Grocery Shopping Masa MCO di AEON Mall Nilai

Blog Harian

Membeli groceries masa Movement Control Order ni agak mencabar tapi something yang menarik untuk dishare. Aku pergi ke supermarket kesayangan, AEON. Sebab apa sayang? Sebab diaorang jual ayam potong-potong dalam satu pek yang cukup untuk aku anak-beranak sekali masak. Dan banyak lagi reasonnyalah. Maybe sebab supermarket yang aku selalu pergi masa berhijrah ke KL belasan tahun dulu adalah Jusco, nama lama AEON. Sentimental.

Masa MCO ni supermarket bukak pukul 8 pagi. So lepas Subuh aku dah bersiap sedia dan sampai sana lagi 10 minit nak bukak, tapi masa tu dah ramai beratur dan menjaga social distance masing-masing macam dalam video tu. Staff AEON akan bagi nombor sebab aku tak sure exactly berapa ramai tapi rasanya 50 orang je boleh masuk at one time. So bila kau keluar, kau pass balik nombor dan orang lain akan masuk. Maksudnya orang lain kena tunggu sampai kau settle. Masa kau beratur nak masuk dia akan check temperature, bagi kau hand sanitizer dan pass troli yang dah sanitized. Process dia proper dan maybe sebab orang-orang yang datang tu pun civilized jugaklah. Nasihat aku di sini jangan take your own sweet time ya, sebelum datang sila buat list, lepas tu laju-laju cari barang macam kau tengah Amazing Race.

Yang bagusnya AEON ni, diaorang sediakan helper untuk speed up the process sebab orang yang tak kenal jenis ikan semua tu memang wujud dan aku nampak depan mata aku sendiri. Kelakar pun ada. Aku bab kenal ikan sayur tu takde masalah, masalah aku cuma macam bila wife aku pesan nak brown sugar peket kecil banyak-banyak macam tu jadi masalah sikitlah nak mencari. Macam pad semua tu pun tak jadi masalah jugak as long as ada gambar. Aku dengar orang siang ikan tu cakap dia tak boleh siangkan, again sebab nak bagi orang cepat beli dan keluar. Pada aku logik jugaklah sebab time macam ni memang semua kena considerate dan tak selfish.

Oh, sayur dah banyak takde sebab MCO ni. Roti diaorang bagi seorang beli satu je yang pada aku satu benda yang bagus. Ada a few barang jugak dah kurang, tak sure sebab takde stock or lambat nak letak sebab aku sampai awal. Or maybe ramai dah beli nak stock up sebab hari-hari satu family makan dekat rumah dan kena masak selalu.

Ok itu je lah, AEON pada aku bagi service yang bagus dan jaga segala benda. Semoga business diaorang maju selama-lamanya di Malaysia ni. Stay safe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s