Fadil, The Indonesian Don of Bukit Mahkota

Blog Harian

Sebagai rakyat marhaen, aku kena berkira kalau nak berbelanja dan bila kau berkira, kau tak bolehlah nak dapat benda yang the best masa kau berbelanja tu. Contohnya, masa aku dengan wife beli rumah kitaorang ni dulu, rumah kitaorang memang sangat murah kalau nak compare dengan size, tapi dari segi kualiti banyak benda yang kurang lah. Dan untuk improvekan rumah ni, kitaorang kena berbelanja, dan sayangnya dah 14 tahun pun masih kekal dalam golongan marhaen dan masih kena berkira-kira dalam berbelanja, termasuklah dalam nak mengimprove kondisi rumah ini.

Aku ada kenal seorang handyman di area sini. Dia Indonesian, dan aku akan panggil dia sebab dia and the team boleh buat semua benda. Again, takdelah perfect 100% pun kerjanya tapi good enough untuk aku nak bagi rumah elok sikit dan membaiki apa yang perlu on a yearly basis.

Antara sebabnya ialah Fadil ni tak charge mahal, buat kerja sangat laju dan dia jujur. Hari tu aku suruh dia cat rumah dan aku ingatkan dah siap cakap terima kasih sebab aku ingatkan bayaran aku tu untuk cat dinding je. Tapi malam tu dia Whatsapp aku cakap dia nak cat ceiling esoknya. Maksudnya, dia boleh je blah sebab nampak aku dah puas hati tapi dia masih datang esoknya untuk buat kerja yang dia memang niat nak buat. So aku suka bab itu, dia tak ambik kesempatan atas kenaivefan aku.

Fadil ni dia macam Boss dan ada ramai pekerja area ni. Nak pasang tiles boleh, nak repair toilet boleh, nak buat kerja elektrik boleh, nak cleaner? Pun boleh. Nak penggali kubur? Pun dia boleh supply. Semua budak-budak dia, dan aku anggap dia sebagai The Don yang cari peluang kerja untuk kawan-kawan dia dari Indonesia mencari kerja yang halal. Anak-anak aku pun kenal dia. Aku tak sure dia ada buat project yang mahal macam proper contractor sebab aku biasa mintak dia buat job murah-murah je tapi aku pernah nampak dia upload dekat Whatsapp status dia yang dia buat rumah dekat Indonesia besar macam mahligai. Aku yakin itu hasil kerja dia dekat Malaysia ni. Part yang aku paling suka yang macam aku cakap tadilah, dia cari peluang untuk kawan-kawan dia tak kira lelaki perempuan. Yang cleaner perempuan tu dia bawak datang dan balik dari rumah masa nak buat kerja tu. Dia jaga betul-betullah.

Untuk aku, Fadil and the gang are good enough dan banyak membantu aku dan yang paling penting boleh dipercayai sebab aku tak pernah rasa dia ambik kesempatan walaupun aku ni bangang bab kemahiran hidup dan dia boleh je nak tipu bila-bila masa.

Semoga Fadil murah rezeki dan panjang umur dan semoga dia dan kawan-kawan dia berjaya di bumi Malaysia mencari rezeki yang halal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s