Selamat Tinggal 2019 dan Harapan 2020

Blog Harian

Kalau cakap pasal dekad yang lepas, 2019 adalah tahun yang paling mengecewakan aku dan 2014 pulak adalah the best year of the decade. Aku dah buat yang terbaik tapi kadang-kadang benda bukan bergantung dengan usaha kau sorang je. Banyak faktor dan pihak yang kau kena bergantung, banyak rules yang kau kena ikut dan end up usaha terbaik kau tu macam tak berguna pun. Tapi. Aku belajar banyak benda dan benda yang aku belajar tu sangat mahal, tak boleh dibeli in fact. Sebab aku belajar through experience dan tak semua orang akan dapat experience tu.

2019 yang aku ingat lagi adalah tahun:
1) Anak sulung ambik UPSR, tak dapat straight A sebab dia suka main game dan aku pun takde tumpu sangat pada pelajaran dia sebab aku pun busy entah apa-apa.
2) CGPA aku dah turun 3.95 sebab satu subject aku lagi 0.75 markah je nak dapat 4 flat. (less than 1 markah tu, geram je aku sampai sekarang)
3) Project aku dekat office tak siap walaupun dah usaha setengah mati dan berdoa siang malam, mintak kawan-kawan dan family pergi Mekah tolong doakan jugak.
4) Aku dapat kuruskan sikit badan, tapi dah gemuk balik, kena restart. Oh aku berjaya main jump rope dengan beberapa tricks.
5) Aku kenal ramai orang in the process.

Harapan aku untuk 2020:
1) Since anak-anak dah membesar, perbelanjaan pun semakin banyak dan diri aku sendiri pun nak kena belanja banyak dengan belajarlah apa lah, jadi aku kena lah menambah incomelah nampaknya, option dia samaada buat part-time atau cari kerja lain with better salarylah kut. Tapi company aku sekarang bagus je, increment ada, bonus pun ada so hopefully boleh coverlah nanti.
2) Aku nak duduk dengan anak-anak aku belajar sama-sama diaorang. Taknak terbiar macam tahun lepas.
3) Bersenam regularly dan harap dapat kesihatan yang baik. 2019 kesihatan quite ok, in fact dah 2 tahun tak ambik MC tapi adalah jugak sekali sekala tak sihat.
4) Cakap pasal kerja, aku yakin aku dah ready untuk up satu levellah kut, plus umur pun dah nak dekat 40. Aku memang yakin. Kalau 100% bidang aku, up 2 level pun aku yakin. Ini jugak target by umur 40.
5) Aku boleh habiskan Master aku by end of September tapi aku tak boleh nak grad/konvo sebab September tu lah tarikh graduation daynya jugak, so aku target habiskan end of December dan grad tahun 2021. At least cita-cita aku nak habiskan Master sebelum umur 40 berjayalah jugak.

Apa-apa pun kita semua merancang, macam apa yang aku rancang tahun 2019 dulu, macam nak ambik tiga certification, satu je yang aku dapat dan macam-macam lagi tak semuanya dapat. Tapi aku akan usahalah. Harap tahun ni Allah mudahkan lah urusan aku, dah cukup struggle kut tahun 2019. Tapi walaupun aku banyak kecewa last year, aku belajar banyak benda. Harapnya tahun ini dan onwards aku dapatlah rewards from semua benda yang aku belajar tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s