Smartphone Addiction Is Real and It’s a Major Distraction

Blog Harian

Dalam dua tiga tahun ni aku ada beli buku nak dibaca tapi most of the time bila sampai page ke 10 aku akan distracted dengan telefon menengok social media yang kadang-kadang aku pun tak tau apa yang aku nak tengok sebenarnya. Lepas tu terus terbengkalai. Samalah jugak dengan movies yang aku plan nak tengok tapi akhirnya tak focus and kena ulang banyak kali sebab sambil tengok aku main phone. Dan aku sedar sebenarnya aku dah ketagih menengok skrin kecik di tapak tangan dan terlepas aktiviti-aktiviti lain.

Minggu ni aku sambung cuti raya bagi cukup seminggu tapi bukan boleh raya pun kan? So aku cuba tengok movie yang best-best dan campak telefon ke tepi. WhatsApp group pun somehow lately ni jadi eerily quite. Maybe semua orang pun dah rasa ada banyak benda lagi best nak buat compare to bersembang di telefon non-stop.

Hasil daripada mencampak telefon aku dapat enjoy movie semua tu dengan penuh nikmat, buku tak boleh start lagi sebab wife aku tengah baca the first buku out of 8. Once dia habis aku akan start. Aku harap dengan mencampak telefon ke tepi ni ada banyak lagi benda yang aku boleh enjoy lagi.

Ada dua hari lagi nak practice sebab next week dah start kerja. Kerja memang biasa communicate dekat phone, so itu tak consider ketagihlah. Tapi nanti habis office hour je aku nak start campak phone dan buat aktiviti-aktiviti lain bagi menghilangkan ketagihan.

Kalau rokok pun aku boleh quit apalah sangat smartphone ni ye dak?

Fadil, The Indonesian Don of Bukit Mahkota

Blog Harian

Sebagai rakyat marhaen, aku kena berkira kalau nak berbelanja dan bila kau berkira, kau tak bolehlah nak dapat benda yang the best masa kau berbelanja tu. Contohnya, masa aku dengan wife beli rumah kitaorang ni dulu, rumah kitaorang memang sangat murah kalau nak compare dengan size, tapi dari segi kualiti banyak benda yang kurang lah. Dan untuk improvekan rumah ni, kitaorang kena berbelanja, dan sayangnya dah 14 tahun pun masih kekal dalam golongan marhaen dan masih kena berkira-kira dalam berbelanja, termasuklah dalam nak mengimprove kondisi rumah ini.

Aku ada kenal seorang handyman di area sini. Dia Indonesian, dan aku akan panggil dia sebab dia and the team boleh buat semua benda. Again, takdelah perfect 100% pun kerjanya tapi good enough untuk aku nak bagi rumah elok sikit dan membaiki apa yang perlu on a yearly basis.

Antara sebabnya ialah Fadil ni tak charge mahal, buat kerja sangat laju dan dia jujur. Hari tu aku suruh dia cat rumah dan aku ingatkan dah siap cakap terima kasih sebab aku ingatkan bayaran aku tu untuk cat dinding je. Tapi malam tu dia Whatsapp aku cakap dia nak cat ceiling esoknya. Maksudnya, dia boleh je blah sebab nampak aku dah puas hati tapi dia masih datang esoknya untuk buat kerja yang dia memang niat nak buat. So aku suka bab itu, dia tak ambik kesempatan atas kenaivefan aku.

Fadil ni dia macam Boss dan ada ramai pekerja area ni. Nak pasang tiles boleh, nak repair toilet boleh, nak buat kerja elektrik boleh, nak cleaner? Pun boleh. Nak penggali kubur? Pun dia boleh supply. Semua budak-budak dia, dan aku anggap dia sebagai The Don yang cari peluang kerja untuk kawan-kawan dia dari Indonesia mencari kerja yang halal. Anak-anak aku pun kenal dia. Aku tak sure dia ada buat project yang mahal macam proper contractor sebab aku biasa mintak dia buat job murah-murah je tapi aku pernah nampak dia upload dekat Whatsapp status dia yang dia buat rumah dekat Indonesia besar macam mahligai. Aku yakin itu hasil kerja dia dekat Malaysia ni. Part yang aku paling suka yang macam aku cakap tadilah, dia cari peluang untuk kawan-kawan dia tak kira lelaki perempuan. Yang cleaner perempuan tu dia bawak datang dan balik dari rumah masa nak buat kerja tu. Dia jaga betul-betullah.

Untuk aku, Fadil and the gang are good enough dan banyak membantu aku dan yang paling penting boleh dipercayai sebab aku tak pernah rasa dia ambik kesempatan walaupun aku ni bangang bab kemahiran hidup dan dia boleh je nak tipu bila-bila masa.

Semoga Fadil murah rezeki dan panjang umur dan semoga dia dan kawan-kawan dia berjaya di bumi Malaysia mencari rezeki yang halal.

Kenapa TikTok Is Not Bad As You Think It Is

Blog Harian

Few months dulu aku banyak nampak orang condemn TikTok macam satu applikasi yang tak bermoral macam tu. Sebagai manusia yang tak suka nak judge sebelum experience benda tu sendiri aku pun downloadlah TikTok di telefon nak tengok apa ke bendanya.

Benda pertama yang aku jumpa adalah video-video yang mana orang having fun, and by having fun adalah benda-benda yang sedikit negatif especially pada anak muda or in aku punya case untuk anak-anak muda Muslim yang ada banyak batas yang nak dijaga. Tapi it depends on pandangan kau lah. Yang aku nampak mula-mula video budak-budak menari, melawak dan dalam menari dan melawak tu adalah yang pakai sexy, ada yang tak jaga batas-batas sebagai orang Muslim yang perlu follow guidelines dan restrictionnya.

Tapi lama-lama lepas tu aku nampak orang share educational video macam video nak dance shuffle, nak belajar English, nak belajar Maths, nak belajar masak, tips and tricks nak ambik dan edit photo, video nak bersenam, video motivasi dan macam-macam lagilah yang kau boleh belajar untuk improvekan diri kau dalam sesuatu benda yang kau minat. And dengan itu aku tak halang anak aku tengok TikTok as long as tak tengok video yang bukan-bukan, tak menari pakai sexy-sexy dan last sekali tak mengabaikan pelajaran.

Yang best partnya ialah kau boleh belajar something daripada video tu yang durationnya dalam 15-30 saat. Imagine lepas kau tengok video yang less than a minute kau boleh gain knowledge. Tak ke best tu?

Anak aku Nawal, umur 10 tahun ni ada berjiwa seni sikit so aku encourage je lah dia nak belajar ambik gambar dan cara nak pose. Sekali not bad lah teknik dia and aku rasa dia ada bakat dalam photography. So aku rasa aku support je lah. And imagine dia belajar dari TikTok je tak perlu pergi kelas.

The Perfect Jubah

Blog Harian

Aku ada sehelai jubah yang aku sangat suka. Kain dia sedap dan aku biasanya pakai bila aku pergi Masjid atau Surau yang mana jumlahnya takdelah banyak mana pun. Aku akan pakai jubah tu forever kut sebab elok lagi.

Tapi sebenarnya post ini bukan pasal jubah pun. Post ini pasal Ramadhan semasa PKP yang mana seluruh dunia dilanda krisis. Ramadhan kali ni walaupun tak macam dulu-dulu tapi dia jadi special. Special sebab aku spend banyak masa dengan wife dan anak-anak. Benda spend banyak masa dengan family ni ada dua je lah, jadi lebih erat dan penuh kasih sayang atau jadi negatif dan penuh pergaduhan. Alhamdulillah aku dapat yang positif.

Dalam Ramadhan kali ni kitaorang dapatlah bertadarus dan aku dapatlah sembahyang terawih cukup 30 hari. Yang aku dapat jadi Imam most of the time. Sebab ada masa aku bagi anak-anak aku break lah sebab first time macam ni. Lepas tu sebab musim macam ni dapat berjimat sikit so aku dapatlah join orang lain menderma waktu malam Ramadhan, walaupun tak banyak, tapi harapnya dapatlah pahala sesikit atau harapnya dapatlah membuka rezeki yang lebih banyak lagi pada kami sekeluarga.

Lagi satu Ramadhan kali ni aku personally sangat sihat. Takde masalah perut ke gastric ke macam tahun lepas sampai tak dapat berpuasa sehari. Aku harap tahap kesihatan macam ni kekallah berpuluh tahun lagi.

Akhir kata, aku rasa Ramadhan kali ini special dan banyak benda yang nak disyukuri, macam family happy, company jaga elok-elok masa crisis walaupun project aku masih buntu, aku dapat jadi proper Imam pada family, puasa almost sempurna, dua-dua subject aku dapat A markah 90++ dan macam-macam lagi lah.

Kepada family yang ajak datang rumah or nak datang rumah, aku mintak maaflah kali ni aku tak boleh accept sebab aku tak boleh afford nak get sick at the moment. Banyak lagi benda yang aku kena selesaikan dan perlu berada dalam kesihatan yang terbaik.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Maybe tajuk post ini patut jadi The Perfect Ramadhan.

Mimpi Bukan Mainan Syaitan

Blog Harian

Aku biasa dengar orang cakap Mimpi Mainan Syaitan, bulan puasa takde syaitan so aku concludekan mimpi adalah a collection of apa yang kau fikir sepanjang hari tu atau apa yang kau nampak atau apa yang kau baca. At least untuk aku lah. Ini mimpi aku masa tidur lepas Subuh pagi tadi.

Aku mimpi aku dengan awek aku berasal dari daerah yang sama, rumah sebelah menyebelah. Scene dia kitaorang muda belia.

Masa raya, awek aku dah balik kampung awal. Lepas tu aku bersungguh naik motor nak balik kampung jugak dengan penuh rintangan sebab PKP dan akhirnya berjaya. Malam raya tu aku nak jumpa dia sebab dah lama sangat tak jumpa tapi dia takde dekat rumah sebab pergi beli barang.

Lepas tu aku nak pergi cari dia naik basikal tapi sebab kampung takde lampu, basikal pun takde lampu so aku stop dan jam aku pun tetiba berbunyi.

Awek aku tu Liza, wife aku dan ye aku tidur lepas Subuh dan aku lambat nak ke office.

Semalam aku:
1) Banyak ternampak atau baca news pasal rentas daerah.
2) Sembang pasal raya yang tak jadi.
3) Siang tu aku tengok FB budak sekolah aku, satu kampung kawin.
4) Siang tu aku ingat motor aku roadtax dah expired.

Dan semua tu bercampur sekali dan jadi satu mimpi yang almost lengkap. Dan aku tak tau kenapa mimpi kali aku ingat detail. Sebab tak dapat jumpa wife ke? Hahaha.

So Much For Air Sirap Bandung Soda

Blog Harian

Masa start puasa hari tu aku nampak F&N Life buat advertisement dekat FB. Menariklah nampak diaorang jual pakej minuman lengkap untuk kita buat air soya cincau, sirap bandung soda dan siap ada teh tarik botol lagi tu. Air-air lain pun ada jugak.

Imagine kau ada set air sedap yang lengkap untuk berbuka puasa. Dan sebab masa tu MCO, memang rasa safe lah beli online. Aku beli in bulk sebab package dia macam tu dan memang nak minum sepanjang bulan puasa lah angan-angannya.

Dan siapa sangka benda ni menjadi pengalaman terburuk aku dalam online shopping. Aku order on 26 April dan sampai 14 May takde news apa benda pun. Bila aku bukak FB diaorang, rupanya banyak kes macam aku dan since aku pun dah tak boleh sabar aku pun join sekali lah siap email, hantar FB message tanya diaorang and finally semalam 15 May diaorang bagi tracking number, tapi takde function pun sebab last updated order dipicked up, adalah pada 9 May. Shipment created on 3 May. Tengok ye, order 26 April, shipment created 3 May, business apa korang buat ni? Promotion gila-gila tapi tak reti manage.

‌Tapi hari ni 16 May (dah masuk 23 Ramadhan dah pun), aku dapat satu call dari seorang mamat cakap dia nak hantar barang dari F&N. Aku assumed experienced runner lah kan sebab mesti F&N nak betulkan kesilapan diaorang selama ni kan? Tak! Aku silap, runner tu call aku macam orang tengah mabuk tanya rumah aku area mana. “Halo Boss, rumah you dekat mana ya? Oo itu ikut PLUS Highway exit Bukit Mahkota ya? Saya mau tanya lagi satu la, you tau ka ini alamat dekat mana? Ini Lorong Baiduri 16, Cheras? Saya ada satu lagi pakej mau hantarlah.”

Kau nak mampos ke apa? Tak tau area semua tapi nak jadi runner. Last sekali aku suruh dia guna Waze. Tapi dia pun macam tak sure Waze and GPS tu apa.

Begitulah kisah aku dalam nak membuat sirap bandung soda untuk berbuka puasa macam orang dalam TV. Elok lah korang beli je dekat 7 Eleven sebab aku rasa macam kena scam dan macam tak sangka organisation sebesar diaorang ni tak professional langsung rupanya. Oh as at 3.45PM masa aku tulis ni, barang aku tak sampai lagi.

Update: Semalam diaorang tak hantar. Tapi hari ni sampai juga set air aku setelah 22 hari. Tapi ada satu set tak dapat. Dengan ini aku berharap supaya F&N Life bolehlah stop jual online. Fail! Lupa nak cerita, yang hantar tu bukan delivery boy ke apa. Diaorang hire mover, Boss mover tu sendiri hantar naik Camry hahaha. Staff dia semalam sesat kut. 😂😂

To Say I’m Disappointed Is An Understatement

Uncategorized

Aku dilahirkan dengan sifat bersungguh-sungguh bila buat something and aku akan pastikan benda yang aku buat tu jadi. The journey biasanya tak pernahnya indah. Memang macam pundek. Tapi sifat aku, aku akan jadikan benda tu menarik dan happy dengan manusia dan benda yang aku deal with.

Aku ada satu project, dan aku bersungguh walaupun struggle. Dan sebab kebersungguhan aku ni, sampai ada orang buat-buat lawak yang aku ambik rasuah dari vendor. Aku tunggu jugak SPRM panggil aku suruh diaorang tengok bank akaun dan hutang aku supaya diaorang boleh menangis bersama-sama aku. Itu baru satu challenge di antara banyak challenges yang aku kena hadap.

Orang-orang yang patut in charge dan join buat tak kenal dengan aku pun ada. Tapi in the end aku dapat jugaklah bantuan dari manusia-manusia yang baik hati walaupun diaorang takde dari awal sampai projek aku jadi.

Orang-orang yang ignore aku, email tak berjawab, call tak berangkat dan meeting tak datang aku dah tak peduli dah lah sebab habiskan energy aku je. Ada jugak email reply lepas 3 minggu. Belum cakap pasal mental lagi. Baik aku bersuka ria dengan orang yang best-best ni.

Dalam aku happy-happy and nak improve projek aku to another level, orang-orang yang ignore aku tu tadi tetiba datang dan cakap apa aku buat salah. Projek aku kena stop dan in a way macam cakap Pizli pergi mamposlah apa yang kau dah buat sekarang kau kena dengar cakap aku walaupun selama ni aku buat tak tau.

Kau rasa apa perasaan aku?

Aku rasa sakit hati aku sekarang ni lagi sakit compare to kalau aku hiris tangan aku dengan pisau. Yang lagi sakit beberapa kali head hunter approach aku, aku cakap taknak sebab aku happy nak menjayakan project aku. Ye lah jenis bersungguh-sungguhkan?

Takpe, aku ikut je. Bila semua ni settle, projek aku tu akan jadi paling hebat di dunia. Aku pun akan jadi orang yang hebat. InsyaAllah.

Cuma dua tiga hari ni aku memang nak bergaduh je lah dengan orang. Hahahaha.

The Perfect Hijab

Blog Harian

Sebagai a good listener, ramai orang yang bercerita or bertanya pendapat pada aku, dan bila dengan kawan-kawan perempuan ada a few times dalam hidup aku yang beberapa kawan tanya pendapat pasal nak mula bertudung. Dan most of the time, aku akan tanya balik, “Kau betul-betul ready ke?” Sebab bila kau dah bertudung, benda lain pun kau kena ubah, nak matchkan dengan imej bertudung. Contohnya tak boleh dah lah pakai baju short sleeve tapi pakai tudung walaupun diaorang akan defend dengan cakap, “Nanti aku slow-slow lah ubah cara berpakaian, tapi aku start dengan tudung dulu.” Kena fikir masak-masak sebab nak buat life changing decision ni.

Up to you lah. Sebab manusia ni suka judge. Pada aku hal bertudung ke, solat ke, minum arak ke ni hal personal. Ada je orang mabuk setiap hujung minggu tapi dari segi personality dia baik. Ada jugak yang berjubah bertudung labuh solat tak tinggal tapi hati busuk. Complicated.

Ada kawan yang betul slowly berubah, ada terus berubah 360 darjah. Ada yang family tak setuju tapi dia teruskan jugak. Ada yang family paksa dan dia pun paksa diri dia jugak sampai dia biasa. Macam-macam hallah.

Dulu ada seorang blog reader aku terus pakai tudung dan tutup aurat perfect bila baca blog post lama aku yang mana benda-benda ni Allah suruh. Kau kena paksa diri kau untuk berubah. Terkejut jugak aku sebab aku tulis macam tu dia terus berubah. Aku tulis, bila dah disuruh, regardless kau ready ke tidak kau mesti buat, dan dia buat. Benda ni back to keazamaan hati kau lah sebab at the end of the day sebenarnya takde siapa pun yang perfect.

Kawan aku tanya, suruh aku jawab dengan jujur, dia cantik free hair ke bertudung? Aku jawab sebagai kawan baik aku dah tengok beyond apprearance dan kecantikan, so aku tak nampak lah cantik ke tidak bertudung or free hair, sebab at the end of the day pada aku yang buat aku selesa nak kawan dengan manusia ni ialah perangai. Dan bila perangai kau baik, bertudung ke, free hair ke dah jadi secondary sebab perangai baik adalah attraction untuk orang selesa berkawan dan berurusan. Again, complicated.

Semoga kita semua berjumpa di syurga.

Raya Can Wait

Blog Harian

Kadang-kadang guidelines dibuat untuk kita follow tapi kadang-kadang juga kita tak perlu nak ikut guidelines tu selagi objektif guidelines itu dibuat dicapai dan tak melanggar undang-undang. Contoh mudah, untuk copy dan paste katakan gambar dari computer ke telefon kalau ikut guideline yang diberi adalah dengan sambung cable tapi kita boleh je copy gambar tu dengan send guna email atau guna Whatsapp Web untuk mempercepatkan process gambar itu dihantar ke telefon. Objektif tercapai dan tidak melanggar undang-undang.

Bila PM bagitau yang kita boleh beraya dalam negeri atau dengan jiran dekat-dekat janganlah excited sangat walaupun semua orang rasa sihat walafiat sebab ada je orang takde symptom ke apa masih boleh jadi pembawa virus. Jiran dan saudara ada orang tua dan anak-anak kecil. Beraya boleh je dengan bertanya khabar dan tukar-tukar gambar bagi ucapan macam tu.

Walaupun aku sangat sedih tak dapat berpuasa dan beraya dengan mak dan family aku tahun ni tapi aku tau apa yang aku buat masa bulan puasa dan raya nanti dengan hanya duduk di rumah adalah jalan yang terbaik.

Jangan offended kalau kita nak datang, orang tak bagi datang, or bila kita jemput, orang taknak datang. People have family members to protect. Nanti bila semuanya dah selamat kita celebrate lah berjumpa berpeluk semua. Itu pun plan aku dan aku harap semua orang yang boleh berfikir secara matang fikir benda yang sama.

Walaupun ada kelonggaran yang diberi tapi trust me, we should wait.

Celebratelah Kejayaan-Kejayaan Kecil

Blog Harian

Masa muda aku dulu aku banyak buat salah dah sampai sekarang aku tak maafkan diri aku. Sebab soalan what if? What if? tu selalu ada dalam kepala aku. Ini sebenarnya psychological problem yang maybe aku kena jumpa pakar untuk betulkan. So dalam melalui hidup aku ni aku take semua benda seriously dan cuba untuk tidak gagal dalam usaha untuk melupakan kegagalan aku yang dulu. Benda ini adalah sangat tidak sihat.

Aku tak macam orang lain, aku ambik diploma lepas dua tahun kerja, lepas tu aku ambik degree masa anak dah dua, dan sekarang aku ambik Masters masa anak dah tiga dan nak completekan before umur aku 40. Benda-benda belajar ni dia ada end dia yang kau boleh celebrate, kau boleh pergi graduation pakai robe nak rasa macam wah aku dah berjaya, itu pasal aku keep on buat kut. Kenapa aku masih tak puas? Sebab trauma kut dulu aku, kena buang asrama, SPM pangkat dua, apply university course yang aku minat tak dapat, so itu sebab aku kerja dulu sebab taknak ambik engineering course yang dioffer. Dan maybe sebab trauma ni aku buat benda yang related dengan belajar. Sebab apa trauma ini boleh terjadi? Sebab aku adalah harapan dan ada potential dari sekolah rendah. Tetiba aku terjerumus ke lembah hina. Hahaha.

Adik-adik aku tahu, kawan-kawan sekolah aku tahu.

So untuk bagi aku happy aku akan make surekan aku berjaya dalam benda yang aku buat, dalam small scale. Bila aku fail of course akan depressed so aku kena make sure aku successlah. Dan antara contoh aku buat sekarang, aku belajar bersungguh-sungguh dan try to score every semester. Oklah, sebenarnya aku nak share yang aku score last semester sebab di blog ini sahajalah aku boleh share. Hahahaha.

So, bila aku achieve something macam ni aku boleh happy seketika dan sort of nak celebrate lah sebab sekecik mana pun pencapaian kena celebrate untuk berasa gembira. Itu konsepnyalah yang patut dibuat. Ada 3 subject lagi dan aku tengah try very hard nak Passed With Distinction walaupun bukannya aku dapat naik pangkat ke dapat duit ke kalau aku achieve benda tu haha. Bulan 12 ni habislah.

Tapi aku ada masalah lain, aku rasa macam lecturer aku saje bagi aku markah kesian, tapi itu another story for another day lah. Kesian tau aku ni, ada masalah psychology macam ni.