A Series of Unfortunate Events & Dilayan Seperti Pengemis

Blog Harian

Ok, dah beberapa minggu macam-macam benda tak elok jadi dekat aku. First, accident yang menyebabkan laptop rosak. Tangan masih sakit sampai sekarang. Lepas tu ada 5 kali orang guna credit card aku unauthorised, dah lah aku kena call Bank, nak replace semua. Aku tak tau lagi dah dipulangkan ke tak balik duit aku tu. Benda-benda macam ni kacau aku. Nak buat apa benda semua takde mood. Especially bila aku tak kacau orang pun.

Pasal laptop lagi lah syaitan, aku mintak quotation untuk replace benda-benda yang rosak, sekali harga dia bagi lagi mahal dari laptop baru. Aku cuba mintak dari orang yang langgar aku tu, of courselah tak dilayankan? Sebab masa kejadian tu mana ada aku bersama-sama dia mengecheck laptop. Dia dah bayar klinik dan repair motor tu patut aku bersyukurlah kan? Lepas tu lantak aku lah dengan laptop aku yang dalam bag yang takde siapa nampak masa aku kena langgar tu.

Pasal mengemis, aku memang dah biasa dah request service dari orang yang patut bagi service dengan cakap baik-baik tapi orang tak layan. Memang tak peduli pun request aku sampai dah tahap mengemis dah aku. Samalah dengan nak mintak tokey lori bayarkan laptop. Tapi ok, itu aku biasa. Biasa, normal.

Yang lagi hebat, baru-baru ni aku nak tukar duit syiling aku yang agak banyak dekat rumah ni. Bila aku pergi gerai or kedai, semua kerek-kerek cakap. 50 sen ada? 20 sen ada? 5 sen taknak ye? Nak 50 sen je, nak 50 sen dan 20 sen je, nak 50 ringgit je taknak lebih, fine. Dan of courselah yang tak consider langsung pun ramai. Aku macam wah langsinya korang? Sebab biasanya bila aku nak bayar ramai yang cakap “70 sen ada Bang??” macam dah takde duit syiling langsung je gayanya. Aku kenalah cerita “oh dalam plastik ni ada 50 ringgit, 50 sen dan 20 sen. Yang ni ada 30 ringgit, 10 sen dan 20 sen.” Last-last diaorang bagi jugak lah lepas layan aku macam orang nak mintak sedekah mula-mula tadi.

Worstnya kan, aku baru perasan semua orang yang meniaga nasi lemak lah, yang kedai runcit tu bukan orang Malaysia pun sebenarnya. Semua orang asing yang dah sampai Malaysia berniaga dan hidup selesa. Takpelah pengalaman. Nak pergi Bank or coin deposit machine memang aku malaslah buang masa, takpelah jadi pengemis kejap.

Masalahnya bila nak dapat benda best ni? Aku dah suffer enough ni. Anyway, korang nak beli anak kucing? Aku nak cari modal beli laptop, nak jual buah pinggang aku masih nak pakai lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s