Reviu Belajar Di OUM

Blog Harian

Dalam 6-7 tahun lepas aku tengok ramai orang study di OUM and pada masa tu aku anggap OUM ni macam University yang nak membantu orang dapat degree, Masters or Phd dengan mudah. Tapi luckily aku tak ambik masa tu sebab sebenarnya tak mudah pun, challenging jugak dan pada aku memang patutlah sebab kau nak dapat something yang betul-betul berkualiti kan? Kena lah dengan susah payah dan usaha.


Perancangan Allah tu tepat untuk kita, bila aku dah banyak experience dan dicampurkan pulak dengan kerja yang aku buat sekarang, Allah bukakkan hati aku untuk ambik Master of Instructional Design and Technology. Sebabnya, aku memang minat Learning Technology dan sekarang aku handle semua benda pasal eLearning ni di tempat kerja, dari nak procure system sampai nak renew lesen software pun aku handle. Kerja macam jaga sistem dan guna software tu untuk design elearning courses apa tah lagi, of courselah kena buat. Apa pun, timingnya kena, sebab program ni challenging jugak dan kalau knowledge aku macam 7 tahun lepas sure aku akan fail every semester sebab knowledge aku tak cukup nak relatekan experience kerja dengan apa yang aku belajar.

Anyway, program ni fully online dan kalau ada orang tanya aku nanti bolehlah aku cerita yang aku ada experience both sebagai administrator and sebagai learner dalam online learning.


Yang Positive:

  • Program yang challenging menunjukkan program yang disediakan itu bagus, kalau tak, takkanlah MQA semua bagi lepas kan?
  • Semua subject yang aku ambik relevant sangat-sangat dengan nama program tu. So memang aku boleh terus apply dalam kerja dan kena dengan industry. Education industry maksud aku dan sangat related to instructional design dan teknologi dan elearning jika kau tak bekerja dekat university or kementeriaan pendidikan. Macam kes aku more to learning and development.
  • Lecturer dari pelbagai background dan bukan Malaysian sahaja ya serta berpengalaman dan sangat bagus. Bila communicate aku rasa happy je sebab kitaorang talk the “same language” sampai aku rasa nak peluk sorang-sorang.
  • Walaupun fully online, tetap ada engagement yang banyak between lecturer and students, tapi ini tanggungjawab kau untuk participate dan participation level ada markah. Live Forum pun ada selalu. 
  • Students pun from all over the world sebab fully online.
  • Sistem yang bagus, student data punya sistem bagus, learning management system pun bagus. Termasuklah mobile apps diaorang kalau nak register subject ke apa ke.
  • Dia link dengan KWSP so tak perlu pergi KWSP untuk keluarkan duit bayar yuran (except for the first timelah). Semua online. 


Yang Negative:

Aku tak suka cara OUM market diaorang punya University. Diaorang highlightkan sangat pasal mudah kerja sambil belajar padahal diaorang boleh promote kualiti program diaorang dan jugak cara diaorang manage semua tu. Memang top notch. Impressive. 


Oklah, itu je. Aku ada lagi 2 subject dan 1 practicum, macam final project lah nak dihabiskan. Hujung tahun ni habis InsyaAllah. Doakan aku dapat Pass With Distinction dan dapat cari kerja yang pangkat tinggi sikit dan gaji tinggi jugaklah. Umur dah nak masuk 40 masih hampeh lagi ni. Pada asalnya aku sambung study just for the knowledge tapi dengan knowledge yang aku ada ni nanti haraplah bolehlah jadi golongan T20 dalam Malaysia ni. Amin.

Dan again aku percaya Allah punya perancangan, selagi ada usaha, kita akan berjaya. Amin sekali lagi.

P/S – Semester baru habis so itu aku boleh tulis panjang-panjang ni. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s