Perihal Movement Control Order (Dan Beberapa Tips)

Blog Harian

Kalau hari tu aku takut, kali ni aku dah takut kuasa 5. Setiap malam aku mimpi bukan-bukan dan bangun dalam ketakutan. Aku tak rasa aku akan bagi kut kalau sekolah nak sambung bulan 4 nanti, pada pendapat aku dengan keadaan sekarang, sekolah patut cuti dan MCO ni pun patut dilanjutkan. Tapi dari segi ekonomi benda ni tak bagus, untuk company pun tak bagus. So tips pertama, banyakkanlah menyimpan so that kalau kau takut macam aku kau boleh lah apply cuti tanpa gaji (in case kau kena datang kerja). Tapi in aku punya case, aku tak mampu pun nak mintak cuti tanpa gaji. Jangan jadi macam aku. Tapi Alhamdulillah company aku bagi work from home dan yang bekerja di office di jaga dengan baik, customer pun diberi option, yang buat aku sangat bangga dengan company aku sekarang. Aku sedih bila terkenangkan orang macam akak jual karipap favourite aku tu takde income dan worst, aku tak boleh bantu.

Hal lain, macam anak-anak aku ni diaorang tak pernah rasa benda takde. Bukanlah aku ni senang sangat tapi diaorang boleh mintak ikut preference diaorang, katakan kalau telur, yang ni nak telur rebus, yang seorang lagi nak telur mata dan seorang lagi nak telur dadar. Pada masa macam ni aku tak boleh afford nak bagi benda macam tu, sebab nak jimat gas, nak jimat telur macam tu. Second tips, panggil anak-anak duduk tepi dan explain the situation yang Ayah dengan Mama pun first time alami.

Tips pasal masak, aku rasa kena masak dalam portion yang banyak, again, untuk jimatkan gas dan tak perlu nak masak banyak kali dan nak jimat masa, especially bila kau ada banyak benda nak dientertain masa work from home ni. Sebab lain, aku takut gas kat kedai pun dah habis macam roti Gardenia yang cepat je habis. Tips lain, belilah dapur electric atau pressure cooker ke apa yang kau boleh guna just in case gas habis. Habis as in dekat pasaran pun dah habis sebab semua orang dah masak selalu.

Dan bila duduk rumah tak keluar-keluar ni, otak aku mula wish benda-benda yang aku patut ada dalam rumah ni in case untuk kes macam ni. Dan to be honest, aku tak terbayang nak ke mana-mana pun dalam masa terdekat. Raya pun aku tak nampak tahun ni. Aku tengok lawak konon nanti husband beli barang jumpa janda dekat supermarket and cinta berputik. Trust me, jangan risaulah wahai isteri-isteri sekalian, husband masa keluar beli barang tu tak nampak muka orang lain pun. Beli dan balik, cepat-cepat dan not to mention lawak tu tak sensitive. Cakap pasal sensitive, biasanya dekat social media ni kita tau circle of friends kita dan sebab tu kita post benda yang kita rasa orang boleh terima walaupun nampak macam tak sensitive dengan keadaan. Macam share pasal masak apa, buat lawak nak menghiburkan hati sesama sendiri. Acceptable lah pada aku selagi tak menghina sesiapa (macam lawak janda yang buat kawan janda aku triggered).

Back to benda-benda yang aku wish ada dekat rumah tadi adalah:

  • Aku suka minum kopi dan aku pernah nak apply jadi barista part-time. Alangkah indahnya kalau aku ada sebijik coffee machine dan belajar perfectkan buat kopi masa weekend hari tu.
  • Proper office dalam rumah, especially kerusi sedap. Kerusi makan aku dah berusia 15 tahun, sakit bontot duduk buat kerja lama. Bila ada proper office bolehlah kut pasang aircond. Ha baru tau bersyukur company bagi office sejuk sampai nak beku selama ni.
  • Ada bread maker. Roti cepat expired, supply pun kurang, so buat sendiri senang. Tapi tepunglah pulak nak kena ada banyak. Stressnya kehidupan sekarang!

Itu je lah kut for now sebab dalam keadaan sekarang nak wish benda pun aku takut, wish dapat survive the crisis pun dah bersyukur. Again, semoga crisis ni cepat berakhir. Sorry aku tak mampu nak tolong apa, the only benda yang aku mampu nak contribute ialah dengan duduk di rumah ni je lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s