Wira Movie Trailer (Komen – Reaction)

Uncategorized
WIRA Official Trailer

Jap, sebelum pasal trailer aku nak sembang pasal Hairul Azreen, hero movie ni. First movie yang aku tengok dia berlakon adalah Hantu Kapcai. Dan sekarang nampak dia dah sampai jadi action movie punya hero adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Kau tau dia bersungguh-sungguh nak jadi pelakon hebat dan kau boleh tau dia jenis akan buat apa yang dia nak. Aku tak rasa benda tu senang and sebab itu aku tabik spring dekat mamat ni dan officially jadikan dia pelakon favourite aku.

Sebenarnya aku baru tengok PASKAL The Movie, aku tak sure kenapa aku tak pergi cinema. Baru minggu cuti 3 hari ni aku tengok dekat Astro On Demand dan repeat banyak kali. Apa yang aku boleh cakap Astro Shaw as usual bawak movie yang lain sikit dan aku suka sebab diaorang tumpukan genre action ni. Aku memang akan pergi cinema kali ni sebab from the trailer itself kita boleh tau movie ni bagus. Ada pulak semua pelakon hebat. Dain Said ada, Yayan Ruhian ada, kita nak apa lagi kan? Dan aku suka jugak Astro Shaw bawak pelakon yang macam dah suam-suam suku dan jadikan diaorang hebat dalam movie macam Amar Alfian dalam PASKAL dan aku ada nampak Josiah Hogan dalam trailer ni tadi. Jenis yang memang talented tapi somehow takde movie yang best untuk diaorang berlakon.

Apa-pun kita boleh agak konflik movie ni pasal apa dan harapnya ada twist lah nanti. Tapi when it comes to movie yang macam ni aku tak peduli sangat. Aku nak tengok action dia dan from WIRA punya teaser yang tunjuk Hairul Azreen main punching bag tu pun kita dia tau movie ni akan bagi nikmat tengok action movie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s