Bila Ada Insentif or Whatever They Call It

Blog Harian

Hari ni PM bagi insentif Pakej Rangsangan Ekonomi. Sebelum semua orang happy, aku nak nasihatkan yang COVID-19 masih banyak kes dan kita yang dah bersungguh hanya keluar rumah beli barang cepat-cepat dan terperuk dekat rumah masih ada risiko. Jangan sampai lupa dan sibuk fikir nak dapat bantuan, or dapat 6 bulan tak payah bayar loan. Itu semua benda paling last yang patut kau fikir especially bila gaji bulan kau masih berjalan. Area aku ni takde delivery groceries. Payah tau. Risk, risk, risk. Mesti kena keluar beli.

Ok, bila bab insentif ni akan ada perkataan B40, M40 dan T20 yang mana selalunya M40 dan T20 ni tak dapat apa apa pun, selalunyalah. Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi M40 ada. Masalahnya ramai T20 cakap tak adil sebab diaorang tak rasa diaorang kaya pun dah masih cukup-cukup makan, lagi-lagi bila T20 yang dalam the same bracket dengan diaorang adalah orang yang gaji 20 ribu ke atas dan millionaire pun ada. Ada yang cakap, apahal pulak gaji aku laki bini 10K gross dan nett dah tinggal berapa tapi aku same group dengan jiran aku yang jutawan tu? Soalan tu valid dan aku rasa maybe at least 50% dari group T20 akan tanya soalan yang sama. Bila dalam keadaan macam ni option yang tinggal hanyalah bersyukur sebab kau bukan dekat group yang lagi bawah dari kau tu.

Dan trust me, ramai B40, Mak aku B40, sepupu aku B40 dan ramai lagi yang aku kenal B40 dan imagine berapa je yang tinggal dekat diaorang or in mak aku punya case takde income pun buah sawit tak boleh jual.

Aku pasti by 10hb setiap bulan tak kira B40, M40 and maybe 70% of T20 duit dalam bank dengan dalam wallet amountnya sama je semua orang satu Malaysia. Yang beza hanyalah jenis rumah, jenis kenderaan, jenis hobi, jenis kasut, jenis handbag dan jenis kopi yang diminum. At least kau sesak tapi kau duduk Semi-D walaupun pada asalnya kau boleh tak sesak kalau kau duduk apartment 4 tingkat yang takde lif tu. Kau yang pilih hidup yang macam tu. Kau yang pilih nak bawak Honda Civic Type-R. Bab ini aku pun guilty sama.

Oklah, aku pun tak tau nak fikir apa sekarang, tak tau nak buat apa pun sekarang dengan macam-macam option yang diberi. Aku doa kita survive the crisis dan kita bangkit bersama dan semua orang jadi baik dengan each other. Dan aku akan berjuang dapat jadi T20 of T20. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s