Technology Wujud Bersebab

Blog Harian

MCO dilanjutkan lagi sampai 14hb, yang pada aku memang patut dibuat sebab kes menunjukkan takde tanda nak surut. Aku pun dah 4 hari work from home, membuat eLearning courses dengan menggunakan trial software. Ye aku tak suka sebab rumah aku panas dan kerusi makan aku keras tapi itu benda yang patut dan mesti dibuat. Aku nak pergi office pun takut sebab mask takde jual. Next week aku kena pergi office. Cuma ralat sikit sebab sistem aku tak boleh access dari luar lagi, kalau tak semua yang work from home boleh guna. Tapi, arghhh malas aku nak mengenangkan bila bekerja dalam industri yang penuh restriction ni. Kalau guna cloud macam project yang aku tengah buat sekarang untuk assignment university aku, dalam 30 minit dah boleh setup LMS. (refer gambar atas). Dengan keadaan sekarang aku pun dah tak tau nak expect apa, memang dari dulu pun banyak sangat challenge benda ni. Takpe, ada banyak lagi masalah besar.

Cakap pasal technology, aku masih tak faham orang yang masih don’t get the memo pasal covid-19 ni. Boleh pulak dekat mana entah orang berkumpul seribu orang solat dan berdoa bersama-sama. Dengan technology, kau boleh set satu dunia ni untuk solat hajat atau baca Yassin at the same time. Doa boleh je beramai-ramai through TV. Ceramah boleh buat Live. Maybe Allah nak tunjukkan lah kut dekat Pakcik yang perli aku tak pergi surau hari tu yang ibadah dan doa ni boleh dibuat di mana-mana. Tapi tidaklah aku nak cakap solat di Masjid tu tak elok, dia jadi tak elok bila kau judge orang lain yang tak pergi. Dan aku memang rindu nak pergi solat dekat masjid. Allah bagi ilham pada manusia untuk cipta teknologi yang ada untuk benda-benda keagamaan jugak. Takkan lah bagi ilham for nothing.

Dengan social media jugak aku dapat berita nampak orang takde makanan. Imagine orang biasa income harian dan sebab jadi macam ni nak makan pun tak boleh. Aku sedih. Tapi nasib baiklah banyak NGO yang membantu. Aku setakat membantu dengan doa lah sebab aku pun cukup-cukup je. Tapi deep down nak jugak membantu walaupun sikit. Aku tengok ada budak-budak muda macam tak peduli pun dengan keadaan, masih bersuka-ria, menari-nari, maybe sebab diaorang cukup semuanya. Aku taknak anak-anak aku jadi macam tu. Sambil makan aku cerita je apa jadi dekat luar sana. Bersyukurlah Ayah Mama gaji tak dipotong ke apa masa crisis ni. Sebab dalam sekelip mata je kalau nasib berubah kita pun boleh tak cukup makan. Hindarkanlah Ya Allah.

Last sekali, buatlah kebaikan, share je lah apa-apa kebaikan yang dapat membantu sesiapa yang memerlukan dekat dunia ni walaupun kebaikan kecik sebab kita tak pernah tau kebaikan mana satu yang boleh bawak kita ke syurga. Itu tempat yang abadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s