Aku dan Motor

Uncategorized

Dah masuk 2019 ni aku dah sedar aku kena berjimat, barang dah semakin mahal, anak-anak dah makin membesar dan macam-macam lagilah reason nak mula berjimat. Pada masa yang sama aku juga ada masalah yang aku memang tak boleh nak melayan traffic jam. Dari rumah ke office pun urat tengkuk aku boleh naik, ini kan pulak kalau aku nak ke KL ke apa.

Bagi menyelesaikan dua masalah tu aku repair motor aku dan start bawak motor semula. Dari segi minyak pergi balik kerja aku dapat jimat dalam RM220 sebulan. Untuk tol aku dapat dapat jimat RM80. Kalau aku pergi KL parking biasanya RM8, dan parking motor aku perlu bayar RM2. So save lagi lah dekat situ. Tapi takdelah aku menyimpan pun duit lebih ni, ini lebih kepada nak beli air milo kotak kat anak aku ke macam tu.

Dari segi traffic jam, dengan motor, aku dapat jimat masa dan yang penting aku punya stress duduk dalam kenderaan yang tak bergerak dapat dielimatekan altogether. Laju je aku nak ke mana-mana. Aku siap boleh singgah breakfast dan makan dengan tenang dan aku ada banyak pilihan untuk breakfast. Kalau aku kena pergi kerja KL aku tak perlu lagi bertolak lepas Subuh untuk sampai ke KL sebelum pukul 8.30. Aku boleh bertolak pukul 7.30 and sampai dalam 8.20 macam tu. Dan untuk menghiburkan hati perjalanan jauh ni aku tapau lah nasi kandar sedap-sedap dekat KL tu untuk dinner.

Masalah naik motor ni as expected lah, bahaya, penat, bau busuk dan kau banyak solo lah aktiviti kau which aku takdelah kisah sangat. Kalau hujan kena lah pakai rain coat, bila sampai office kenalah sikat rambut semua tu. Takpe, yang penting urat tengkuk aku tak naik. Hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s