Dari Video Ke Data Presentation

Blog Harian

Masa aku study dulu aku dengan kawan-kawan aku suka sangat buat video. Sampai subject business pun buat video presentation. First kerja aku terlibat dengan video, dua tahun jugaklah aku kerja video. Tapi lepas tu aku minat ke eLearning dan Alhamdulillah aku kerja eLearning lama jugak.

Tapi since minat aku masih buat video, aku buat video suka-suka dan bukan cari rezeki dengan buat video. Bila cakap pasal minat aku hanya akan buat bila aku nak buat lah. Kalau orang suruh memang aku akan memberontak taknak buat, kalau orang nak upah 15K pun aku takkan buat. Aku tak taulah sebab apa, memang aku tak suka disuruh-suruh bila bab buat video, maybe ada past experience yang aku tak ingat.

Ok cukup pasal video, sekarang aku minat tengok data. Bila data yang aku kena calculate sendiri agak bahaya sebab aku kena kira sendiri tapi bila sistem yang provide data dan aku hanya perlu present the data, itu memang aku suka. Sebab data tu dah accurate. Aku selalu buat kerja cepat dan sebab tu bab accuracy kadang-kadang ada masalah, macam ejaan salah lah apa lah. Dan bila bab data benda ni bahaya. Tapi bila sistem yang provide aku rasa Ya Allah bestnya nak present data. Kau nak apa? Berapa orang Selangor dah buat, kejap ye bagi aku main dengan data ni kejap.

Point aku dekat sini kadang-kadang kita tak tau hala tuju kita, itu takpe as long as kau bersungguh-sungguh buat kerja pada masa tu nanti adalah benda-benda baru yang kau akan minat and bila kau bersungguh-sungguh, InsyaAllah benda baru yang kau minat tu cepat je kau mahir. So takpe, nanti adalah benda-benda yang kau buat tu kau nampak hala tuju yang baru, dan akan bukak ruang untuk ke macam-macam benda lain lagi. And hopefully dengan segala experience yang ada kau akan dapat kebahagiaan. Dan benda ni lagi best sebab kau boleh bersembang dengan orang pasal macam-macam benda. Dan itu akan bagi kau happiness.

Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s