Suwey

Blog Harian

Aku tengah menahan geram sebab bala bertimpa-timpa datang minggu ni. Tapi as usual aku tau benda boleh jadi lagi teruk. Apa orang putih cakap? It’s Just A Bad Day, Not A Bad Life. Tapi in my case a bad week terus.

Accident, sakit leherlah, apalah, macam-macam sakit, laptop rosak dan hari ni ada unauthorised transaction dekat credit card aku. 5 kali. Aku dah call mintak block. Bank cerita processnya pun dah buat aku pening dan rasa nak flip table sebab macam aku pulak yang buat salah. Syaitan betul.

Cakap pasal salah, kadang-kadang kita dah rasa kita ni dah menjalankan kehidupan dengan baik dan jujur. Macam masa accident tu mamat driver tu nak gantikan side mirror aku yang pecah tapi aku cakap je itu pecah dah lama bukan sebab you yang buat, padahal kalau aku tak jujur aku boleh je claim benda tu. Bukan nak cakap aku baik sangatlah tapi dalam hidup ni aku dah cuba sedaya upaya menjadi manusia yang baik.

Tapi itu apa yang aku rasa aku dah buat lah. Cumanya kita ni tak tau kita dah terbuat salah atau menganiaya orang atau menyakitkan hati orang dalam tak sedar. Maybe yang rasa teraniaya tu doa setiap hari aku ditimpa malang dan bila nampak aku tergolek tu diaorang tepuk tangan cakap padan muka.

Aku mintak maaf banyak-banyaklah pada korang atas kesalahan aku tu. Seriously aku dah cukup suffer dah ni. Aku tak rasa aku teraniaya orang dalam tak sedar macam bala yang menimpa aku ni, tapi again itu apa yang aku rasalah. So, aku mintak maaf banyak-banyak.

Dear Allah, bagilah benda positive sikit next week dan seterusnya. Honestly, aku dah tak larat.

(Oh not to mention rekod tak MC aku dah berapa tahun dah ni pecah, dan bukan sebab sakit natural pun. )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s