Jangan Generalize Semua Melayu Malas!

Blog Harian

Aku takde issue sangat dengan Tun Mahathir ni tapi bila dia ulang-ulang Melayu malas mestilah aku triggered sebab cara dia cakap macam generalize semua padahal ramai Melayu yang aku kenal semua rajin-rajin belaka. Aku faham dia tujukan pada sesetengah, tapi bila kau repeat benda yang sama memang tak bagus langsung.

Melayu pertama yang kerja keras aku kenal ialah Arwah Bapak aku, selain mengusahakan sawit dia pergi tangkap ikan untuk jual, jual buah-buahan dari kebun dia, cempedak, durian, pisang, cili, ayam kampung untuk tampung keluarga yang susah. Sebab apa? Sebab dengan education setakat darjah 5 due to kemiskinan and environment yang ada pada masa itu, itu yang the best dia boleh buat dan bekerja keras untuk family.

Kau pernah kerja dekat kilang sawit untuk ambik abu sawit yang dibakar untuk diaorang jadikan baja sambil jeopardize kau punya kesihatan semata-mata nak makan mee goreng sedap dekat kedai dan beli baju elok? Aku pernah, masa cuti sekolah. Kau pernah keliling kawasan perumahan jual buah, jual kerepek dekat sekolah? Aku pernah. Anak Tun M tak perlu lalui semua tu. Kau nak kitaorang buat apa lagi dalam environment yang macam tu? Nak aku jadi konduktor bas ke on weekends pulak ke? Walaupun itu cerita zaman dulu benda tu masih ada zaman sekarang, kau ingat bebudak FELDA pergi memancing untuk makan semata ke? Diaorang pergi memancing untuk jual.

Zaman sekarang pulak, berapa ramai yang buat kerja dua tiga untuk menampung family, siang malam. Jadi Grab driver, jual ubat, jual tanjak, jual supplement, jual tudung online, jual segala benda yang boleh jual. Sebab apa nak kena jual dan kerja keras? Sebab kos semua dah jadi double triple compared to income yang kau dapat walaupun kau buat lima kerja pada satu masa. Aku pernah buat video kahwin part time, orang mintak murah selagi boleh dan kita pun spendlah 3 hari 3 malam ambik video dia. Lepaslah nak buat bayar bil dekat rumah. Aku pernah rasa dulu dan aku tau ramai yang lalui benda tu sekarang. Takde opportunity bukan taknak grab the opportunity. Opportunity tu kalau ada pun tak banyak sebab kau kena compete dengan ramai orang. Bab ini taknak tengok ke?

Ada jugak yang gaji tak setimpal macam apa kerja yang kau buat. Aku background multimedia aku tau lah. Kerja tajuk multimedia apa-apa, kalau video tu kena tau shooting, edit, bagi effect lepas tu kena buat poster, graphic design semua sekali harung, gaji bagi RM2500, kerja sampai tengah malam sampai nak buat kerja part time pun tak sempat sebab dah burn out. Benda ni jadi pada tahun 2019 dan kenapa bab ini kau taknak tengok? Kenapa bab kos meningkat menggila kau taknak tengok and end up cakap Melayu malas. Sebab senang kan reason tu? Kau nak Melayu rajin macamana lagi?

Alhamdulillah, income aku cukup for now dan in order to improve hidup aku dan harapnya ada a better future, aku further study. Dan ramai jugak ikut jalan ni, wife aku, kawan aku. Rajin tak kitaorang? Pada orang lain maybe rajin, tapi maybe sebab aku Melayu, Tun M akan masih rasa aku malas sebab aku tidur pukul 1 pagi untuk belajar dan buat assignment dan bukan tidur pukul 3 pagi dan extend dua jam lagi tu untuk berjaga jual diri aku pulak kut sebab kan kena kena sambar semua peluang yang ada kan? Jadi rajinkan?

Dalam hidup ni kadang-kadang kau dan satu keturunan kau dapat semua benda yang kau nak dengan mudah. Privileged. Kau tak nampak orang lain macamana dan kau senang nak concludekan benda. Aku harap korang semua tak macam tu.

2 thoughts on “Jangan Generalize Semua Melayu Malas!

  1. Ada orang kata Melayu keliling dia je yang mals. Harapkan kontrak kerajaan, lepas tu tak deliver. Atau sub con pada orang lain. Terus tuduh Melayu malas. Agaknya dia memang nak Melayu benci parti dia supaya next PRU takde sapa vote Amanah lagi? Sebab Najib dah takde dalam UMNO? Itu je Endgame dia rasa aku.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s