Manusia Dan Perasaan Yang Pelbagai

Blog Harian

Sebagai manusia, adalah normal untuk manusia ada macam-macam jenis perasaan bergantung kepada situasi. Dan adalah normal jugak untuk manusia untuk menunjukkan jenis perasaan bergantung kepada situasi dan masa tersebut.

Kita sebagai manusia di sekeliling patut terima dan cuba faham andai kata kita tak dapat membantu, katakan kalau manusia tu sedih kita nak tukar kepada gembira ataupun manusia terover gembira kita nak iri hati pulak. Kita hanya perlu faham, accept dan kalau perlu support kita support. Sebab apa? Sebab taknak bagi lost track.

Adalah malang sekali kalau sebagai manusia kita dihalang atau worst, dihukum untuk menunjukkan tahap perasaan kita tadi. Imagine isteri tak boleh bersedih bila husband buat salah ataupun anak terpaksa simpan perasaan gembira bila menang main game atau apa-apa situasi lain. Imagine orang dihukum bila dia tak puas hati dan masih being professional about benda yang dia tak puas hati tu. Kalau dihukum, orang yang menghukum tu pada aku ada masalah besar dan patut dicuci hati atau segala benda yang patut dicuci.

Pada aku takde masalah pun orang nak bersedih, bergembira atau marah asalkan diaorang tak lari dari tujuan asal manusia itu di sesuatu tempat tu. Kalau sampai affect fungsi, lari dari track dia dan ganggu orang lain, baru boleh orang lain masuk campur.

Macam project aku tak jadi, aku sedih dan aku tunjuk je perasaan sedih dan marah tapi takdelah aku tidur sampai tak buat apa. Aku semangat je dan lebih bersungguh more than ever nak meneruskan projek aku dengan cara yang lain. Berjalan je otak aku 24 jam nak buat framework yang lain.

Dan manusia yang lain dalam circle aku semua perangai macam ni. Kalau bukan perangai macam ni aku tak take diaorang seriously and takkan consider diaorang dalam “circle” aku pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s