Celebratelah Kejayaan-Kejayaan Kecil

Blog Harian

Masa muda aku dulu aku banyak buat salah dah sampai sekarang aku tak maafkan diri aku. Sebab soalan what if? What if? tu selalu ada dalam kepala aku. Ini sebenarnya psychological problem yang maybe aku kena jumpa pakar untuk betulkan. So dalam melalui hidup aku ni aku take semua benda seriously dan cuba untuk tidak gagal dalam usaha untuk melupakan kegagalan aku yang dulu. Benda ini adalah sangat tidak sihat.

Aku tak macam orang lain, aku ambik diploma lepas dua tahun kerja, lepas tu aku ambik degree masa anak dah dua, dan sekarang aku ambik Masters masa anak dah tiga dan nak completekan before umur aku 40. Benda-benda belajar ni dia ada end dia yang kau boleh celebrate, kau boleh pergi graduation pakai robe nak rasa macam wah aku dah berjaya, itu pasal aku keep on buat kut. Kenapa aku masih tak puas? Sebab trauma kut dulu aku, kena buang asrama, SPM pangkat dua, apply university course yang aku minat tak dapat, so itu sebab aku kerja dulu sebab taknak ambik engineering course yang dioffer. Dan maybe sebab trauma ni aku buat benda yang related dengan belajar. Sebab apa trauma ini boleh terjadi? Sebab aku adalah harapan dan ada potential dari sekolah rendah. Tetiba aku terjerumus ke lembah hina. Hahaha.

Adik-adik aku tahu, kawan-kawan sekolah aku tahu.

So untuk bagi aku happy aku akan make surekan aku berjaya dalam benda yang aku buat, dalam small scale. Bila aku fail of course akan depressed so aku kena make sure aku successlah. Dan antara contoh aku buat sekarang, aku belajar bersungguh-sungguh dan try to score every semester. Oklah, sebenarnya aku nak share yang aku score last semester sebab di blog ini sahajalah aku boleh share. Hahahaha.

So, bila aku achieve something macam ni aku boleh happy seketika dan sort of nak celebrate lah sebab sekecik mana pun pencapaian kena celebrate untuk berasa gembira. Itu konsepnyalah yang patut dibuat. Ada 3 subject lagi dan aku tengah try very hard nak Passed With Distinction walaupun bukannya aku dapat naik pangkat ke dapat duit ke kalau aku achieve benda tu haha. Bulan 12 ni habislah.

Tapi aku ada masalah lain, aku rasa macam lecturer aku saje bagi aku markah kesian, tapi itu another story for another day lah. Kesian tau aku ni, ada masalah psychology macam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s