I Know, In Different Situation It Could Be Worse. Alhamdulillah

Blog Harian

Semalam adalah kali ke tiga experience nyaris mati aku.

1) Masa darjah 5, aku duduk bawah wayar elektrik sebab motor rosak, zaman dulu wayar besi. Bila aku dah putus asa nak start motor tu aku sorong balik rumah. 10 minit lepas tu wayar tu jatuh dan meletup. Imagine kalau aku ada masa tu.
2) Masa duduk rumah sewa masa tingkatan 5, masa nak makan malam, kawan aku tarik aku yang naik basikal dengan motor dia. Nak laju, aku mamai masa ni sebab tidur senja so jadi bodoh sikit. Sedar-sedar dah bergolek. Memang sakit badan, muntah-muntah dan tinggal parut atas bibir aku dan beberapa tempat. Maybe sebab jadi “player” so Allah rosakkan muka aku sikit. Hahahaha. Melawak je.

Cerita semalam, zaman PKP ni office bagi waktu flexible. Aku balik dalam 4.30 sebab main task aku tengah menunggu beberapa form je semalam untuk di isi so boleh buat dekat rumah je. Buat apa nak stay, plus kelmarin dah stay back massage data. Kena declare semua ni hahaha. Dan excited nak tengok anak kucing baru lahir. So dengan gembira aku pun balik.

Disclaimer: Aku adalah seorang pembawa motosikal berhemah dan company pun siap bagi course untuk bawak motor berhemah ni. Bagus company aku ni.

Bila nak masuk lorong motor dekat tol rumah aku, tetiba aku lost control. Aku tak tau kenapa, sebab aku aware masa tu mana ada kenderaan dekat dengan aku. Sedar-sedar aku dah bergolek dengan motor aku. Nextnya yang aku ingat:
1) Aku merangkak, baring dan duduk tengok motor dah terbalik.
2) Visor tercabut, aku sayang helmet dan visor hitam tu.
2) Orang semua mengamuk dekat seorang driver lori.
3) Orang semua muka cemas tapi bila aku bangun stretching badan semua orang jadi relax.
4) Orang insurance sibuk push aku settle insurance motor dengan dia.
5) Sarjan PLUS suruh ambik gambar.
6) Orang insurance bergaduh dengan driver. Haha.
7) Ada orang angkat motor aku sambil minyak tumpah.

Rupa-rupanya tayar lori tu tercabut, tayar yang dia pakai dan langgar belakang motor aku. Dan bab tayar lori ni memang worst nightmare aku. Patutlah aku tak tau apa. Motor aku of course rosak dan ada benda yang nak dibaiki. Mamat driver call Boss dia, bawak aku pergi klinik, dia bawak motor aku pergi bengkel, dia bayar semua. Nak jugak aku suruh dia bayar duit seluar aku. Aku tau bukan salah dia, salah company tak jaga elok or maybe dah memang takdir. Aku cakap dekat dia “You relax. I ok je ni. Ini accident, bukan you sengaja.” Dia ok je, concern. Boss dia pun cakap dia bayar. Settle semua, pergi report dekat Sarjan PLUS tu tadi sebab kawan office cakap kena report untuk SOCSO. Aku tak faham bab ni sebab aku cedera ringan je. Aku buat je lah.

Sebab aku rasa aku ok, aku relax. Tapi aku bernasib sangat baik sebab:
1) Tengah slow dekat tol bukan dekat atas highway.
2) Bergolek atas rumput bukan atas jalan tar.
3) Tayar langgar motor bukan langgar badan aku directly.
4) Klinik, bengkel, balai semua dekat-dekat ikut lorong tikus tepi tol.

Kalau dalam situasi yang bukan terjadi tu terjadi, aku rasa pagi ni aku dah kena kebumi dah rasanya. Alhamdulillah Allah masih nak panjangkan usia.

Cuma ada satu benda yang paling menyedihkan, bila sampai rumah laptop aku rupa-rupanya pecah dan rosak. Manalah aku nak check masa pening tu kan? Laptop adalah nyawa kedua aku nak buat kerja, nak belajar, nak attend online class. Tetiba aku yang relax since masa bergolek tu, ye aku relax sebab aku memang totally lost control dan berserah je masa tu (imagine balik kalau atas highway), rasa nak mengamuk sebab “nyawa kedua” aku dah hilang.

Tapi aku tau sebab laptop dan bag laptop aku yang tebal tu jugak save aku dari cedera teruk jugak. Bila tengok keadaan beg, laptop dan seluar, aku taulah memang cara aku jatuh tu teruk. Cuma macamana aku nak buat assignment dan attend class sekarang ni? Aku dah nak habis belajar dah tahun ni and looking forward nak ambik Phd ni sebab macam boleh dapat sponsor. Huhuhu.

Anyway, semalam aku rasa macam ok, cuma hari ni ibu jari kanan dan telapak tangan aku bengkak so aku nak pergi Xray. Tengkuk pun macam stiff je ni, luka biasa banyaklah dekat kaki tapi takpe small matter.

Again, Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan macam kawan aku message semalam. “Dio suruh berehat tu rehat la En. Piz”, so 4 hari ni aku nak berehatlah kut.

Lesson dia di sini, kita boleh je berhati-hati dan ambik course ke apa tapi kalau nak jadi dia jadi jugak.

Thanks pada semua yang mendoakan supaya cepat sembuh. Cuma aku ralat sebab bila aku nak bergembira je mesti ada benda tak elok jadi. Aku baru je gembira sistem aku dah siap, ni dah sakit pulak. Sampai aku tanya, aku ni tak boleh nak bergembira langsung ke dalam hidup ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s