Confessions Of An Online Shopaholic Yang Sudah Sedikit Insaf

Blog Harian

Hari ni 9 September dan ada banyak sale yang agak special, sebagai seorang e-commerce addict, of courselah aku ada beli barang-barang yang aku perlukan sebab murah. Soalannya di sini betul ke barang-barang tu murah? Betul ke barang-barang tu aku perlukan? Semalam aku sendiri pesan dekat orang lain jangan beli barang yang tak perlu sebab semurah mana pun barang tu sebenarnya peniaga jugak yang menang, kita tetap kena keluarkan duit, or worst guna credit card berhutang untuk beli barang-barang tu.

Aku suka teknologi dan aku start online shop since 2012. Ada banyak reasonnya aku suka online shopping ni dan akhirnya membuat aku ketagih, ye lah benda yang buat ketagih semuanya bendanya best. Aku nak listkan apa benda yang buat online shopping ni jadi best.

Macam Dapat Hadiah

Kadang-kadang hidup kau memang tak best langsung, asyik kemurungan dan hiburan pun takde. So bila kau nak rasa macam seronok sikit kau beli lah barang dan tunggu orang hantar. Perasaan menunggu dan akhirnya dapat barang tu memang nikmat yang best sebenarnya. Lagi-lagi bila orang tu call kau cakap dia dah sampai dan buat seketika kau rasa happy dan rasa hidup kau best. Bila bab bukak kotak tu lagilah happy sampai lupa duit dalam bank dah kurang.

Apps Yang Hebat

Teknologi yang dicipta sekarang ni memang hebat. Tambahan pulak algorithm yang pandai matchkan barang yang dia nak tunjukkan pada kau. Belum masuk bab kau search information dan keluar iklan benda yang kau search tu. Aku tak tau apa hantunya, aku hanya terfikir dan wife aku pernah cakap dan kitaorang bukan search dekat Google pun tapi barang yang kitaorang fikir dan cakap tu keluar dekat iklan. Memang syaitan. Dan of course proses nak membeli dan proses nak membayar yang senang tu lagilah buat the whole process satu benda yang sangat menyenangkan jiwa dan raga kau. Sambil duduk dalam toilet pun boleh beli barang.

Harga

Selalunya harga online memang lebih murah, dan sebab murah ni lah aku tak sanggup nak uninstall apps dia. Harga makanan kucing murah puluhan ringgit. So the tendency untuk beli barang online tu memang masih tinggi. Kadang-kadang sebab murah ni kau juga end up beli barang yang tak perlu. Pada masa ini aku sebenarnya perlukan baju t-shirt berkolar tapi aku rasa mahal so aku tak beli, tapi bila keluar iklan half boiled egg maker yang berharga 8 ringgit mestilah tetiba aku rasa benda tu satu keperluan dan since harga dia murah aku pun dengan happynya klik dan meneruskan proses untuk beli. Dan benda yang kononnya murah ni akan bertambah banyak dan bila ditotalkan semuanya aku dah boleh beli t-shirt berkolar yang aku memang perlukan tapi aku rasa mahal tadi.

Banyak Pilihan

Dengan akses ke barang-barang ke China sekarang mudah dan proses delivery yang pantas online shopping adalah pilihan yang terbaik. Bab China ni kalau kau jenis tak kisah pasal brandlah. Kalau kau kisah baguslah sebenarnya, sebab takdelah kau beli benda bukan-bukan. Bila kau tak kisah macam aku yang masalah sebenarnya, semua benda nampak best. Semua benda rasa nak beli.

Aku concludekan online shopping ni sebenarnya satu benda yang kalau tak dikawal boleh membawa kepada keburukan dan ye memang berhantu pun, hantu dia nama algorithm yang pandai menarik perhatian kau. Alhamdulillah aku sudah sedikit sedar dan dah uninstall satu apps tapi masalahnya sekarang remote Astro aku rosak dan the best way untuk ganti adalah dengan beli online. Huhuhu.

2 thoughts on “Confessions Of An Online Shopaholic Yang Sudah Sedikit Insaf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s