Cara Penggunaan Telefon Yang Sebenar?

Blog Harian

Bila telefon baru keluar banyak features yang diaorang mentioned macam screen kuat lah apa lah tapi aku perasan semua orang masih tetap beli screen protector dan casing yang bagus. Yang mahal, macam tak percaya dengan keupayaan telefon tu. Of course aku pun sama sebab aku rasa memang anytime phone aku akan jatuh dan semuanya akan pecah walau setebal mana, sebagus mana pun screen phone aku tu.

Lepas tu aku terfikir maybe cara penggunaan aku yang membuatkan phone aku dalam keadaan bahaya macam main phone sambil berjalan, masa duduk dalam toilet, masa makan, sebelah tangan makan, sebelah lagi tangan main phone, masa berhenti dekat traffic light nak check jugak phone macam aku ni penting sangat.

Aku rasa phone dicipta untuk digunakan dengan cermat dan berhati-hati dan bukan dalam keadaan bahaya. Kena pegang dan guna dengan cara bertenang. Kalau nak makan tu makan, kalau nak guna toilet tu guna toilet sahaja. Kalau bawak motor tu bila sampai baru tengok phone. So conclusionnya aku lah yang salah, phone tu memang tak salah dan dah dicipta dengan betul dan cara penggunaan yang betul.

Pandang Hina? Mana ada!

Blog Harian

Aku selalu dapat message dekat Whatsapp atau orang share dekat social media ayat macam “Walaupun manusia memandang hina dia bekerja sebagai tukang cuci tapi dia hafal AlQuran.” “Walaupun orang memandang hina saya berniaga nasi lemak di tepi longkang tapi rezeki saya halal.”

Kepala hotak kau! Bila masa pulak aku pandang hina tukang cuci dan peniaga nasi lemak? Kawan-kawan aku pun happy je berkawan dengan cleaner and tapau nasi lemak tepi longkang. Kalau korang takde kotorlah office, masjid, susahlah pagi-pagi nak masak nasi lemak sebelum pergi office.

Aku geram orang nak cuba establishkan benda-benda merepek macam ni. Orang semua ok je. Yang kau sendiri nak rasa hina sangat diri sendiri tu kenapa? Kita semua ok dan happy. Dah lah income kau lagi banyak dari yang aku makan gaji ni. Saya je nak main psikologi.

mmCINEPLEXES Nilai dan Wira Short Review

Blog Harian, Movie

Nilai dan daerah sekitar sudah lama mendambakan sebuah cinema. Dan mmCINEPLEXES menyahut cabaran dengan membuka cinema diaorang di Mesamall Nilai. Aku booked tiket secara online dan bila sampai aku kena pergi dekat machine untuk print, dan rupa-rupanya nak beli tiket on the spot pun kena beli dekat machine tu dan dekat situ jugak boleh beli makanan. Fully automated. Makanan boleh order dan bayar jugak dekat kaunter sebenarnya tapi pada aku new experiencelah.

Nampaknya semua nak guna machine dan dah taknak guna manusia. Aku ok je. Tapi entahlah, nanti kurang peluang pekerjaan. Kesian pulak budak-budak nak buat part-time nanti. Pada aku ok je lah cinema ni. Mungkin tak sebagus cinema yang dah lama establised tapi dia good enough untuk kau tengok movie, kalau korang tak banyak songeh macam aku lah. Untuk orang sekitar dan tak banyak masa macam aku, memang pergi sini je lah senang tak payah pening-pening nak pergi tempat jauh.

Ok, filem Wira, aku tengok sorang je. Aku suka action movie so itu sebab aku tengok. Action dia ok jugaklah pada aku, well rehearsed lah. Lakonan pun ok, Dain Said paling power. Hairul Azreen memang boleh berlawan. Fify Azmi pun berlakon bagus, berlawan pun bagus. Semua boleh diterima. Dan drama dan jalan cerita pun best, maksudnya takdelah berlawan tanpa hala tuju. Tapi nak cakap perfect tu takdelah, ada macam something kurang jugaklah yang aku tak boleh nak explain, tapi kena tengok sebab banyak effort nak buat movie macam ni. Message yang dia nak sampaikan pun best jugaklah.

Sebagai conclusion, mmCINEPLEXES ok, Wira pun ok, patut dicuba dan ditonton.

Aku Ada Plan But Damn It…

Blog Harian

Aku seriously minat nak membawa kanak-kanak ke arah yang benar (of course sebab aku pernah menyimpang). Jalan yang benar ini bermaksud aku nak tunjukkan banyak benda yang diaorang boleh buat sambil having fun dan added value pada diaorang. Alah, macam budak basikal lajak lah, hebat tu sebenarnya pandai bega basikal, berani tapi cara dan tempat yang salah.

Tapi aku tak pandai bab engineering, aku pandai bab komputer, aku perlukan satu community center untuk budak-budak having fun tapi belajar at the same time. Banyak kali dah aku cerita pasal benda ni. Aku juga perlukan satu studio, dalam 10 bijik PC dengan software dan beberapa peralatan lain. Syarat nak join ni dekat sekolah kena excellent jugak, kena bawak result kalau nak join or aku boleh collaborate dengan sekolah terus.

Sebenarnya kalau aku ni pandai aku boleh je dapatkan semua benda ni free from sponsors, tapi masalahnya aku tak pandai dan aku tak rasa aku ada convincing skills yang bagus. Damn!!!! If only aku pandai bab ni cita-cita aku boleh berjaya dah. Satu syarikat besar provide tempat, satu computer company sponsor computer, satu, oklah you get the point. Diaorang collaborate semua dan aku jadi organiserlah. Aku takde niat lain pun, aku memang jujur dan berniat murni. Trust me.

Projek ni untuk anak-anak area ni sahaja tapi sekali-sekala buat contest or event, game tournament, music video competition ke apa bukak pada semua orang ada satu Malaysia.

As for now aku settle buat dekat rumah je lah. Dan for your information budak-budak ni semua hebat dekat sekolah, anak aku untunglah kawan dengan diaorang. Aku tau ada antara diaorang ni akan jadi someone yang penting satu hari nanti. Ingat apa aku cakap ni. Hihi.

Janganlah Sampai Depressed Bang

Blog Harian

Aku maybelah seorang kutu yang tidak boleh dijadikan contoh tapi bila aku baca orang further study sampai depressed aku nak nasihatlah sikit adik-adik. Sebelum sambung belajar carilah pengalaman dulu dan sambung belajar dalam bidang yang kau minat dan kau rasa nak ada dalam bidang tu lama. Tak perlu nak rush, tunggu masa yang sesuai. Sebab apa? Sebab senang bila kau boleh relate kan benda yang kau belajar dengan kerja yang kau buat. Sampai tahap kau ambik je projek dekat office and jadi case study. Nak sembang pun takdelah rasa out of place. Lagi satu kalau macam dah lost sangat senang boleh tanya Boss, boleh tanya kawan. Dan belajarlah for the knowledge dan bukan untuk benda lain. Tapi sukahati kau lah kau kut ada agenda lain. Lepas tu expectlah postgrad ni banyak sangat teori, part yang aku menyampah macam contoh suruh explain pasal distributed intelligence and collective intelligence kepala hotak dia.

Sekian nasihat Abang Piz. Bye.

Benda Yang Aku Belajar Minggu Ini

Uncategorized

1) One off project lagi best dari project yang panjang. In term of kepuasan dan level of stress yang nak kena hadap.
2) Boleh buat kerja sorang, tapi at the end of the day kau masih perlukan orang.
3) Treat orang baik-baik dan InsyaAllah orang-orang baik akan datang pada kau, eventually.
4) Kau masih akan ada salah silap, ada hiccups sana sini walaupun kau rasa kau dah over prepared.
5) Cakap pasal silap, kau boleh buat 99 benda betul dan 1 benda silap, tapi 1 benda silap tu yang orang akan cakap. Fuck it je lah, mana ada orang perfect, lebih-lebih lagi bila kau juggle banyak benda at one time.
6) Kau kena relax sikit, benda nak jadi akan jadi dan benda tak jadi akan tak jadi, tidur je lah dengan lena.
7) Team yang bagus adalah penting. Once dah jumpa team yang bagus kau jaga elok-elok.
8) In an ideal world kau patut focus satu benda je supaya tak caca merba, tapi in reality susah kut nak dapat macam tu, aku masih mencari.

Sekian.

Laksa Sebagai Hukuman

Blog Harian

Aku dari kecik suka laksa, mak aku selalu buat, mee laksa tu buat sendiri, kuah buat sendiri, bahan semua cukup. Ya Allah tulis ni pun aku dah kecur air liur. Masa tu cili tak masuk lagi sebagai condiments dalam laksa tu. Bila aku dah dewasa ni baru aku jumpa banyak variety of laksa dan tambah dengan cili jadi lagi sedap sampai nak pengsan.

So selalulah aku ke Bangi pergi makan laksa almost every weekends campur dengan cendol. Lunch time pun gagah pergi dari Semenyih menikmati laksa.

Tapi dalam 5 tahun lepas aku dah tak boleh makan laksa. Aku teringin, aku terliur, tapi bila aku suap laksa tu somehow tak boleh masuk. Pelbagai jenis laksa aku try dan semuanya aku tak boleh terima.

Imagine apa aku rasa? Something yang kau nak sangat, kau mampu pun, ada depan mata tanpa sebarang halangan tapi kau tak boleh nak nikmati. Aku rasa macam satu hukuman. Entahlah, maybe ada dosa aku yang Allah balas macam ni. Aku terima je lah dan aku masih akan terus beli laksa sambil berharap aku boleh makan dan hopefully nasi kandar tak jadi macam ni.

Kenapa Kemahiran Berbahasa Inggeris Itu Penting?

Blog Harian

At least untuk akulah. Aku percaya aku ada banyak kemahiran dan aku rasa aku bijak jugaklah orangnya, tapi disebabkan aku ada masalah komunikasi, aku susah nak progress ke level yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, aku masih diterima kerja dan masih ada kerja tapi aku percaya dengan kelebihan berkomunikasi yang baik manusia boleh pergi lebih jauh lagi especially bila English kau bagus. Especially di Malaysia. In fact kau boleh bercakap dengan lancar tak kira bahasa pun dah buat orang yakin dengan kau.

Aku ada masalah yang mana aku tak boleh kerja kerajaan, sebenarnya aku tak sure kerja kerajaan cakap Bahasa Melayu atau English, disebabkan SPM aku hampeh dan banyak GLC or Gomen yang masih tengok dan judge based on SPM result. Ye aku dapat diploma and degree dengan cara maha susah.

Kadang-kadang ada email masuk cakap ada kerja kosong sekian-sekian yang aku boleh apply sebab sesuai sangat dengan profile aku dan boleh dapat gaji lebih tinggi tapi bila dia tulis mesti hebat tulis dan cakap English aku terus surrender dan redha je lah dengan pendapatan aku sekarang.

Or maybe aku ok je tapi sebab aku trauma dihina dan dikeji sepanjang hidup aku sebab English ni aku jadi takut nak practice. Entahlah, tapi one thing for sure aku akan pastikan anak-anak aku takkan end up jadi loser macam aku.

Highest Level of Dissapointment

Blog Harian

Aku ada nasihat untuk lecturer yang bagi markah assignment dan exam students. Katakan kalau student kau nak dapat A dia kena score 80 dan A- kena score 75, kau janganlah bagi student kau tu 79.25, kau bagilah dalam 76 ke 77 ke.

Ye, itu yang terjadi pada aku hari ni, satu subject aku keluar markah dan aku hanya perlukan 0.75 markah je untuk dapat A dan maintain CGPA 4.00. Aku frust menonggeng tau? Imagine esok weekend dan aku ada masa dua hari yang membosankan dan kepala aku akan terfikir pasal benda ni.

Aku sendiri pun sebenarnya bermasalah jugak, patut aku happy je lah sebab subject tu memang susah, dan aku pun takdelah bersungguh sangat last semester sebab semak benda lain, dan kalau aku habis belajar dan maintain 4.00 pun masalah jugak, nanti orang expect aku lebih-lebih. Dahlah masa aku belajar ni ada orang macam perli aku cakap “Student Master ni, kenalah tau fikir”. Masalahnya aku ambik Master tajuk lain, suruh aku fikir benda yang aku takde experience dan aku taknak tau pun. Boleh nak guna reason lain suruh aku fikir, bukan pasal aku tengah buat benda personal aku. Aku guna duit keringat aku nak belajar ni, takde siapa sponsor dan aku tak kacau sesiapa.

Anyway, sebenarnya hari ni aku dapat jadi top studentslah konon dalam training yang aku attend, dapatlah hadiah sikit. Patut aku happy pasal tu dan celebrate small winslah orang cakap, tapi sebab aku ni memang psiko dan entah apa bendalah trauma aku sampai jadi macam ni aku jadi dissapointed hal exam tadi. Maybe aku kena pergi theraphy.

Baiklah, Kami Terima Jerebu Seadanya

Blog Harian

Aku baru tengok video burung mati sebab jerebu. Last week aku tengok gambar ular terbakar. Kalau tak kesiankan dekat manusia, cubalah kesiankan dekat binatang semua tu. Apa ke bodoh benda ni dah jadi yearly event dan kita terima seadanya je. Setakat marah-marah dekat social media dengan tulis blog macam aku je lah. Takde siapa ke yang serious nak stopkan benda ni?

For your information, selain dekat Indonesia banyak jugak tempat tengah terbakar. Panas dunia ni tau tak? Bila dah panas dunia, hati pun panas. Aku generally sihat, tapi sebab jerebu ni dada dah sempit, hidung dah rasa lain macam. Ramai lagi yang teruk daripada aku. Tak sihat. Aku ada baca, yang company Malaysia ni yang bakar-bakar ni. Fine. Tuan punya negara biar je ke? Takde rasa nak buat apa-apa ke? Bukan itu tanah kau ke? Takde perasaan kesian ke pada manusia? Pada binatang?

Facebook memories aku yang dah bertahun pun tunjuk bulan September memang bulan jerebu. Kalau hujan or panas tu kuasa Tuhan, jerebu ni tangan manusia yang buat ni. Kita mampu je nak stop. Tapi malangnya takde siapa pun serious or betul-betul peduli. Takkan kita nak terima je every year dan celebrate beli mask, celebrate sekolah tutup, celebrate ambik emergency leave nak jaga anak yang sekolah tutup, celebrate kematian sebab jerebu?

Dah jadi macam ni, lagi banyak point orang nak ban sawit. Aku anak peneroka, tapi kalau sebab sawit benda bakar-bakar ni terjadi dan orang taknak sawit dah takpelah, kita stop je lah tanam sawit, guna je lah minyak lain. Lepas tu tanam ganja.