Highest Level of Dissapointment

Blog Harian

Aku ada nasihat untuk lecturer yang bagi markah assignment dan exam students. Katakan kalau student kau nak dapat A dia kena score 80 dan A- kena score 75, kau janganlah bagi student kau tu 79.25, kau bagilah dalam 76 ke 77 ke.

Ye, itu yang terjadi pada aku hari ni, satu subject aku keluar markah dan aku hanya perlukan 0.75 markah je untuk dapat A dan maintain CGPA 4.00. Aku frust menonggeng tau? Imagine esok weekend dan aku ada masa dua hari yang membosankan dan kepala aku akan terfikir pasal benda ni.

Aku sendiri pun sebenarnya bermasalah jugak, patut aku happy je lah sebab subject tu memang susah, dan aku pun takdelah bersungguh sangat last semester sebab semak benda lain, dan kalau aku habis belajar dan maintain 4.00 pun masalah jugak, nanti orang expect aku lebih-lebih. Dahlah masa aku belajar ni ada orang macam perli aku cakap “Student Master ni, kenalah tau fikir”. Masalahnya aku ambik Master tajuk lain, suruh aku fikir benda yang aku takde experience dan aku taknak tau pun. Boleh nak guna reason lain suruh aku fikir, bukan pasal aku tengah buat benda personal aku. Aku guna duit keringat aku nak belajar ni, takde siapa sponsor dan aku tak kacau sesiapa.

Anyway, sebenarnya hari ni aku dapat jadi top studentslah konon dalam training yang aku attend, dapatlah hadiah sikit. Patut aku happy pasal tu dan celebrate small winslah orang cakap, tapi sebab aku ni memang psiko dan entah apa bendalah trauma aku sampai jadi macam ni aku jadi dissapointed hal exam tadi. Maybe aku kena pergi theraphy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s