To Say I’m Disappointed Is An Understatement

Uncategorized

Aku dilahirkan dengan sifat bersungguh-sungguh bila buat something and aku akan pastikan benda yang aku buat tu jadi. The journey biasanya tak pernahnya indah. Memang macam pundek. Tapi sifat aku, aku akan jadikan benda tu menarik dan happy dengan manusia dan benda yang aku deal with.

Aku ada satu project, dan aku bersungguh walaupun struggle. Dan sebab kebersungguhan aku ni, sampai ada orang buat-buat lawak yang aku ambik rasuah dari vendor. Aku tunggu jugak SPRM panggil aku suruh diaorang tengok bank akaun dan hutang aku supaya diaorang boleh menangis bersama-sama aku. Itu baru satu challenge di antara banyak challenges yang aku kena hadap.

Orang-orang yang patut in charge dan join buat tak kenal dengan aku pun ada. Tapi in the end aku dapat jugaklah bantuan dari manusia-manusia yang baik hati walaupun diaorang takde dari awal sampai projek aku jadi.

Orang-orang yang ignore aku, email tak berjawab, call tak berangkat dan meeting tak datang aku dah tak peduli dah lah sebab habiskan energy aku je. Ada jugak email reply lepas 3 minggu. Belum cakap pasal mental lagi. Baik aku bersuka ria dengan orang yang best-best ni.

Dalam aku happy-happy and nak improve projek aku to another level, orang-orang yang ignore aku tu tadi tetiba datang dan cakap apa aku buat salah. Projek aku kena stop dan in a way macam cakap Pizli pergi mamposlah apa yang kau dah buat sekarang kau kena dengar cakap aku walaupun selama ni aku buat tak tau.

Kau rasa apa perasaan aku?

Aku rasa sakit hati aku sekarang ni lagi sakit compare to kalau aku hiris tangan aku dengan pisau. Yang lagi sakit beberapa kali head hunter approach aku, aku cakap taknak sebab aku happy nak menjayakan project aku. Ye lah jenis bersungguh-sungguhkan?

Takpe, aku ikut je. Bila semua ni settle, projek aku tu akan jadi paling hebat di dunia. Aku pun akan jadi orang yang hebat. InsyaAllah.

Cuma dua tiga hari ni aku memang nak bergaduh je lah dengan orang. Hahahaha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s