Kena Langgar Dengan BMW But That’s Not The Main Problem

Blog Harian

Pagi tadi masa aku tengah elok tunggu kereta lalu lalang dekat simpang empat ada kereta BMW langgar aku dari belakang. Bila kau tengah statik, pegang motor kuat-kuat, badan kau akan sakit walaupun terlanggar perlahan. Aku nampak ada benda pecah tapi bila aku tengok motor aku macam ok dan mamat tu takde pun nak turun kereta dan memandangkan aku nak sampai office awal nak makan nasi goreng sate yang wife aku masak, aku relaxlah.

Tapi sebab ada benda melayang tu aku pergi gerak ke tepi dan tengok balik, jauh sikitlah dari scene dan mamat tu tetiba turun kereta bila aku dah jauh tu. Dia tengok kereta dan tengok aku cakap “Blahlah, takde rosak!”. Ini lah masalah sebenar sebab kau yang langgar aku kau nak marah aku kenapa? Second, kau takde effort pun nak say sorry. Third, aku nampaklah muka dia pandang hina pada aku ni macam jijik sangatlah mat motor and lepas tu dia drove off laju-laju. Ini bukan perasan, memang aku kenal muka macam tu. Kalau orang tu manusia yang bagus dah lama dia turun mintak maaf.

Inilah masalah utama, aku tak tau kenapa bila orang dah bawak kereta mewah ni diaorang akan behave macam superior sangat dari orang lain. Untuk kes aku, yes aku dah biasa dipandang hina dan aku memang marhaen tak mampu nak pakai kereta mahal. Tapi ramai je orang lain naik kapcai tapi kaya raya sebab diaorang taknak rempuh jam. Kereta besar simpan dekat rumah. Tak payahlah nak berlagak sangat and nak rasa superior dari orang lain.

Sebenarnya aku tak pandang pun pada kereta sebab aku tak minat. Kereta paling best pada aku ialah Perodua Kelisa, so kalau kau rasa hebat dan rasa aku akan impressed sebab kereta, kau silaplah sebab I don’t give up a fuck dan sebab kes macam ni lagi buat aku benci spesis macam ni.

Sekarang ni badan aku sengal-sengal ni siapa nak urutkan?

Serpihan ini lah yang melayang tu. Masa tengok tu tak perasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s