Cita-Cita Yang Sudah Mati Dan Masih Bernyawa

Blog Harian

Sebagai manusia kita kena ada cita-cita untuk bagi motivation dan meningkatkan kesungguhan. Cita-cita ni ada dalam banyak bentuk macam cita-cita nak beli barang, cita-cita nak naik pangkat, cita-cita nak pergi melancong dan macam-macam lagilah. Biasanya cita-cita ni kau ada sebab dia macam within reach lah. Aku takkanlah bercita-cita nak ada Ferrari ke macam tu sebab memang takkan dapat pun. Out of reach.

Ada banyak cita-cita aku yang aku dah matikan dan salah satunya adalah cita-cita nak beli superbike. Aku dah tak rasa benda tu boleh naikkan semangat aku sekarang. Dan kalau tak dapat pun takkan jadi apa-apa pada aku.

Tapi aku ada ada satu cita-cita yang nampak macam out of reach tapi bila fikir balik kalau ada company besar nak sponsor ke apa cita-cita aku ni boleh je jadi. Aku ada impian nak bukak satu center untuk anak-anak berkumpul belajar benda fun dan lari sedikit daripada matapelajaran dekat sekolah. Idea dia, beli satu shop lot dan buat 3-4 studio atau classroom. Belajar benda-benda creative, belajar gaming dengan betul macam tu. Aku nak buat semua ni for free. Yes, kalau korang kenal aku, aku bukanlah jenis yang berkira. Tapi untuk merealisasikan benda ni aku kena ada banyak funder lah walaupun asalnya cita-cita ni aku nak aku sendiri yang mampu buat. Nampak jenis out of reach tapi manalah tau kan?

Kenapa nak buat benda ni? Aku nak anak-anak have fun tapi masih mendapat ilmu at the same time. Kenapa nak buat free? First, duit takkan boleh bagi aku kebahagiaan di dalam kubur. Aku jenis introvert, tak reti small tak dan aku tak ramai kawan sebenarnya, dekat social media je macam kecoh. Aku harap kalau aku dapat connect dengan ramai orang untuk projek ni harapnya ramailah kawan nanti dan harapnya kalau aku mati ramai lah yang sedekahkan Al Fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s