I Used To Be Great Once

Blog Harian

Bila social media wujud, gambar atas ni memang aku tunggu-tunggu. Aku selalu tanya kawan-kawan cikgu aku diaorang ada access tak dekat Album Sukan Sekolah. Aku memang nak cari gambar atas ni. (Tipu, aku nak cari semua gambar aku masa darjah enam). Dan hari ni Cikgu aku upload. Kalau ikut hati aku nak je aku balik kampung esok ambik semua gambar yang ada dan scan.

Sebabnya, darjah enam lah zaman kegemilangan aku, academic and kokurikulum. Aku conquer wakil Batang Padang dan UPSR aku 6A. Dan masa sukan sekolah ni memang kenangan manis yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Jadi olahragawan tu memang expected masa tu, tapi masa lawan antara sekolah lain jemputan tu yang highlightnya. Imagine satu padang tu sokong kau macam pesta, kalah takde dalam kamus lah masa tu dan aku tak tau lah apa benda yang motivate aku sampai hebat gila rasanya masa ni. Balik rumah, penuh bakul basikal aku dengan piala.

Selalu aku terbayang kalau aku boleh turn back time aku nak balik at this exact moment. Sebab aku rasa inilah masa aku paling happy dalam hidup dan not to mention lepas tu aku score semua A UPSR dan jadi Pelajar Contoh. Yelah kan, sukan and kokurikulum. Gambar ni macam betul-betul teringat semua sekali masa zaman tu.

Eh Piz, tapi kenapa kau nak turn back time? Sebab lepas darjah enam semua jadi hampeh dan aku nak betulkan dan nak kembalikan zaman kegemilangan aku. Tapi selepas 27 tahun masih tak berjaya. Aku nak balik dan start over dan fix apa yang patut. Haha.

Takpe, aku akan usaha. Tapi at least for now, aku happy tengok gambar ni sampai nak menitik air mata. Terima Kasih Cikgu Zaini, cikgu merangkap coach yang hebat dan dah melahirkan ramai atlet di Negeri Perak. Aku ingat lagi masa darjah 5 cikgu panggil aku lumba lari dengan Kakak darjah 6 yang aku ada crush, dan itu lah startnya career aku sebagai atlet olahraga, sampai tingkatan 5 jugaklah sebenarnya. Harap cikgu upload lagi banyak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s