Kenapa Korean Drama Series Seronok Ditonton?

Blog Harian, Movie, Review

Sudah bertahun-tahun sebenarnya manusia yang aku kenal disekeliling aku menonton drama Korea ni dan mostly perempuanlah. Lelaki ada, tapi diaorang takkan admit in the open macam aku, so kau hanya akan tahu mamat tu tengok cerita Korea bila kau bersembang dengan dia dan bila dah bersembang baru realise yang dia sebenarnya lagi over dari kau. Anyway, persepsi awal aku pada drama Korea ni lebih kepada drama cintan-cintun dan dibarisi pelakon yang over handsome dan cantik semata-mata. Persepsi itu salah dan itu aku tak kisah nak admit aku memang menonton drama Korea tanpa segan silu. Antara sebabnya ialah:

  • Oklah, seperti movie atau drama lain, kau tak boleh lari dengan topik percintaan, dan benda ini memang ada dan most of the time akan jadi main plot dalam sesebuah Korean drama. Sebagai manusia yang mungkin hopelessly romantic macam aku atau mungkin sebagai perempuan yang berangan nak dapat lelaki yang perfect, Korean drama ni boleh buat kau rasa sweet-sweet dan tersengih-sengih macam itu lah.
  • Bab percintaan ni diaorang buat dengan sangat perfect dalam situasi movie itu, diaorang pandai olah dan synckan dengan katakan dengan cerita pasal kedai kopi, dekat medan perang dan macam-macam lagi lah sampai kau akan rasa kagum dengan perfectionnya.
  • Bab yang paling kenapa kau kena tengok adalah dia banyak subplot. Dah lah banyak, menarik pulak tu. So dalam 16 episode tu akan ada banyak subplot yang hebat sangat sampai kadang-kadang kau akan lebih suka subplot dari main plot drama tu. Subplot yang banyak ni dah tak bertumpu pada percintaan lah, so dia ada macam-macam isu dan cerita dan inilah sebab kenapa manusia tak kira jantina akan enjoy drama Korea ni. Ini pun lah main point aku sebenarnya pun kenapa drama Korea ni best.
  • Emosi drama ni pun bercampur aduk yang cukup, so kalau kau tengok emotion kau pun ada ups and downs dia lah. Ada gembira, ada kelakar, ada sedih, ada marah semua macam tu. You get the pointlah. Yang setannya orang Korea ni pandai buat semua ni at the right time. Macam dah lama sikit, dia ubah-ubah supaya kau tak bosan dan jadi lebih curious.
  • Cakap pasal curiosity, memang semua series tak kira bahasa apa akan buat kau looking forward nak tengok the next episodes dan Korean Drama Series takkan fail bab ni, itu yang akan buat kau tidur pukul 3 pagi sebab nak habiskan tengok dan look forward nak tengok the next episode.
  • Drama Korea juga sesuai dengan norma kehidupan orang Asia, dia takde sex scene macam movie barat sampai awkward nak tengok dalam rumah yang ada budak-budak kecik. Kalau ada kissing scene pun dia tak over, dia macam a peck on the lips macam tu je. Kira kehidupan dia kau boleh relatekan dengan kehidupan macam di FELDA Gunung Besout without kissinglah tapi.
  • Lagu-lagu dia best dan sangat sesuai dengan keadaan, ini normal untuk semua cerita pun tapi aku masukkan jugak point ini sebab aku tak faham bahasa Korea ni pun tapi rasa sedap je dengar.
  • Last sekali adalah bahasa Korea itu sendirilah, bahasa Korea ni sedap didengar dan tak irritating. For aku personally, ada tiga bahasa yang aku suka, English (British accent specifically), Korean dan Indonesian macam Bunga Cinta Lestari punya accent tu. Dan kalau aku tetiba ada affair dengan any perempuan yang bercakap dalam bahasa-bahasa tu aku rasa wife aku boleh faham dan bagi aku teruskan. Hahaha, ok dah lari topik. Bahasa Korea best! Bye.

Ok cukuplah kut for now. Aku rasa ramai akan setuju. Last sekali pasal Korean Drama Series ni adalah aku dah buat conclusion, cerita Korea ni sebenarnya macam dadah. Dia akan buat kau high and lari dari realiti. Lepas tu ajak orang lain join.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s