Hidup Tak Adil? Takkan Kau Tak Tau?

Blog Harian

Aku selalu dengar budak-budak cakap yang “Life tak pernah fair dengan dia. Orang lain semua smooth je”. Ada dua kesalahan dekat sini, satu, sebagai manusia kau kena sedar yang memang life, nasib, rezeki kau takkan sama dengan orang lain dan bila kau sebut pasal orang lain, itu kesalahan kedua iaitu kau compare hidup kau dengan orang lain dan most of the time bila orang compare-compare ini dia compare dengan orang yang life diaorang tu better.

Kau rasa fair ke dalam dunia ni ada yang lahir-lahir suara sedap, muka cantik boleh cari duit jadi voice over talent je dan mampu beli limousine siap driver atau jadi model berdasarkan muka dia tu. For free je Tuhan bagi semua tu. Memang tak adil dengan suara atau muka kita yang average. So dekat sini apa yang kau boleh usahakan ialah untuk support orang-orang ni kau trylah jadi sound engineer or professional photographer and hopefullylah hidup dan nasib kau pun jadi best macam diaorang. Hidup ni semua orang perlu depends on each other dan itulah ujian yang sebenar samaada kita teruskan jealous dan rasa diri ni tak dapat apa yang orang lain dapat atau kita usaha dan bekerjasama sesama sendiri dengan baik dan jadikan dunia ni satu tempat yang best untuk meneruskan kehidupan.

Aku selalu ada dalam situation yang mana aku tak mampu dan dapat macam orang lain dapat. Contohlah satu aku bagi, dulu aku duduk asrama ada orang jual nasi lemak sedap gila, orang lain boleh sesuka hati beli dan aku tak boleh sebab Bapak aku bagi duit sikit je sebab orang susah dan patutnya dekat asrama makanan memang dah cukup siang malam, yang patutnya betullah, tapi as usual ada lah benda-benda yang kau kena belanja untuk dapat makanan yang betterkan. So, aku ambik upah basuh baju kawan-kawan atau aku ambik upah buang sampah cikgu untuk dapat upah dan aku pun boleh makan nasi lemak sedap tu. Aku boleh je mengamuk dan blame situation yang hidup itu tak adil tapi aku usahala untuk dapat makan nasi lemak sedap macam orang lain.

Last sekali, bila kau rasa teruk sangat tak fairnya hidup pada kau, kau percaya je lah konsep rezeki. Ada je situation yang kau rasa kau kerja lagi teruk tapi income sikit dari sepupu yang kau tengok relax je tapi renovate rumah setiap tahun. Memang aku pun jealous tapi aku dah relax dan percaya rezeki Allah itu maybe ada sedikit misteri, tapi pasti. Mati tu pun pasti.

2 thoughts on “Hidup Tak Adil? Takkan Kau Tak Tau?

  1. Bangun pagi takde sakit pun dah rezeki baik sangat. Orang kadang tak nampak benda camni. Kerja susah komplen. KAt negara macam India ke afrika, jangan kata nak kerja susah, malahan kalau ada kerja susah macam orang Malaysia sanggup dia buat demi nak basic rezeki letak makanan utk anak2.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s