Anak First UPSR. Kenapa Aku Pulak Yang Stress?

Blog Harian

Sebelum aku cerita, ini adalah pesan aku untuk anak.

Good Luck Umar Zakwan. Semua orang ada battle dia sendiri. Perjalanan masih panjang and with a little bit of luck and kesungguhan InsyaAllah boleh dapat apa yang dimahukan. Kita tak perlu compete dengan orang, kita hanya perlu compete dengan diri sendiri. It is you vs you. Last sekali, usahalah UPSR ni untuk diri sendiri dan bukan sebab nak puaskan hati Mama dengan Ayah. We did everything out of our responsibility as parents. You owe us nothing. All the best.

Aku asalnya ok je anak aku nak ambik UPSR ni, as long as above average kira oklah, tak perlulah nak sampai 6A ke apa. Tapi aku jadi stress nak anak aku pun dapat 6A sebab:

  1. Environment: Aku rasa macam semua masyarakat nak anak dapat 6A sampai aku rasa aku ni bukan Ayah yang normal sebab tak target tinggi.
  2. Comparison: Benda ni paling shit sekali sebab aku rasa semua orang akan comparekan budak-budak ni. Benda ni dari dulu lagi dan aku rasa perangai suka compare ni takkan habis.
  3. Competition: Bila ada mak yang cerita anak dia tahun lepas dapat 6A dan masuk SBP walaupun takde orang tanya dalam Whatsapp group aku rasa panas. Nak je aku paksa anak aku dapat 6A lepas tu Whatsapp dia personally. Kau ni what the fuck ha? Semua exam nak cerita anak dapat berapa dalam group sampai anak yang dah entah ke mana pun nak cerita dalam group yang ini.
  4. Expectation: Kita hidup ni keluarga besar, semua orang expect anak kita cemerlang. Tak salah lah pun, cuma bila aku yang jenis nak suruh anak aku master banyak benda and bukan limited to belajar sahaja, rasa benda ni macam stressful. Mak aku takkan faham kut bab ni. Ayat yang dia guna pada aku masa aku kecik dulu masih dia gunakan pada cucu dia.

Cukuplah kut, tapi yang bestnya masa ni kau akan rasa all the support from semua. Semua doakan yang terbaik. Rasa blessed sangat. Or maybe aku stress sebab ini anak first dan since keputusan exam ni yang biasa dijadikan kayu pengukur aku takut benda ni akan kacau dia. Tapi sebenarnya peak terlalu awal pun tak tentu bagus jugak, dan kalau tak power masa awal pun boleh jadikan sebagai stepping stone orang putih cakap untuk jadi power later. Takdelah end of the world pun cuma nanti aku takut mak yang sorang tu sibuk flex pasal anak dia dekat Whatsapp group lagi. Hahahaha. Aku pun tak sure apa dia nak provekan. Stress aku.

Ok bye, doakan anak aku mudah menjawab dan semoga esok takde orang tanya, “Eh Piz, kau ke yang ambik UPSR ke anak kau?” Syaitan betul.

2 thoughts on “Anak First UPSR. Kenapa Aku Pulak Yang Stress?

  1. Masa aku hari tu, aku tak nervous sangat. Tapi bila aku pergi hantar dia kat sekolah and tengok parents lain lagi beriya dari aku, terus aku nervous macam aku tak cukup prep anak aku. Hahaha. But then again aku selalu cakap, “ahh ayah aku dulu dropkan aku terus macam hari sekolah biasa. Ni aku hantar sampai exam hall pun dah bagus” waaahahahaha

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s