang namanya tu. Tapi most blogger or vlogger dah sell out sebab itu je cara mudah nak buat duit plus dapat produk free. Siapa taknak betul tak?

The Future Is Not That Far Away

Blog Harian

Hari ni aku ada interesting conversation pasal traditional way of doing business dan digitalization of business. Bila cakap pasal business mestilah melibatkan customer dan most of the time bila nak digitalize benda orang takut customer tak ready or infra tak ready.

Pada pendapat aku customer mungkin takkan pernah ready. Kita yang kena educate customer untuk accept since the technology is there untuk kau save cost. Buat apa kau nak membazir buat bangunan besar-besar dengan macam-macam cost nak kena tanggung untuk run the business bila sepatutnya apa yang kau perlukan adalah one time cost untuk setup satu bangunan yang ada IT infrastructure yang hebat dan boleh serve banyak tempat through the technology. (Of courselah ada maintenance cost tapi less lah).

Penggunaan machine dan teknologi dah ada banyak. Latest macam McD yang aku perasan customer tak berapa ready pun dia selamba execute guna machine, in the end semua orang accept and familiarize with the system. Berapa lama diaorang nak familiar? Berapa lama nak educate customer. Aku rasa tak sampai sebulan pun.

Orang berniaga pun dah tak perlu physical store dan banyak lagilah benda. Orang kampung pun shopping online sebab bila orang nak, bila orang perlukan something dia akan gagahkan jugak untuk pandaikan diri untuk guna benda baru.

Anyway, selain digitalization kau kena baca juga pasal uberisation. Dan again aku ulang, customer takkan ready, kau yang kena paksa diaorang untuk ready. Especially bila kau punya competitor dah lama buat benda tu.

Aku dan Obsessi Terhadap Iqbal M.

Blog Harian

Aku start kenal Band Iqbal M. ni dalam 5-6 tahun lepas bila secara tak sengaja aku terjumpa video diaorang dekat channel The Wknd. Mula-mula aku macam pelik sebab apa hal vocalist dia ni nak bukak baju, pakai lipstick dan suara tak “merdu”. Tapi, banyak tapinya, muzik dia best, lirik dia best dan kau macam nak dengar lagi dan kau akan sedar yang suara vocalist sebuah band tak perlu semerdu Amy Search dan bukak baju sambil perform sebenarnya tak salah. Tak salah for Iqbal M. lah at least.

Dan from then on aku selalu lah dengar lagu diaorang dan aku perasan diaorang ni kau kena dengar LIVE baru betul-betul enjoy. Iqbal punya karisma dan showmanship dan bunyi instrument diaorang sedap gila. Sedap sangat. Aku susah nak explain sebab aku dah lama dah tinggal obsess dekat mana-mana band ni. Oh, aku tak pernah pergi pun gig diaorang, LIVE di sini maksud aku kau kena tengok YouTube diaorang perform. Alasan aku mudah je, aku dah nak masuk 40, anak pun dah 3, aku tak rasa lah aku boleh nak bersesak ke nak bermosh pit ke nak layan Iqbal nak crowd surf ke. Kalau aku boleh duduk satu sudut tanpa join the crowd InsyaAllah aku pergi lah.

Lagu yang paling aku suka sekarang adalah Di Balik Bukit dan Kesatuan. Aku beli album diaorang. Cuma aku memang marah diaorang tak letak lagu-lagu ni dekat Spotify. Aku faham diaorang mesti nak suruh budak-budak pergi gig untuk enjoy sebab macam aku cakap tadi diaorang ni kita kena dengar live, tapi aku takde CD player. Kalau nak dengar kena dalam kereta, dan sekarang aku tak bawak kereta. Aku nak lah duduk dekat office pasang Spotify dekat phone dan connect headphone layan sambil buat kerja. Tapi takpelah, aku setuju je lah dengan apa pun plan diaorang.

Anyway, lagu Di Balik Bukit tu aku boleh start kereta, pasang lagu tu, tak gerak dan layan dalam 20 kali. Punyalah sedap. Aku takdelah bagus sangat pasal bahasa tapi lirik Iqbal M. ni macam aku cakap tadi bagus, dia macam tak sync sebenarnya dengan karakter si Iqbal tu, tapi aku rasa deep down mamat ni jenis deep jugak dalam pembikinan lirik.

Akhir kata, aku doakan diaorang ni takdelah nak berpecah ke apa sebab aku rasa line up dia memang sesuai, dan aku ucapkan selamat berjaya. Nanti kalau ada konsert yang aku boleh duduk macam Abah-abah bagitaulah aku, InsyaAllah aku pergi.

Cara Penggunaan Telefon Yang Sebenar?

Blog Harian

Bila telefon baru keluar banyak features yang diaorang mentioned macam screen kuat lah apa lah tapi aku perasan semua orang masih tetap beli screen protector dan casing yang bagus. Yang mahal, macam tak percaya dengan keupayaan telefon tu. Of course aku pun sama sebab aku rasa memang anytime phone aku akan jatuh dan semuanya akan pecah walau setebal mana, sebagus mana pun screen phone aku tu.

Lepas tu aku terfikir maybe cara penggunaan aku yang membuatkan phone aku dalam keadaan bahaya macam main phone sambil berjalan, masa duduk dalam toilet, masa makan, sebelah tangan makan, sebelah lagi tangan main phone, masa berhenti dekat traffic light nak check jugak phone macam aku ni penting sangat.

Aku rasa phone dicipta untuk digunakan dengan cermat dan berhati-hati dan bukan dalam keadaan bahaya. Kena pegang dan guna dengan cara bertenang. Kalau nak makan tu makan, kalau nak guna toilet tu guna toilet sahaja. Kalau bawak motor tu bila sampai baru tengok phone. So conclusionnya aku lah yang salah, phone tu memang tak salah dan dah dicipta dengan betul dan cara penggunaan yang betul.

Pandang Hina? Mana ada!

Blog Harian

Aku selalu dapat message dekat Whatsapp atau orang share dekat social media ayat macam “Walaupun manusia memandang hina dia bekerja sebagai tukang cuci tapi dia hafal AlQuran.” “Walaupun orang memandang hina saya berniaga nasi lemak di tepi longkang tapi rezeki saya halal.”

Kepala hotak kau! Bila masa pulak aku pandang hina tukang cuci dan peniaga nasi lemak? Kawan-kawan aku pun happy je berkawan dengan cleaner and tapau nasi lemak tepi longkang. Kalau korang takde kotorlah office, masjid, susahlah pagi-pagi nak masak nasi lemak sebelum pergi office.

Aku geram orang nak cuba establishkan benda-benda merepek macam ni. Orang semua ok je. Yang kau sendiri nak rasa hina sangat diri sendiri tu kenapa? Kita semua ok dan happy. Dah lah income kau lagi banyak dari yang aku makan gaji ni. Saya je nak main psikologi.

mmCINEPLEXES Nilai dan Wira Short Review

Blog Harian, Movie

Nilai dan daerah sekitar sudah lama mendambakan sebuah cinema. Dan mmCINEPLEXES menyahut cabaran dengan membuka cinema diaorang di Mesamall Nilai. Aku booked tiket secara online dan bila sampai aku kena pergi dekat machine untuk print, dan rupa-rupanya nak beli tiket on the spot pun kena beli dekat machine tu dan dekat situ jugak boleh beli makanan. Fully automated. Makanan boleh order dan bayar jugak dekat kaunter sebenarnya tapi pada aku new experiencelah.

Nampaknya semua nak guna machine dan dah taknak guna manusia. Aku ok je. Tapi entahlah, nanti kurang peluang pekerjaan. Kesian pulak budak-budak nak buat part-time nanti. Pada aku ok je lah cinema ni. Mungkin tak sebagus cinema yang dah lama establised tapi dia good enough untuk kau tengok movie, kalau korang tak banyak songeh macam aku lah. Untuk orang sekitar dan tak banyak masa macam aku, memang pergi sini je lah senang tak payah pening-pening nak pergi tempat jauh.

Ok, filem Wira, aku tengok sorang je. Aku suka action movie so itu sebab aku tengok. Action dia ok jugaklah pada aku, well rehearsed lah. Lakonan pun ok, Dain Said paling power. Hairul Azreen memang boleh berlawan. Fify Azmi pun berlakon bagus, berlawan pun bagus. Semua boleh diterima. Dan drama dan jalan cerita pun best, maksudnya takdelah berlawan tanpa hala tuju. Tapi nak cakap perfect tu takdelah, ada macam something kurang jugaklah yang aku tak boleh nak explain, tapi kena tengok sebab banyak effort nak buat movie macam ni. Message yang dia nak sampaikan pun best jugaklah.

Sebagai conclusion, mmCINEPLEXES ok, Wira pun ok, patut dicuba dan ditonton.

Aku Ada Plan But Damn It…

Blog Harian

Aku seriously minat nak membawa kanak-kanak ke arah yang benar (of course sebab aku pernah menyimpang). Jalan yang benar ini bermaksud aku nak tunjukkan banyak benda yang diaorang boleh buat sambil having fun dan added value pada diaorang. Alah, macam budak basikal lajak lah, hebat tu sebenarnya pandai bega basikal, berani tapi cara dan tempat yang salah.

Tapi aku tak pandai bab engineering, aku pandai bab komputer, aku perlukan satu community center untuk budak-budak having fun tapi belajar at the same time. Banyak kali dah aku cerita pasal benda ni. Aku juga perlukan satu studio, dalam 10 bijik PC dengan software dan beberapa peralatan lain. Syarat nak join ni dekat sekolah kena excellent jugak, kena bawak result kalau nak join or aku boleh collaborate dengan sekolah terus.

Sebenarnya kalau aku ni pandai aku boleh je dapatkan semua benda ni free from sponsors, tapi masalahnya aku tak pandai dan aku tak rasa aku ada convincing skills yang bagus. Damn!!!! If only aku pandai bab ni cita-cita aku boleh berjaya dah. Satu syarikat besar provide tempat, satu computer company sponsor computer, satu, oklah you get the point. Diaorang collaborate semua dan aku jadi organiserlah. Aku takde niat lain pun, aku memang jujur dan berniat murni. Trust me.

Projek ni untuk anak-anak area ni sahaja tapi sekali-sekala buat contest or event, game tournament, music video competition ke apa bukak pada semua orang ada satu Malaysia.

As for now aku settle buat dekat rumah je lah. Dan for your information budak-budak ni semua hebat dekat sekolah, anak aku untunglah kawan dengan diaorang. Aku tau ada antara diaorang ni akan jadi someone yang penting satu hari nanti. Ingat apa aku cakap ni. Hihi.