Work From Home: Lebih Penat dan Senang Emo

Blog Harian

Dalam minggu ni baru 3 hari kebanyakan pekerja, bekerja dari rumah. Aku dapat sembang dengan kawan-kawan dan ianya bukan pengalaman yang menggembirakan walaupun selama ni semua cakap. “Wah bestnya kalau dapat work from home.” Of course masa diaorang cakap tu diaorang tak terbayang suasana sekaranglah, diaorang terbayang kerja elok-elok tanpa gangguan. Sekarang dengan satu family ada dekat rumah terutama anak-anak kecil, memang lah jadi berbeza.

Semalam aku terplay Audio Whatsapp orang buat lawak cakap pasal dia makan tidur je since kerajaan suruh RMO. Tiba-tiba:

Liza: Eh, orang mana ada makan tidur. Orang buat kerjalah.
Aku: Eh, tak payahlah emo. Ini audio orang melawak je. Dah dia memang kena cuti.

Hahaha, sampai macam tu impaknya pada emosi.

Anyway, antara benda lain yang diaorang semua ni cakap:
1) Time nak buat kerja anak kecik nak pergi toilet so kena entertain.
2) Call dari office tak pasti video or audio so tudung kena sentiasa pakai.
3) Communication kena selalu compare to masa kerja dekat office, so penat nak kena sentiasa communicate.
4) Time buat kerja anak-anak kecik banyak bertanya. Gangguan.
5) Panas, takde aircond dan takde proper bilik.
6) Kerusi tak sedap macam kerusi office.
7) Kena stop masak.

Tapi it is also depends on kau kerja bahagian apa lah kut. Untuk item no. 4 dan no. 5 bolehlah bawak-bawak bersyukur yang office kau bagi tempat kerja yang selesa selama ni. Hihi.

Ok, aku just nak suggest sikit, kadang-kadang kalau company bagi bonus ke apa, investlah sikit kut dekat laptop dan barang-barang nak work from home sebab you never know. Kut kau cuti and ada benda penting ke tetiba boleh jugak buat. Aku faham ada yang akan cakap, company lah kena sediakan, tapi entahlah, aku rasa kita akan lebih happy kut kalau dapat contribute untuk kelancaran tempat kita mencari rezeki. Tapi itu aku lah, plus bukan semua company bagi bonus.

Again, semoga benda ni berakhir dengan cepat. Aku penat, nak beli barang dapur pun payah. Dan cakap pasal barang dapur, orang bukan nak stock up sangat pun tapi sebab dah 100% makan dekat rumah, kena lah beli banyak kut. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s