Raya Can Wait

Blog Harian

Kadang-kadang guidelines dibuat untuk kita follow tapi kadang-kadang juga kita tak perlu nak ikut guidelines tu selagi objektif guidelines itu dibuat dicapai dan tak melanggar undang-undang. Contoh mudah, untuk copy dan paste katakan gambar dari computer ke telefon kalau ikut guideline yang diberi adalah dengan sambung cable tapi kita boleh je copy gambar tu dengan send guna email atau guna Whatsapp Web untuk mempercepatkan process gambar itu dihantar ke telefon. Objektif tercapai dan tidak melanggar undang-undang.

Bila PM bagitau yang kita boleh beraya dalam negeri atau dengan jiran dekat-dekat janganlah excited sangat walaupun semua orang rasa sihat walafiat sebab ada je orang takde symptom ke apa masih boleh jadi pembawa virus. Jiran dan saudara ada orang tua dan anak-anak kecil. Beraya boleh je dengan bertanya khabar dan tukar-tukar gambar bagi ucapan macam tu.

Walaupun aku sangat sedih tak dapat berpuasa dan beraya dengan mak dan family aku tahun ni tapi aku tau apa yang aku buat masa bulan puasa dan raya nanti dengan hanya duduk di rumah adalah jalan yang terbaik.

Jangan offended kalau kita nak datang, orang tak bagi datang, or bila kita jemput, orang taknak datang. People have family members to protect. Nanti bila semuanya dah selamat kita celebrate lah berjumpa berpeluk semua. Itu pun plan aku dan aku harap semua orang yang boleh berfikir secara matang fikir benda yang sama.

Walaupun ada kelonggaran yang diberi tapi trust me, we should wait.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s