Aku dan Obsessi Terhadap Iqbal M.

Blog Harian

Aku start kenal Band Iqbal M. ni dalam 5-6 tahun lepas bila secara tak sengaja aku terjumpa video diaorang dekat channel The Wknd. Mula-mula aku macam pelik sebab apa hal vocalist dia ni nak bukak baju, pakai lipstick dan suara tak “merdu”. Tapi, banyak tapinya, muzik dia best, lirik dia best dan kau macam nak dengar lagi dan kau akan sedar yang suara vocalist sebuah band tak perlu semerdu Amy Search dan bukak baju sambil perform sebenarnya tak salah. Tak salah for Iqbal M. lah at least.

Dan from then on aku selalu lah dengar lagu diaorang dan aku perasan diaorang ni kau kena dengar LIVE baru betul-betul enjoy. Iqbal punya karisma dan showmanship dan bunyi instrument diaorang sedap gila. Sedap sangat. Aku susah nak explain sebab aku dah lama dah tinggal obsess dekat mana-mana band ni. Oh, aku tak pernah pergi pun gig diaorang, LIVE di sini maksud aku kau kena tengok YouTube diaorang perform. Alasan aku mudah je, aku dah nak masuk 40, anak pun dah 3, aku tak rasa lah aku boleh nak bersesak ke nak bermosh pit ke nak layan Iqbal nak crowd surf ke. Kalau aku boleh duduk satu sudut tanpa join the crowd InsyaAllah aku pergi lah.

Lagu yang paling aku suka sekarang adalah Di Balik Bukit dan Kesatuan. Aku beli album diaorang. Cuma aku memang marah diaorang tak letak lagu-lagu ni dekat Spotify. Aku faham diaorang mesti nak suruh budak-budak pergi gig untuk enjoy sebab macam aku cakap tadi diaorang ni kita kena dengar live, tapi aku takde CD player. Kalau nak dengar kena dalam kereta, dan sekarang aku tak bawak kereta. Aku nak lah duduk dekat office pasang Spotify dekat phone dan connect headphone layan sambil buat kerja. Tapi takpelah, aku setuju je lah dengan apa pun plan diaorang.

Anyway, lagu Di Balik Bukit tu aku boleh start kereta, pasang lagu tu, tak gerak dan layan dalam 20 kali. Punyalah sedap. Aku takdelah bagus sangat pasal bahasa tapi lirik Iqbal M. ni macam aku cakap tadi bagus, dia macam tak sync sebenarnya dengan karakter si Iqbal tu, tapi aku rasa deep down mamat ni jenis deep jugak dalam pembikinan lirik.

Akhir kata, aku doakan diaorang ni takdelah nak berpecah ke apa sebab aku rasa line up dia memang sesuai, dan aku ucapkan selamat berjaya. Nanti kalau ada konsert yang aku boleh duduk macam Abah-abah bagitaulah aku, InsyaAllah aku pergi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s