Tutup Buku Apa Yang Patut Dan Move On

Blog Harian

Banyak benda yang kita carry dan somehow block kita daripada nak buat benda lain, nak move on. Hari ni aku decide untuk tutup segala buku yang patut untuk tak payah fikir lagi. Buku-buku yang ada ni biaasanya penuh dengan grudge. Dan kalau dibukak lama-lama tak ke mana.

Antara benda yang aku close case adalah pasal laptop aku yang rosak masa accident hari tu. Tokey lori tu takde call aku konon janji nak call nak discuss pasal bayar, so aku hantar satu message dekat Driver lori tu suruh pesan pada tokey dia dan terus block nombor dia. Aku cakap baik-baik je dan ucap selamat. Aku ambik pengajaran pasal accident ni. Takpelah, 2020 dah cukup fucked up untuk aku, apa ada hal dengan benda-benda hampeh yang lain, kan?

Buku-buku lain aku tak boleh nak cerita dekat sini sebab too personal.

On a positive note pulak, eLearning system aku dah Live dan setelah struggle untuk lebih setahun akhirnya aku dapat tengok benda tu hidup dan digunakan oleh beribu orang dalam masa 3 hari. Alhamdulillah aku tak give up dan pergi tempat lain hari tu. Ada sorang ex-CIO of the year cakap dekat aku masa aku buat survey pasal ni dulu, “Pizli, if you can do it here, you can do it anywhere.” Aku pegang cakap dia tu dan aku memang buat benda ni untuk diri aku pun.

Cakap pasal eLearning ni, aku ada passion tau for the whole cycle. For once in my life aku macam bersemangat gila nak sampai office and nak sampai rumah balik nak tengok aktiviti dalam sistem tu. Imagine orang suka main Twitter non-stop tengok Twitter and imagine footballer hari-hari main bola. Macam itu lah aku. Sebab apa? Sebab aku ada a large data. Aku ada tanya feedback every time orang habis course so aku boleh nampak human punya learning behaviour. Aku boleh nampak time diaorang masuk sistem. Aku boleh nampak total time spent. Benda ni interesting tau. Kalau aku nak buat Phd research pun boleh sebab aku ada macam-macam info macam jantina, location, job position, Ya Allah banyak, tak menyesal aku letak info tu. Tapi kalau nak buat research Phd ni mesti kena buat paper mintak permissionkan? Aku malas or tak ret lah sebenarnya. Hahaha. Tapi for my own knowledge yang aku boleh nak cerita pada orang bila aku tua nanti memang aku boleh cerita banyak. Dan ini baru hari ketiga. Again, aku ada passion. Siang malam pagi petang. Maybe sebab baru dan aku masih bimbang agaknya, plus ada lah benda yang masih nak kena improve lagi. Nanti dah lama relax sikit lah kut.

Oh cakap pasal nak bercerita pada orang lain baru-baru ni ada tv station contact aku nak buat dokumentari pasal training 4.0 yang memang lah aku excited nak cerita tapi ada beberapa hal yang buat aku terpaksa decline. Takpe, maybe in the future. Near future hopefully.

Cakap pasal buku tadi, aku harap buku aku yang masih terbukak ialah buku-buku yang ceritanya elok dan best. Aku akan teruskan berbuat segala kebaikan walaupun dibalas pengkhianatan, live an honest life dan follow all the rules. May the wind always be at my back.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s